Monday, September 29

air mata

terima kasih kerana masih menemaniku
setia..selalu ada
saat hati hiba..kau hadir mengulit ketenangan
mendamaikan keresahan biar sejenak
menderu laju tatkala mata terkatup rapat
bukan aku pinta kehadiranmu
percayalah..
aku lemah berdiri sendiri
lama mana aku pendamkan
api kemarahan akan reda juga
tika airmu membasahi pipiku
menjatuhkan segala keegoan yang terselit

aku wanita..
sedia berkorban andai permintaan itu
menjauhkan kau dariku..
aku ingin sendiri tanpamu...
sekeras hati ini..pasti kau menjenguh menemui sepi
cuba ku tahan dari menangisi lagi
tubir mata ini jatuh juga dengan mutiara jernih itu

maafkan aku...

songsang

bolehkah kita menidakkan sesuatu yang benar terjadi sekarang kau mengiyakan dan aku menafikan dan bila aku cuba meyakinkan kau ...