Sunday, November 7

lena

kalau aku rasa nak pergi jauh
.
.
.
...
.
.
.
---->>>satu tempat yang langsung tak ada orang kenal aku.
biar pemergianku

=tiada tangisan
=tiada ratapan
=tiada rinduan
=tiada ungkitan
=tiada perbalahan

senang bukan.
semua jejak aku.hilang.ghaib bersama bayang

bebas berlari bersama unggas
menari bersama angin
berenang bersama ombak.

terus terputus harapan.

;
;
;;;;kenangan??
;
;


entah di bungkus pada sejarah halimunan animasi watak antagonis.
kiasan berbalas sinis pujian.
sarkastik dalam nada. ego dalam madah.

Saturday, November 6

take time to relax

tuntut ilmu tinggi terbentang
lagi melambung yuran belajar
habis belajar bayar hutang
hutang datang lari berkejar


release tension *get fun*

Friday, November 5

berkisah tentang kematangan lagi

makin meningkat pertambahan umur.suara kian berbisik tentang perubahan tentang masa depan.walau masih samar tapi punya perancangan rapi.

kau yang pesisih pada pandangan.
dan aku..
...
.
..
.
..
...

masih optimis dengan pandangan aku.

walau terkadang aku selalu merengek bagai tiada makna.
mengumam batu dalam mulut sama ingin bicara.hingga ada onar melempar rimas.

terlalu cemburu barangkali.

*****biarlah*****>>>>>itu memang cara aku!

dan itu memang aku.
yang sibuk mencipta dunia sendiri..hingga aku mundur dengan dunia nyata.
terlalu kuno untuk merajuk domba sedang aku yang menyesak pada arus pembangunan.
mengumpul dana untuk keinginan nafsu mewah..ah!!lupa diri.
dalam mengukur tahap kematangan.
lantas aku

.......
.
.
.
.
.
...........jatuh pada bayangan kenangan.

kosong dalam padangan.
tertipu pada kebodohan sendiri.
berpura mengejar kecerdikan akal.*selalu terbabas*

berkisar tentang cinta pula.mungkin sudah di tahap mengunci diri untuk berfoya tiada arah tuju.
terkadang memberontak untuk jauh terbang tinggi.seraya mahu menggapai bintang nan bercahaya.garapan selalu seindah lamunan.

dek tamak!-------->hambar kualiti.

Wednesday, October 20

kau dengki kenapa


aku ada bola kristal.dalam air ada istana warna putih.cantik!
ada manik warna-warni.bentuk hati kecil-kecil.
aku goncang laju.letak atas meja bawah sinaran cahaya lampu.
mata aku bersinar lihat istana kecil dalam air diwarnai serbuk halus
teruja sangat!!
rasa mahu berlari tunjuk pada kekasih
aku pegang kuat-kuat.tak mahu lepas
dasar pendengki!!!
kau tolak aku dari belakang.bola kristal aku jatuh.berderai.
istana kecil warna putih retak dari balang kaca penuh air
bola kristal aku musnah..

kau cemburu lihat senyuman aku kenapa?
sebab senyuman aku lebih manis dari kau bukan!sentap!!

kalaulah aku punya kuasa hapuskan kau dari dunia ini!
aku tak nak ada kaitan atau hubung kait langsung dengan kau serta keturunan hina kau!
kau keji!!penuh sial.

Saturday, September 11

kau juga manusia bukan?

dicipta akal untuk berfikir
menimbang antara yang hak dan batil
diberi iman untuk beramal
memilih antara syurga dan neraka
dibekal maruah untuk berlindung
apakah kau tak pernah rasa malu??

jangan nak berlagak andai kau juga manusia
angkuh laksana kau dicipta dari cahaya suci
sedang malaikat juga sujud setia pada pencitaNya
kau lupa
kau dicipta dari tanah
tapi suka bermain dengan api
konon tahu apa itu erti kehidupan
kau silap!!



