Tuesday, December 16

kematangan dan aku

tak lama lagi cukup 20..
melangkah ke alam dewasa..(mungkin)
memikir detik ke masa hadapan..aku menerjah..mengamati..cuba membayangkan

kosong..tahla..kebosanan(barangkali)
sebenarnya aku sedang mengasyikkan hubungan hambarku dengan darah dagingku sendiri..
adik-adik..yup!!2 orang adik lelaki yang aku ada..
makin dewasa makin jauh..(yang last sekali)
dia pula banyak diam..aku makin terbuang di balik kesunyian itu
atau kami sudah biada dalam kelesuan ini..(diam)

saat bersama..kami diam.buat hal masing2..
aku cuba merapatkan jurang..namun sifat kebudak-budakkanku membatasi kematangan yang mereka ada..lebih dari aku..ahaks!!
kemudian perlahan aku merindui zaman kanak2ku..kemesraan di zaman budak2..
mak lah yang penat..jarak umur yang seinci cuma.meyepahkan rumah.bising hingga mata terlelap.bergaduh sampai bengkak mata.(aku lah yang salu menangis kuat..;p)
kami membesar bersama..
ah..aku paling rapat dengan angah(bawah aku)kecilnya diusung aku..kemana2 pasti ada dia..berkawanlah dia dengan kawan perempuanku yang tak ramai mana,selebihnya lelaki..
berjingkit2 mengikuti waktu beredar..pejam celik pejam celik..semua kini di alam remaja..malah masing2 dihantar asrama oleh mak abah..cuba berdikari..(aku tak!!)
lagilah..kami jarang bergurau senda..sibuk dengan tugasan sendiri..
jarang keluar bersama..mak abah sekadar memerhati..*mereka juga diam*

bingkisan buat adik..
abah mengharapkan salah seorang anaknya dapat masuk matrik..
pasti matrik Gopeng yg mak harapkan(snang mak nk tgk AIn,ank angkat mak)
bukan aku..bukan angah..
kami telah lepaskan harapan abah
lagilah aku..yang amik dip nh pown terkontang-kanting..(byk main..tula)

aku sebenarnya ingin masa itu kembali..(owh..mengharap)

hm...













(sepi)

berfikir sejenak..ingin aku hadiahkan kematangan sebenar buat adik2..


p/s:kalau aku berpindah keluar..pasti aku rindu mereka

mana kau 😶

bila aku pejam mata aku nampak kau fikiran menerawang tentang masa depan bila aku buka mata aku nampak kau makin menjauh baya...