Sunday, December 28

buat yang sedang bahagia

kau.kamu.mungkin anda
tersenyum riang..owh..tergelak!
maaf aku tak punya masa untuk cemburu
penyakit hasad itu ku buang jauh-jauh..ok?
kau jauh..kau lupa aku..
tak pernah terlintas aku benci kau
aku doakan moga kau terus bahagia
merasai erti keceriaan itu
berbunga rasa hati menikmati duniamu
kau memang tak rasa apa yang aku rasa sekarang
kau sedang gembira kan!!
aku ada sebab untuk menjauh.
mengambil waktu untuk berfikir
sesuatu yang kau tak perlu tahu..
ah...gembiralah kau..
sepuas-puasnya!!
kau yang pilih jalan itu
untuk kau ukirkan selarik wajah menguntum tawa

aku benci digelar perampas..kau salah mentafsir
aku rimas dituduh hipokrik
kau tak sedar..senyumlah lagi
sambil menari-nari berlagu kecil
masa yang lepas tak boleh di ulang kembali
aku batasi dengan paksaan
usah dikenang benda yang lepas.
kau pantas untuk bahagia
jangan di peduli cemuhan orang lain
pasti kau pekakkan telinga
persetankan itu semua!
menurut aku, kau sudah berbeza
maklumlah..dengan bangganya kau memandang
senyuman tak pernah lepas..

oklah..aku faham




usah di tanya tentang gelodak hatiku
sudah ku sembunyi di balik kaca lutsinar berdinding batu
ok..sekali lagi

moga kau gembira!


p/s:entri ini tiada kena mengena yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung

kita harus gembira ok?!

songsang

bolehkah kita menidakkan sesuatu yang benar terjadi sekarang kau mengiyakan dan aku menafikan dan bila aku cuba meyakinkan kau ...