Saturday, August 2

Ini Adalah AKU


aku berilusi
menangkap putik-putik debunga yang berterbangan
menyentuh bayu lembut beselising embun pagi
menyahut deruan ombak menghempas pantai
mengerti sebisa mungkin si unggas berbicara


aku juga ingin
menggapai bintang di langit penuh
memimping cahaya bulan ke hujung kaki bukit
mengusap lembut ubun sang merpati
mengira deraian hujan di tirai jendela
penuh bayangan.sarat berfantasi
berlari-lari perlahan menuju mentari terbenam
saat lembayung senja melabuhkan warna terang
mengikut rentak liuk irama aliran sungai
aku terus mengejar pelangi indah itu


tatkala keriangan
aku terhenti.melihat seraut wajah comel menangis sendiri.tanpa paksa tubuh kerdilnya ku dakap.Penuh kasih sayang.Mesra.Syahdu dan mendamaikan.Bayi itu terlena dalam pangkuanku
tika aku leka mendodoinya.Aku merasakan satu perasaan aneh wujud menyerbu sanubariku.Naluri keibuan itu muncul meneroka kedewasaanku.

aku bukanlah lagi
kanak-kanak yang dunianya penuh dengan boneka
aku sedang melalui erti kematangan
membuatkan aku kini lebih berfikir
harus berpijak di bumi yang nyata
dengan menerima segala hakikat
apa yang mendatang
harus ku tempuhi dengan tabah


M.U.N.G.K.I.N

Antara kita makin rapat kerana keserasian yang terkebetulan mungkin... Antara kita makin selesa kerana kisah yang dicipta mungkin... ...