bila tersungkur baru kau rasa lebam pada penyesalan
tak guna kau berpaling lagi
saat noda telah kau carikkan pada sejarah semalam
kau menyuluh jalan keluar punca kealpaan
nah..sejadah dibentang
pintu taubat masih terbuka
tak perlu berlengah hingga
pendamping Tuhan bernama Izrail menjemputmu
hatta nafas sudah dikerongkong
sudah terlewat segala istigfar


bila senang kau tersenyum puas
langsung lupa diri dari amna asal kau
di mana kau berpijak nyata
kau melambung jauh di awangan
riak dengan kepunyaan kau yang tak kekal
menayang sana sini
mahunya dikecoh ke seluruh pelusuk dunia
ke atas utara hingga ke selatan
ke bawah timur sampai barat
belum lagi dicanang hebat dengan ego sendiri
kau mungkin tak sedar
kau telah berikrar tika kau masih didalam rahim ibu
pnya perjanjian sama Tuhan
kau lupa??
lantas kau merayu pada cinta dunia yang menjinjing kau dengan keasyikkan
menangis bagai untuk menakluk hati sang arjuna
kau tinggalakn kekasih hakiki
kehormatan kau dagang persepahan
mana pergi sumpah sebagai khalifah??

kau tentu rasa malu bila kau punya hati
yang disifatkan untuk berperasaan
kau masti rasa jijik unutk menagih kasih
yang belum tentu milik kau lagi
kalaulah kau perasan
kau menolak takdir Tuhan
bila kau masih membanggakan matan
barang semalam hak kau lagi


takkah kau rasa terhina?
memeluk bayangan tak sudah kau sendiri
mata ditutup untuk meneropong dunia luar
memperlekeh kententuan Ilahi
berdendam dengan kenangan lepas


andai itu ialah engkau
tolonglah kasihani diri sendiri
takkan mahu mengemis pada manusia yang dah tak punya perasaan itu lagi

kesian sungguh!!

p/s:ini sebagai rasa meluah.tapi bukan untuk engkau
kau terasa??
maaf.bukan aku yang tentukan dosa pahala kau!
aku pun manusia.

Friday, September 10

Tuesday, August 31

tanah tumpah



☆┌─┐ ─┐☆
│▒│ /▒/
│▒│/▒/
│▒ /▒/─┬─┐
│▒│▒|▒│▒│
┌┴─┴─┐-┘─ PeAcE 4 No war
│▒┌──┘▒▒▒
└┐▒▒▒▒▒▒┌┘
└┐▒▒


..::Malaysia::..

I proud to be one of u!!!





p/s:kucing ini juga kagum

Monday, August 30

d.i.a

kali nie aku mahu berbicara tentang*d.i.a*

lama rasanya tak mencapap tentang d.i.a
dulu aku tataw pape langsung tentang d.i.a,tapi sejak 2004 aku mula merisik tentang pasukannya.yang aku perhatikan setiap pemainnya..

yeah!mata tertancap pada d.i.a saat match sedang berlangsung
apatah lagi saat d.i.a beraksi di world cup 2006.
dimana ada d.i.a pasti ada aku.ahax!

latest..i got news d.i.a injured.Oh..MY!!
Pity of him.

get wall soon kay Frankie me amor..

Blue is the colour, football is the game
We're all together and winning is our aim
So cheer us on through the sun and rain
Cos Chelsea, Chelsea is our name.

Better than nothing

Jangan ada tidak percaya
Jangan bilang kebencianmu
Hati ini selalu harapkan
Kau dan aku
Bisa bahagia

Air mata di pipi ini
Saat kamu jauh di sana
Jangan ada selingkuh dusta
Kau dan aku
Harus setia


Engkau dan Aku
Tidak mahu
Orang ketiga
menghancurkan
Kerana cinta telah lama disatukan

Kita disini hanya ada
Satu impian paling indah
Kerana cinta dan asmara yang bertahan

Aku tak bisa
Menduga hatimu
Andainya bisa ku peluk bayangmu
Di antara kita tak akan siapa mengganggu


p/s:credit red peanut & nad



Gravity rides everything.HE show gravity in my life.Felt like in the air when thinking about him.I hold on when he kiss me again,again and again.


never mind me


i just want HIM!!

Sunday, August 29

kalaulah nenek dapat bace

Assalamualaikum nek..

