Wednesday, August 6

My survival

Air mata tolong lah aku
Jangan tumpah lagi
Aku dah cukup penat.perit.pedih
Aku tak kuat.aku lemah.aku tewas
Luaran aku cuba jadi kuat.
Sembunyi di balik wajah kecewa.
Duka dalam timbunan senyuman
Aku ingin jadi tabah
Mengharungi hari mendatang dengan semangat baru
Tapi hatiku masih dijajah tatkala aku redha melepaskan semua
Lantaran hati jadi sakit mengalihkan tumpuan
Sungguh aku merasakan erti kekosongan itu
Tak berdaya.sendiri dan jatuh lagi

Wahai air mata..
Fahamkah kau,erti kelukaan ini?
Mengertikah kau apa yang aku alami tika kini?
Mengapa aku membenci mu saat kau setia menemaniku?

Aku tak pernah pinta semua iniaku tak pernah merancang kesedihan ini
Bukan aku.tidak!!
Dan tak pernah aku.
Aku lari lagi.bukan mengasingkan diri
Tapi maafkan aku..
Aku yang alami.aku yang rasa.
Jangan pernah mengasihi andai kau tak pernah mendalaminya
Siapa peduli andai aku masih lagi mengalirkan air mata ini

M.U.N.G.K.I.N

Antara kita makin rapat kerana keserasian yang terkebetulan mungkin... Antara kita makin selesa kerana kisah yang dicipta mungkin... ...