Friday, June 12

Tarik tali


adilkah kalau kau main tarik tali
tapi tali kau putus
tengah aku cuba menarik perlahan
lantak!kau tinggalkan terus

ajak aku main tingting
batu kau baling jauh.aku di petak mula.
bosan!kau pergi lagi

dapat mainan baru.kau ajak aku lagi
main galah panjang.aku jadi umpan
kau.dia.mereka.mengejar aku

terkial lagi!!

sedang aku suka main congkak
kau tikam semua
aku mendengus kecil.kau buat tak tahu!
aku mahu pulang.kau tarik tangan aku.
kau panggil carik tempat sembunyi
aku mengira.kau berlindung

puas aku mencari.
kau pamit tanpa pesan..




Mainan apakah yang kau cipta??
Sumpah..aku dah penat!!


Statik

Tadi aku potong daging untuk masak merah Terlari fokus aku terbilah jari kiri sedikit Darah mengalir pekat Laju dan aku terpampan ...