Thursday, June 4

Phenomena shit paranoid

badan sudah cukup rehat
namun minda sangat-sangat penat
perlukah???
memikir untuk sesuatu yang tak pasti
menjangka untuk kemungkinan yang nyata
kian diri sibuk ke hilir
melangkah agar terus menjejak kenyataan
sedang berusaha ke hulu
mempersiap segala rapian kemas

namun..

masih berdakap dengan kesangsian
yang meracuni firasat biar sekilas cuma
makin lama makin membunuh
dalam diam tanpa sedar
parasit menjalar.kian kerapuhan

batas sokongan yang di cipta tak cukup kuat
pendiding hanyalah sebesar zarah

mana jiwa kosong
mana hati sepi

sudah tertimbus dengan bayang-bayang sendirikah??


bangunlah..jangan terus bermimpi!!!






p/s: gambar tiada kena mengena dengan entri merepek..
huhu..akibat terlampau banyak makan kerepek..hasil coretan makin merepek.

senyap buat seketika.pulang ke kampung..
atok..nenek..tunggu kepulangan cucu kesayangan mu!

M.U.N.G.K.I.N

Antara kita makin rapat kerana keserasian yang terkebetulan mungkin... Antara kita makin selesa kerana kisah yang dicipta mungkin... ...