Nenek sihat?kalau tanye pown mesti nenek jawab 'ala..sihat orang tua jela'
maaf nek, bulan poce nh along xbalik kg pown lagi.tapi along rindu nak balik kg.
bukan along tak nak balik.tapi along pown bukan bayak masa sangat.sampai ade kawan along pown cakap along nh bz je manjang*dulu lain,sekarang lain* .tahla nek.nak kate banyak keje takde la kaye pown.keje makan gaji je nek.tataw apa yang dikejar.kawan-kawan ramai pown sume dah sibuk dengan hal masing2.mana ade masa nak jumpe sume dah.tapi cepat sangat masa berlalu.kan nek?
hm..along last balik kg pown 24july aritu.tu pown masa embah wat kenduri tahlil.embah dah remind kat along gak banyak kali soh balik.yela..along kat cucu kesayangan embah.haha
along pown singgah kedai kejap je.time nak balik tu je.atuk kat luar.maintain ngan wat hal dye sendiri.nak balik tu,mak soh g bilik bilik nenek.lapor diri.along berdiri depan nenek,tapi nenek tak perasan.bila mak cakap,along nh.baru nenek hulur tangan.tapi tangan along dah lenguh hulur depan nenek,nenek sahut tempat lain.mak kaut tangan nenek kat tangan along.nek cam lagi suara along.nenek cakap 'sejuknya tangan along'(macam biasa)

ada satu malam,along mimpi nenek.tataw nape.rindu sangat.along mimpi arwah oyang(moyang) skali.pastu along nangis bila along jaga tengah malam.along salu mimpi yang pelik2 lately nh.along biarkan je.mimpi tu mainan tidur je.may be along slalu pk sgt benda yg remeh temeh sampai masuk dalam mimpi.moga2 tak de pape yang buruk berlaku.

nek..
hujung tahun nh along nak masuk 22thun.along dah besar(tp perangai mcm bdak2 lagi)
along rasa mcm baru semalam nenek marah along sbab along ske crik vitamin kat atas peti ais mse kecik2 dlu.along cucu sulong perempuan nenek.along nakal kan dulu nek.degil+manja sampailah sekarang.mase kecik sume kwan2 along laki.termasuklah anak bongsu nenek tu.(nek..paksu nak kawen da..).konon ganas la kawan ngan sume laki,tapi cuit skit nagis bagai nak rak.along dah tak ingt sgt la mse knak2 dlu.yg along ingat kawan mainkan ank patung along dulu oyang.nenek sibuk niaga dulu.pastu mse duk semenanjung,tiap kali cti skola.mak abah mesti sent kitaorg adik bradik blik kg.yela,nak main ngan sepupu sepapat yang bape kerat je.siang kat umah nenek bawah.malam kat umah nenek atas.(embah).mase arwah embah lanang ade,dye la yang antar kitaorg ulang alik dri umah nenek ke umah embah.*air mata bergenang ingat arwah embah*.dah puas main,embah bedok mara soh mandi cepat.pastu ngaji dgn arwah embah lanang.nenek pown taw kan arwah embah dulu garang.mcm2 keje arwah embah buat.bila arwah embah dah takde baru along rasa satu kehilangan besar.tp time tu along tak rasa pape sgt tp ade la skit.(dah 10thun arwah embah pergi).tapi along rasa sebak bila along cium pp arwah embah sebelum kena kapan.along ikut g kubur sampai along tak nampak muka embah kne kambus dgn tanah dah.'embah lanang dah ade rumah baru'.kate mak bila kitaorg balik dri kubur.tp kan nek..yang along terkilan,bila along tak dpt tgk pengkebumian oyang.along dpt taw pown bila mak ngan abah blik dri kg pastu g skola along,gtaw oyang dah xde.time tu along just cakap nape tak bawak along skali.sedih gak.now,bila rindu along sedekah kan Al-fatihah ngan bace Yasin moga tenang.

