Saturday, May 23

kadang-kadang

venue:ala..kat sini2 gak
event:wedding ceremony
mood:ok la..ikut mak g

huh!!berbaju kurung biru lembut aku dengan lemah gemalainya menemani mak
(abah da g dulu da)ke satu majlis gilang gemilang menyambut menantu cik %^$# dan en #&%^^&

menu utama...ayam golek!!yeah..ngan nasi minyak
(sambil berangan bila lah aku nak merasa kenduri nasi minyak aku sendiri)
ahaks..berangan sempat lagi tu.

owh..ramai sungguh orang meramai majlis.
dalam kekusyukan aku menjamu selera,mak disebalah di sapa oleh makcik A
kawan lama mak.

penghayatan aku untuk menikmati makanan terhenti seketika.salam di hulur.

makcik A:anak ke nh mah..(tnyaan pertama sejurus aku melemparkan semyuman manis buatnya)
mak:haáh..yang sulung nh
makcik A:la..da besa ye.anak dara da.blaja lagi ke?
mak:baru je abis nh.da dok rumah je sekarang
makcik A:(mengangguk)Ble nk terima cincin?

haa..sudah!aku plak yg kena.agak tersedak jugak dalam sedap menghirup air sirap oren.
tapi cover cun lagi.menjeling mak

mak:tersenyum dan..ha..isi la borang..boleh aje nh..dapat la kita berbesan

mereka ketawa serentak.
aku??hm...xpe..da bese gurauan sebegini.

selesai makan.mak masih mahu berborak.
maklumlah..ramai kenalan.aku..hanya menuruti.terkebil2 mata melihat pengantin..
wakakaka..perasaan apakah itu??wink!

dan lagi.

makcik B:akak..bila lagi nak wat kenduri pulak?
sayup2 aku dengar dalam riuh paluan kompang.
mak:kau tunggu jelah kad undangan akak sampai nanti.jangan tak datang pulak.

aiseyh..mengapa persoalan itu di tuju lagi.
hm..melarikan sedikit ke satu sudut.

kemudian.





mula berangan



ini juga




lagi



ini perlu ada





ops!!pengantin laki mana???
aiseyh..sudah2 la tu berangan..
hahahahaha..



p/s:kadang-kadang..berangan itu best jugak kan??
wakakaka..entri sangat mengada-ngada
maklumlah baru balik kenduri kawen..
hehe..(normal bukan!)
owh..,ke aku je..hahaha

Sweet Escape

Giving up is not an option when you have someone calling you mommy. My daughter, you are the answer to every time I looked up at the...