Saturday, August 30

to my love




You're the ONE for me
now and forever
just you!!
and only you..
880602105271
sAYanG insan INI!!

kesayangan hamba



semalam..

masa terluang


aku berjalan dengan girang gembiranya ngan fit n nieza..(owh..demam dah kebah!!)
tade pape pown nk shopping..
just smbil tman fit..
tgk ade 1 tie cam best je..
so ingat nk bagi abah..
balik2 blom smpai ag..abah da call
baru smpai mentakab..abah dah samapi temerloh dlu..
uhuu..aku ke abah yang rindu nh??
dapat je jmpe trus bagi..

"nah..ini untuk abah"
senyum je abah..menghargai..







nh plak..mto kesyangan abah..
tp salu rsak cos jrang gne..
hm..xpe la bah..
kang along da byk duit..
along belikan yg ag besar tuk abah..
janji!!

Wednesday, August 20

My day




Ya ALLAH....
kekalkan lah senyuman yang tak lekang dalam hariku kini



JUst Me

I just felt want to sleep as long as I can
I just want to be with someone that I miss right now
I just need some space to make me think wisely
I just miss my lovely pussy..(Baby..but it’s gone)
I just ate meal that not too spicy
I just hate he!!cos he stole my heart and broke it again.
I just alone now.
I just confuse to choose someone to fix my damage heart.
I just wish that I can be strong woman.
I just make my dad always dizzy of my childish
I just natural intimate not like a bitch!!
I just still on the rebound
I just like to talk about future. Not too much may be.
I just excited to finish my studies and working onward after that.
I just want reciprocate all my parents deeds.
I just have two brothers that not too close with me
I just day dreaming about my wedding ceremony
I just blank right now..stuck of assigment

Tuesday, August 19

thanks GOD..

free time..class PM dismiss awal..
tp ala2 bored gaka la..da tukar lect..
dpt lak miss..hm..what to do..
blaja sejarah blik la..
dlm class elok je dok b3 kat blakang..ak,fit n yaya..
tah ape lect ngajo dpan..ak kat blakang lect kat blakang
hahaha..

*******************************************************************

"tersenyum sendiri"
kata teman2..
  1. penyakit lama da datang balik
  2. amboi..happynye die..
  3. ha...termenung pk ape la 2
  4. dah2 la 2 senyum smpai ke telinga
  5. xsabo nk kawen la 2..

owh TUhan...Alhamdulillah
aku damai dalam dakapannya
aku selamat dalam genggamannya
Buat teman sekalian..
restuilah hubungan kami
doakanlah kebahagiaan kami
masih tersenyum...;DD

Monday, August 18

secerah awan di singgahsana

Hari minggu lagi. Kosong dan lapang. Hanya itu yang dapat aku gambarkan. Seperti juga selalu. Tiada perubahan. Tahla, mungkin aku yang mengurung dalam dunia penuh kesunyian wat aku sendiri. Kehadiran gelak tawa kadang2 buat aku hanya tersenyum tawar. Sekadar menyedapkan mata memandang. Lagi..hal itu berulang. Sakit hati tapi ku pendamkan. Act like nothing happened. May be da biasa sangat. So,no hard feeling.
Ke aku yang degil sangat. Dah taw benda ini aku berlaku. Tapi aku tetap bersabar dan terus menunggu. Ikutkan akal yang waras aku yang patut pergi. Kerana ikutkan kata hati aku bekukan minda, menjadi buta dengan pandangan orang lain. Jenuh gak aku memutar belitkan kebenaran agar aku tak terus di buru rasa bersalah. Argh..!! bayangan semalam berkali2 mengetuk pintu hati aku yang kusut. Lagi serabut di buatnya. Aku perlukan masa untuk perubahan yang drastic ini. Memang dari luaran aku masih mampu menghiburkan semua orang. Bersembunyi di balik tubir mata yang ku tahan lama. Biarlah..selagi tak ada orang yang menyoal, aku akan terus menjadi diri aku sendiri yang sebenar. Walau aku sebenarnya lemah untuk hadapi segalanya. Ku tekadkan azam agar dapat berdiri atas kaki sendiri. Aku tak nak terus di pandang kasihan, bagai meraih simpati. Owh..that’s not my type. I’m want to be strong woman. True!! It’s me.
Even it’s home truth but I’ve to faced it. Sometime I just feel that fate for me is unfair..
OMG..why should I do. Patient and patient..geram dengan diri sendiri memaksa aku terus menerus menyalahkan takdir..gila!!seraya tersedar aku mengucap panjang.ini adalah ujian. Kerana itu aku harus menguatkan semangat yang ada. Biar tinggal secebis dari kerapuhan hati yang goyah aku bekalkan untuk hari esok yang mendatang.