nek..mak soh along kawen.mak kte along dah tua bangke..haha..along mmg gatal nk kawen nek,tp ase cam xready ag la nek..duit pown xde ag..tgu lah dah sampai seru nanti.mase nek sihat ag,nek ade soh along bawak boyfren along dtg jmpe nenek kan.tp rasanye mesti nenek dah tak ingat kowt.along ade balik kg ngan boyfren along aritu.nenek baru balik dri cuci darah.boyfren along yg tolak kerusi roda nenek.bila nenek tnye sape,mak ckp tu kawan along.nek su yg banyak tnye kat boyfren along.boyfren along pendiam nek.tataw lah camne dye kne ngan embah kang.dibuatnye embah cakap jawe..cyan la boyfren along tu nek..haha

nek..dah 50+ lebih nenek dgn atuk kan.atuk tetap dgn nenek.bila ank2 nek ajak dok umah diorang,nenek xnk.nek ckp nek nk duk ngan atuk kat kedai.now uteh yg jga kedai tu ngan anjang skali.mse ank nenek cadang nak amik nurse ke bibik ke jaga nenek,atuk marah.atuk tak bagi.atuk cakap ade anak ramai,tapi nak suruh orang jaga.atuk sayang nenek kan..mcm tu jgak bila atuk kne kencing manis dulu.doctor cakap nak potong kaki atuk,tp nenek halang.nenek tak setuju.yang busuk kat jari tapi nak potong kaki terus.nenek yg jaga atuk.nenek sorang je yg berani cuci kaki atuk dulu bila jari kaki atuk kne ptong dulu.along harap along leh dapat suami yang macam atuk.setia,sabar,sayang kat along nanti biar sampai along dah tak mampu nak urus diri sendiri.(andai umur along panjang.)

ok lah nek,nenek jaga diri elok2 ye.InsyaAllah minggu depan kitaorg nak blik kg.tp along tataw ag dapat balik ke tak.(sampai along pown dah takde masa ngan kawan2 along).Raya taun nh,kitaorg tak blik kg.abah keje,along pown xde amik cuti lame.
nenek,nanti along dah ade kereta along bawak nenek g cuci darah ye.along janji!!

nek..moga kita dapat raya sama-sama ag ye nek



SAYANG NENEK & ATUK

Saturday, August 28

All about US

jangan nak sibuk boleh?
soalan pertama

kau tak tahu apa-apa tentang aku.jangan nak kecoh ye?
soalan kedua

ada aku kisah tentang kau?
soalan ketiga

kau kawan aku ke?
soalan keempat

blablablablabla..

memang rasa banyak nak tanya.tapi aku dah malas nak ambil peduli tentang hal kau.
biarkan aku dengan HIDUP aku.

sekian.

Friday, August 27

All the things SHE said

buat julung kalinya.mahu merehatkan minda.
************penat****************

mahu lari dari kesibukan kota
kebisingan hiruk pikuk warga
kesibukan tugas

biar aku disini terus mencari ilham
mendamaikan diri
mengosongkan jiwa
mententeramkan hati

p/s:Kembali pada asal.;D

Saturday, August 14


Ramadhan datang alam pun riang
menyambut bulan yang berkah
umat berdendang kumandang azan
pertanda hati yang senang
hati yang gembira
penuh suka cita

Sebulan kita kan berpuasa
melawan lapar dahaga
kalahkan nafsu rayuan syetan
menjadi insan yang taqwa
hati yang gembira
penuh suka cita

Tarawih dan tadarus
bersujud di tengah malam
berzikir dan berdoa
menyebut asmaMu ALLAH
dan tak lupa berzakat
sempurnakan kewajiban
mensucikan jiwa
sebagai insan yang fitri

Tarawih dan tadarus
bersujud di tengah malam
berzikir dan berdoa
menyebut asmaMu ALLAH
dan tak lupa berzakat
sempurnakan kewajiban
mensucikan jiwa
sebagai makhluk ALLAH


Wishing for blessing and perfectly fasting

Sunday, August 8

berlari mengejar Tuhan




mancari sinar
dalam kabus dinihari yang penuh kekesalan
dihimpit dosa semalam
yang dinodai dengan bisikan syaitan
merangkak dalam tahajud malam
mencari punca
dalam jawapan yang kosong

mengisin tanda tanya
tangan rakus menggapai kitab suci
ayat penuh ketenangan
mata terus bergenang air mata
masihkah punya pintu untuk menerima cahaya Ilahi

bersujud dengan rendah diri
terasa hina tika di kealpaan
langsung lupa diri bila iman decampak tepi
lantas tersedar
semahunya meraung dalam taubat

