Saturday, July 26

mereka yang buta

mereka bilang semua ini
kusut.kolot.kalut.
hanya buang masa
mereka yang mengata
sebenarnya tidak tahu apa itu seni
dalamnya itu bahasa
memang tak dapat diungkapkan
tapi boleh diluahkan
mereka yang memahami
pasti dapat mentafsirkan
bermaknanya erti jendela mata hati itu
suara gemersik alam
yang saling bersautan
deras pukulan ombak
mengelilingi bayu
hiasan langit di hujung awan berwarna 7
lembayung senja melabuhkan tirai
menggantikan cahaya purnama
adakah mereka dapat berbisik
lantaran jiwa mereka yang kaku...

M.U.N.G.K.I.N

Antara kita makin rapat kerana keserasian yang terkebetulan mungkin... Antara kita makin selesa kerana kisah yang dicipta mungkin... ...