Thursday, August 14

Cinderella muncul kembali

bangun pagi.semangat da nk g class mecey design..ag2 da tukar lect.
Ir muhyidin lak 2..hm..pn Nazlin xdpt lect coz da bz sgt
so rehda jela..
tp class lak cancel..hm..just waste the time

nway..in my mind.
i'm so confuse..tah la..xtaw pk pe.
tp ak lama termenung.just thinking something but the result is zero.
hm..i don't want bad thing happend twice in my life
i know how much it's hurt.suck!!
argh..ag pk ag la beserabut.
rindu lak kat abah.
ngah berkira gak..nk balik ke xnak.
adoi...kusut tul la rase

Monday, August 11

persetankan amarahmu itu

mendengus.kasar.mencemarkan.
rasa amuk itu bisa meracuni jiwa yang serabut itu
terus mencampak.membaling.menolak.
bagai dirasuk oleh kuasa makhluk pengganas
segala yang dipendam terus dimuntah keluar
NAH..terima semuanya
tanpa selindung lagi.tiada sembunyi langsung
amarah semakin menggila
ditambah dengan kebencian.
diadun kental cemburu
melenting bagai sumpah seranah.maki hamun.carut kotor.
lantas tidak boleh dibiarkan
musnah kedamaian dingin bak salju
sedang terjerumus ke lembah api kemarahan
enak diperbetulkan.mata kaku meneropong.
bibir terkunci rapat.seketika terkesima.keget.terus diam.
mungkin sedang bermuhasabah
ditinggalkan kosong.
membasmi amarah itu

Thursday, August 7

siulan kata

tekak yang kering..
argh!!!jiwa sakit...
minda kosong..
bosan..buntu..
tiada niat ingin menyerlah
bukan maksud hendak menyembunyi..

maaf teman!!

Wednesday, August 6

My survival

Air mata tolong lah aku
Jangan tumpah lagi
Aku dah cukup penat.perit.pedih
Aku tak kuat.aku lemah.aku tewas
Luaran aku cuba jadi kuat.
Sembunyi di balik wajah kecewa.
Duka dalam timbunan senyuman
Aku ingin jadi tabah
Mengharungi hari mendatang dengan semangat baru
Tapi hatiku masih dijajah tatkala aku redha melepaskan semua
Lantaran hati jadi sakit mengalihkan tumpuan
Sungguh aku merasakan erti kekosongan itu
Tak berdaya.sendiri dan jatuh lagi

Wahai air mata..
Fahamkah kau,erti kelukaan ini?
Mengertikah kau apa yang aku alami tika kini?
Mengapa aku membenci mu saat kau setia menemaniku?

Aku tak pernah pinta semua iniaku tak pernah merancang kesedihan ini
Bukan aku.tidak!!
Dan tak pernah aku.
Aku lari lagi.bukan mengasingkan diri
Tapi maafkan aku..
Aku yang alami.aku yang rasa.
Jangan pernah mengasihi andai kau tak pernah mendalaminya
Siapa peduli andai aku masih lagi mengalirkan air mata ini

Tuesday, August 5

secebis ingatan

Kau ketuk pintu hatiku
Di saat aku sedang terluka
Kepingan tentang rasa cinta
Rindu yang berbalas
Dari seorang insan
Bernama lelaki


Ku katakan untuk seketika
Kau tetap dengan setiamu
Bukan ku harap kasihan darimu
Kerana aku
Punya hati untuk menilai

Berikan aku masa
Melupakan keperitan lalu
Tak ingin ianya berulang
Ku perlukan kepastian darimu
Kenalilah aku setulusnya
Jangan kau mempersiakan
Segala apa yang ku curahkan


Ingatan ini
Hanya secebis cuma
Sekadar luahan
Agar diri ini di fahami
Secebis ingatan
Bukan untuk menyendiri
Tapi memberi ruang
Antara hati kita
Memulakan ertinya cinta sebenar itu

on9!

Kemunculan semula semester baru.Bermula la kehidupan aku as a student.
Huh!back to faculty.back to class.back to assignment and back to quiz and so on..
First day..bangun awal..siap la bagai.
Sampai faculty rmai gle org yg xknal..sume mke baru..ramai yang xknal.rasa asing sgt.
Inikah FIk??(al maklumla da jdi senior,mne nk cam mke junior rmai sangat..riak bagai!!)
Relief gle cos sem nh xde clash tmetble,lect pown sume yg da kenal.mmg familiar..
Owh..pertukaran status.cik Nazlin bukan la lagi cik yang ku panggil biasa.
Dia sudah mendapat status “PUAN” sekarang.
‘erm..cik Nazlin..Ops..silap..Puan nazlin..lalalala~~adoi..xbesenye pgil dia puan.
Ahaks!!tp tetap maintain..mmg nme aku kne aim jela time class kang..
Hahahah..get ready!!
En Arif??mmg xdpt dipisahkan..dia mengajar lagi.siap 2 class ag ngan dia..sempoi la.
Huhu..mmg xpnah serius klu dlm class dia.mkin lme mkin semangat plak aku tgk En Arif nh.

