Sunday, October 11

galaksi rimba


aku yang rasa ingin bertebaran mencari sekalian jawapan untuk tanda tanya ini.
berhenti seketika memunggah ilham walau hati sudah cukup perit.minda penat memikir
kosong lagi.

tanda amaran makin menyebakkan kesabaran.titis mutiara jernih jatuh kerna sarat tak terbendung.untuk berkata dalam senyap jari laju menitip ayat untuk di ucap.*bisu*
tanpa sebab lagi.alasan semua tak terpakai.logik akal rapuh tenggelam mengikut amarah.

salah aku??..*mengertikan dalam-dalam*
pancaindera ke-enam tak mampu dimiliki.sekadar insan biasa.perlu ditepis pujukan keji yang menghasut.mengurut dada..sabar!itulah kekuatan

sekalian kali.aku jujur menerap.benci penipuan!!
untuk hari semalam.yang masih berbaki senyum sinis itu.terkilan aku menjeling jauh.
persetankan saja.untuk berterus terang payah agaknya.

sedar diri tak lama.aku terusan berbatas untuk suatu penindasan terungkai.singkap dari jendela mata kasar.nampak perbalahan.jelas dendam tersirat.*maaf*
langsung tiada niat menyakiti apatah lagi menghampakan.

aku juga manusia kan?

M.U.N.G.K.I.N

Antara kita makin rapat kerana keserasian yang terkebetulan mungkin... Antara kita makin selesa kerana kisah yang dicipta mungkin... ...