Wednesday, December 23

bunga apa?


bunga yang lama berputik kian menunggu masa
untuk mekar
kembangnya bukan sekadar siang
harumnya bukan hanya malam
ingin lama agar punya kumbang
datang bertandang
bukan untuk menagih simpati
tapi buat peneman di kesunyian
bunga berharap dapat bersinar panjang
biar kumbang akan tetap merindu
bila wangi sudah semakin kurang
bunga akan tetap setia menanti kumbang
yang ikhlasnya datang bukan sekadar persinggahan

andai kumbang itu tiba
bunga akan mekar mengharum sepanjang masa
itu janji bunga!

M.U.N.G.K.I.N

Antara kita makin rapat kerana keserasian yang terkebetulan mungkin... Antara kita makin selesa kerana kisah yang dicipta mungkin... ...