Isnin – proses pembuatan,injin pembakaran dalam,reka bentuk mekanikal.(8.30-5.00)
Selasa - pengajian Malaysia(8.30-11.30)
Rabu-penghawa dingin(4-6)
Khamis- makmal 3,rekabentuk mekanilkal,injin pembakaran dalam(8.30-7.00)
Jumaat – proses pembuatan,penghawa dingin(10.30-5.00)


Well..jgn sesape nk mengada2 nk bermanja aku time yg tertera di atas..
Ahaks!!aku sedang belajar..(poyo giler)


jalan terbaik


menjauhkan diri.Ini aku
bukan beerti meninggalkan atau pergi jauh
sekadar memberi ruang
dalam mengenal pasti punca perbalahan
yang pasti lama aku menggelamun
tiada jawapan.Kosong.
aku akan sentiasa bersamamu
seperti selalu
biarpun dalam halusinasi
tiada niat untuk aku menyisihkan diri
dari talian persahabataan yang kita bina dulu
Msera bila diperlukan.Juga adalah aku
sekadar menghiburkan sebagai teman
maafkan jika aku berlabuh dalam tirai yang membolabalikkan
ikata gila-gila kita
kau ku anggap teman istimewa
kerana suka duka kita lalui bersama
ada yang kau alami. Aku pernah merasainya
lantas kita menjadi rapat
mungkin dalam keterpaksaan. Barangkali..
maafkan aku juga keran pernah mengecewakanmu
sedikit akan merumitkan perkenalan kita
namun kau ..kawan ku
takkan pernah kulupankan.Janjiku..

Saturday, August 2

Ini Adalah AKU


aku berilusi
menangkap putik-putik debunga yang berterbangan
menyentuh bayu lembut beselising embun pagi
menyahut deruan ombak menghempas pantai
mengerti sebisa mungkin si unggas berbicara


aku juga ingin
menggapai bintang di langit penuh
memimping cahaya bulan ke hujung kaki bukit
mengusap lembut ubun sang merpati
mengira deraian hujan di tirai jendela
penuh bayangan.sarat berfantasi
berlari-lari perlahan menuju mentari terbenam
saat lembayung senja melabuhkan warna terang
mengikut rentak liuk irama aliran sungai
aku terus mengejar pelangi indah itu


tatkala keriangan
aku terhenti.melihat seraut wajah comel menangis sendiri.tanpa paksa tubuh kerdilnya ku dakap.Penuh kasih sayang.Mesra.Syahdu dan mendamaikan.Bayi itu terlena dalam pangkuanku
tika aku leka mendodoinya.Aku merasakan satu perasaan aneh wujud menyerbu sanubariku.Naluri keibuan itu muncul meneroka kedewasaanku.

aku bukanlah lagi
kanak-kanak yang dunianya penuh dengan boneka
aku sedang melalui erti kematangan
membuatkan aku kini lebih berfikir
harus berpijak di bumi yang nyata
dengan menerima segala hakikat
apa yang mendatang
harus ku tempuhi dengan tabah


Friday, August 1

Akhirnya



yeah!!
aku sudah siap berkemas!!
hanya satu hari..wee..conok2!!
dan dari mlam tdi byk sudah msg2 dri kwan yg wish happy friendship day..
owh..sungguh terharu..
ramai yg mengingatiku..(ahaks!!)

but to all my fren..
sory cos xdpat reply..2-2 num out of crdit..
nanti aku akan balas semuanya..
thx u.thx u.thx u..so much


Happy friendship day!!

Izinkan aku bersuara

meluahkan segala yang terbuku.Mengungkap yang tersirat.Melontar yang tersirat.

fikiran aku semak dengan irama tanpa penggubah.

Biarlah aku meleraikan dalam tarian ilham

membikis di dalam pentas tanpa suara

berjalan aku mengorak langkah sepi



kerana


tatkala aku menyelit kata sejujur bicara dari sebutir hati


ada suara sinis yang menyindirku di belakang


mencebik muka bila aku memaling
aku terkesima



mendiamkan diri. Bisu seribu bahasa.Jarak dan terus jauh


lantas aku nekad. Berhenti dari situ


aku menuju ke alam yang ku ciptakan sendiri


penuh penghayatan. Bermakna buatku


aku ingin melepaskan segalanya


apa yang aku rasa


rahsia yang aku pendam


madah yang terlintas difikiran


bersusun patah kata meluncur keluar


tidak aku rancang tapi secara kebetulan


aku selesa begini. Menyampaikan melalui coretan


sebagai ingatan.Ikhlas dariku


ada lagi sorakan sinis ku dengar


biarlah...


mereka juga punya hati.punya perasaan.


sebagaimana aku


mereka pasti merasa seperti mana ynag aku rasa


cuma aku mengambil langkah


memekakkan telinga dan terus menulis.

mana kau 😶

bila aku pejam mata aku nampak kau fikiran menerawang tentang masa depan bila aku buka mata aku nampak kau makin menjauh baya...