Tuhan...
aku ingin kembali pada Mu

Saturday, August 7

Undisclosed Desires

dah lama tak menjerit tanpa suara
masih punya kaki dua pasang,tangan dua pasang serta lengkap segala pancaindera
cuma masa yang diberi lapan puluh enam ribu empat ratus detik tak terkapai urusan rapiannya.
yang di atur menjadi cincai,yang di cerca kebetulan menerpa
ah..penat larian anggota bekerja keras.
entah untuk apa.

walhal minda sudah puas memikir. biar berehat seketika masih ligat memikir lantas menerawang jauh.
semua yang di jangka bagai tertarik pada jaring-jaring keperihalan semasa
yang akibat akan menjuihkan kesal untuk ego diri sendiri.

terlalu mengikut kata hati.jiwa jadi celaru

yang mana harus di utamakan,yang mana harus didahulukan
yang mana perlu dimusnahkan,yang mana mampu di lupuskan




p/s: gambar tiada kena mengena dengan buntuan coretan.
mereka teman untuk waktu wajib 3801600 detik seminggu selagi berdaya

Sunday, June 20

STARLIGHT FROM THE SKY







IF I JUST HAVE ONE DAY TO LIVE
I WOULD GIVE THE HAPPINESS IN THE WORLD FOR MY DAD
ONLY HE SHOULD GOT WHAT HE DESERVE FOR

****I LOVE YOU..DADDY****

Saturday, June 19

romance is boring

semalam tulis surat cinta buat kekasih
atas kertas kajang guna pena berdakwat basah warna biru
sambil mengarang fikiran menerawang mata bergenang
air mata jatuh
kertas basah.warkah buat kekasih jadi kotor

Sunday, May 30

under the shadow

lambat-lambat aku mengurai rasa.berbaur dengan marah+terasa.
jiwa sentap yang terlalu sensetif.
mengikut kata orang akhirnya diri sendiri yang mengamuk bagai nak gila.
sampai bahana dilepaskan pada orang lain.

blame it on me??!
enough!!

mungkin kaku lebih BAGUS dari terus membabi buta!
berkecamuk rasa hati untuk terus senyum lagi
berpura tiada apa yang berlaku

****lari****
bukan isu besar.tak perlu di hebohkan
yang membodohkan diri tapi menuding pada orang lain
langsung tak guna akal!!!

Saturday, May 29

My Mr My


your my angel
my lullaby
forever yours until i die

your my angel
my sweetest thought
eternally yours
my angel
the only one
i've got

xde kerja

kau memang tengah tak ada kerja bukan?
sibuk mengkaji tentang kesalahan orang.sibuk meneliti tentang masalah orang
sedang diri kau sendiri terumbang-ambing.
cara kau berkata macam kau SEMPURNA segala segi.
cermin kau pecah mungkin.sibuk sangat mengajar orang
sampai diri kau langsung tak terurus!
bila bersuara, nada kau nyaring tapi sumbang dari kesahihan
melulu kau menegakkan keburukan orang.aib kau sendiri,kau tak jaga
sibuk lagi dengan menjaga hak kau.
menuding jari bila orang merampas hak kau.
INGAT SIKIT!!
kau sedar tak hak kau??
kau langsung tak berhak nak masuk campur urusan orang lain.
senang kau menuduh orang lain merampas hak kau.
hak orang lain dah sibuk kau jaga
mana satu sendiri, mana satu orang lain.kau lupa kan??

