Thursday, October 19

Sweet Escape



Giving up is not an option when you have someone calling you mommy.



My daughter, you are the answer to every time
I looked up at the skies and asked for a miracle.




All of my life's problems...
have just one simple solution
A hug from my daughter.



I didn't give you the gift of life,
life gave me the gift of you.



Being a mother is not about what you gave up to have a child, but what you've gained from having one.


A daughter is someone you laugh with,
dream with, and love with all your heart.


I am always with you.
Be brave, have courage and love life.


The day you came into my life, I knew what my purpose was. To love and protect with everything i have.



Saturday, October 14

Umum

Kalau kau belum betul kenal aku
Kau jangan cepat melatah
Tersurat yang aku maksudkan adalah umum
Bukan untuk kau atau mungkin untuk kau
Tapi aku langsung tidak mengiyakan malah menafikan

Bukan seorang dua yang hadir dalam hidup aku
Ramai dan pelbagai
Kadang semak kadang rimas
Tapi aku tak pernah tujukan engkau

Kau tak perlu terasa malah terkesan
Sedang aku pun masih berteka teki
Dengan siapa dan mengapa
Esok lusa siapa yang tahu kan....


#sekalinamakautertulis..itulah

Thursday, October 12

Diam

Aku tahu
"kita" bukan kita yang dulu

dan aku tahu
aku bukan rindukan kau

aku cuma terkenang
tentang kisah kita yang "semalam"

hati aku koyak lagi!

Friday, October 6

ME t.i.m.e. ME

ada masanya aku harus melindungi
ada waktunya aku harus menjaga
ada ketikanya aku harus berkhidmat

tapi tak akan selalu
tak kan perlu sentiasa

aku juga pingin masa untuk aku sendiri

hiburkan hati ketika lara
rapikan diri ketika kusut
manjakan minda ketika serabut

hanya aku..aku seorang
kerana terlalu biasa sendiri

jangan pentingkan diri sendiri

kalau nak..boleh "hidup asing"

Thursday, October 5

B.I.S.A

Kalau kau jujur
aku akan ikhlas

Kalau kau berbudi
aku akan berbahasa

Kalau kau sabar
aku akan menenangkan

Kalau kau redha
aku akan mencukupi

Kalau kau setia
aku akan menjaga

Tapi kalau...

Kalau kau mencarut
aku boleh memaki

Kalau kau membaran
aku boleh merengus

Kalau kau berdendam
aku boleh  mengungkit

Kalau kau curang
aku boleh menipu

Kalau kau tak endah
aku boleh berpaling

Apa yang kau boleh aku juga bisa apa adanya


Saturday, September 30

Bisik pada Langit


Aku antara salah seorang peminat olahan cerita arahan Kabir Bathia.. (antara fav aku)
Nur Kasih,Sepi, drama bersiri  -  Kekasihku seru & Cinta Jangan Pergi.. Bagi aku dia berani bermain dengan plot2 flashback & visual alam yang bersahaja. Penghayatan watak yang mendalam yang dimainkan para pelakon.Tahniah buat krew yang terlibat jugak. 
SINEMATOGRAFI 👍🏻❤️👏🏻

Dan filem bisik pada langit bagi aku sebuah filem yang dekat dengan hati aku.. ringkas tapi padat dengan alunan emosi. Mengisahkan kasihnya seorang ayah yang sangat mengasihani anak perempuannya hingga meninggalkan konflik dalam jiwa memberontak adiknya dan sayu redhanya seorang abang. Seorang ayah yang egonya tinggi sehingga minat anak yang dikasihaninya terpaksa dilakukan sembunyi-sembunyi. Kerana terlalu melindungi hingga lupa ayah tak sentiasa bersamanya. Sanggup mempertaruhkan apa yang ada demi anak tersayang. Watak sang ibu juga berkesan kerana mengingatkan kita masih ada 'amanah' yang tinggal saat Tuhan mengambil balik 'amanah' yang dipinjamkan. Berlatar belakangkan suasana kampung yang logik dan rakyat marhaen..nak kata kaya tak kaya sangat..nak kata miskin tak miskin sangat.

Part yang aku banjir part#1 -bila Hajar (umi nazeera) nazak dan memerlukan pertolongan ,Irwan (kawan Hajar) menghubungi Wak  (Jalil Hamid)dan mengajarnya mengucap..dan bila Hajar pergi..terduduk si ayah.. 
part#2 - bila jenazah Hajar sampai Malaysia dan ayahnya memandang sayu sambil mendoakan anaknya kekal di dalam iman
part#3 - bila Irwan mainkan video rakaman Hajar semasa di Australia.. setiap hari yang tak pernah lupakan ahli keluarganya di Malaysia
part#4 - bila ayah dah redha dengan qada dan qadar Tuhan.. dialog yang terkesan dalam hati aku "Siti Hajar bukan anakku..dia tanggungjawabku. Dia mengajarku erti kesabaran dan pengorbanan" ..terus teringat abah..😭😭😭

Bagi yang berjiwa anak abah macam aku ni memang meleleh la airmata..baru nak lap meleleh lagi. 😭😭😭.Memang sedih teruk. 
Korang yang belum tengok silalah serbu pawagam segera. Serius bukan cerita yang keluar wayang akan cakap "hek..eleh"..Kisah kekeluargaan yang menyentuh hati.
Yang hati tisu silalah bawa tisu 🤧🤧🤧


#bisikpadalangit #banjirdipawagam #filemwajibtonton #terbaik #sedihwoo #highlyrecommended #deep #review5bintang #takrugitengok #supportindustrifilemkita



Tuesday, September 26

Pengintai

kalau tak suka boleh blah
jangan nak sibuk mengecam hidup aku
cara aku pilihan aku
hidup kau atas aturan kau

tapi kalau ada "rasa"
tak kan mengintai sampai menyusup ke dalam

kan...

nak kejar..kejar sampai dapat
nak pergi..pergi jauh-jauh

selesa? cuba dapatkan aku 😜
aku akan setia kalau kau jaga aku baik-baik

terima kasih ;')


✌🏻




Yang gila tapi lawa,
aku.

Thursday, September 21

Ujian



Ada ketika aku benci diri aku
Sampai bila aku perlu bersabar
Yang jadi mangsa orang yang aku cuba lindungi
Aku keraskan hati aku
Jangan nampak lemah
Walau hakikat sebenar aku betul-betul tiada apa

Kosong

Ada ketika aku rasa Tuhan itu tidak adil
Kenapa hanya aku yang dilanda kedukaan ini
Adakah kerana aku terlalu alpa
Adakah kerana balasan dosa semalam
Adakah kerana sujudku masih sepi dengan keampunan

Tuhan..macam mana lagi aku harus tabah
Dalaman aku terlalu berbelah bagi
Makin lemah andai jauh Rahmat Mu 


Dan aku tahu






G.D.O *E.P#3#

Hello Perhentian