Monday, June 1

kontrak transformasi revolusi

bernafas.dan menghirup udara lagi.
oksigen yang berfungsi sebagai pengoksida.

ah..tiub bronkos semakin sempit
sedang memikir tentang LATERAL yang melebihi LOGIK
pertukaran gas yang berlaku di alveolus menyeimbangkan kewarasan
dalam otak yang penuh pemikiran LUHUR dan LAHIR
Cuba mendifinisi hebat dengan mempercayai,mengingati,mempertimbang dan mengimaginasi seperti seorang dewasa.

paranoid merosakkan kesejahteraan laluan pernafasan
hilang deria rasa!lariks kosong.walau peti suara itu banyak igauan amarah muda
Paru-paru yang dibentuk alveolus dan bronkiol mengembang menjadi udara kemurungan.
Tiada perbalahan LOGIK mengikuti pemikiran LAHIR.
spontan tindak tanduk mendengus celaru.
sangat tidak rasional hingga sebu segala anggapan luar yang mahu menganiaya kesejahteraannya.

Pemikiran terganggu.cemas dan ketakutan.
jawapan masih di cari.Diafragma menanti udara segar dari sudut positif untuk membaiki sistem kemasukkan udara keluar.
Mungkin agak keterlaluan menghajati sesuatu hingga kepercayaan dalam diri pudar sedikit demi sedikit.
rehat yang dicampur tolak dengan paksaan carutan angan.Berselisih lagi dengan cemburu.
tak keruan jadinya!!

terbias jauh oleh semangat juang yang tinggi
hilang nya di bawa oleh angin kencang dengki pemusnah senyum!
kejam.tiada belah kasihan.langsung tak bertolak ansur.
teknologi yang meresapi ketelitian minda mengundur ke belakang.
penat berkongsi kesabaran.

segaris luka mengalir darah.
pekat yang membasahi permukaan epidermis.
Korneum yang mengelupas dari lapisan kulit mati.
menjadi parut.membekas dalam.
sakit tak terasa.pedih tak terucap.
Spinosum sudah kebal menahan gesekan dari luar.Sel darah merah dan putih serasi menetang arus.

kiraan yang dihitung berkali-kali bersamaan infiniti angka sebenar.
walau sudah di ramal.menjangka dalam naluri
faktor apakah yang mencemari hati suci ini??






p/s:nevermind me
hak cipta carutan seorang bukan cinderella
tiada kena mengena langsung ok!

G.D.O *E.P#3#

Hello Perhentian