Friday, May 28

airplanes

aku kembali untuk bertindak balas
setelah lama bertindak untuk diam
diam dari bertindak
diam dari bertindak balas

maaf..bukan aku tak suka di tindak balas
apatah lagi membalas tindak balas
cukup!!
cuma rimas dengan tindak balas
yang langsung
tak masuk akal!!

berpura-pura dengan tindak balas
yang bertindak dalam pura


****sial****

Sunday, April 25

citi nevers sleep





bisa aku begini


bila aku berkata orang kata aku menunjuk
bila aku diam orang kata aku perahsia
bila aku lari orang kata aku pengecut
bila aku berdepan orang kata aku naif
bila aku menerima orang kata aku lemah
bila aku menolak orang kata aku kejam
bila aku jujur orang kata aku meminta simpati
bila aku menipu orang kata aku mencipta alasan


apa lagi harus aku lakukan!!

menurut salah
membantah silap

aku hanyalah aku.manusia biasa
yang tak pernah sempurna.yang banyak kekurangan
aku tak mampu tunaikan semua permintaan
aku tak dapat puaskan hati ramai
aku bukan pengikut semua telunjuk
terkadang tindakan aku mengikut kata hati
bukan aku tak pernah memikirkan

masalah.aku juga punya hati
aku ada perasaan.aku masih boleh berfikir
bukan beerti aku pentingkan diri sendiri.


aku cuma mahu peluang buat aku untuk memilih


aku tak pernah harapkan rasa kasihan
aku tak mahu terus di awangan
walau aku tahu aku yang mencipta risiko
buat aku.buat masa depan aku
ini yang aku mampu!!

aku tak boleh tipu diri sendiri
jangan terus paksa aku.aku tak betah
aku tak ada niat untuk mengecewakan sesiapa
aku tak pernah terlintas untuk membelakangkan kesahihan
realitinya.aku juga keliru
aku juga bingung

orang boleh berkata itu dan ini tentang aku
sedang mereka sendiri bodoh untuk menilai

aku dah tak mampu menangis
air mata sudah lama jadi musuh
sejak aku pilih sabar peneman aku

dan lagi...


tohmahan bertalu-talu menyerang aku
bila aku suarakan pilihan aku

aku salah bila memaafkan kesalahan orang
aku berdosa bila enggan memaafkan

...::kesudahannya...::


aku yang harus meminta maaf

maaf.ini yang aku putuskan
maaf.ini yang aku berdaya
maaf.ini aku yang sebenar
maaf.aku tak bisa putarkan waktu


semuanya sudah tersurat
cuma yang tersirat kini menjadi nadi
dalam kekusutan aku kini

sumpah!!!


aku ingin lenyap dari kewujudan ini
yang menyesakkan rasa tanggungjawab
yang menyisihkan rasa kasih
yang membuntukan rasa kasihan

Saturday, April 24

tinggal sampah

aku tulis nama kamu besar-besar
dengan pena warna merah
penuh.
kemudian aku lipat dua.
koyak hingga tinggal renyaian kecil.
cebisan berbisa dengan tulisan penuh amarah aku renyuk
bakar.tinggal abu dan terus hilang.

p/s:indah bukan kalau aku dapat hapuskan nama kamu dalam hati aku sekaligus.

sial.penuh sebal bila ingat kamu lagi!

Friday, April 2

diam

orang ada hati.pasti ada perasaan
orang ada otak.pasti bisa memikir

diam bukan beerti kalah
sangat penat.

biarkan aku diam.

terima kasih.;D

Sunday, March 21

ini yang aku rasa

mahu makan dengan pelahap.banyak.tak besisa langsung
peduli apa aku!yang aku mahu.yang aku idam.semua aku sumbat
walau bukan kesukaan aku.walau aku tak menikmati

ah..sangat padat.tepu.sendat
masih lagi di sumbat.

akibatnya..tekak aku sakit.
memuntahkan semua yang dipaksa.

sumpah!
sangat membazir.

Saturday, March 20

i don't want reminisce

kalau dulu...
aku selalu bertanya 'mengapa mesti begini'
'kenapa jadi macam ni'

bertalu-talu keluhan.memikir untuk satu penyesalan
.
..
...
....
.....
namun
.....
....
...
..
.
setelah jauh aku berjalan.lama aku merenung.jauh aku memikir.dalam aku menghayati
apa yeng berlaku PASTI ada hikmahnya
tak perlu dikesali.tak payah diratapi.

yang terjadi telah terjadi dan akan terjadi.dan tetap akan terjadi.
menghembus nafas kelegaan.mengeluh bukan.TIDAK SAMA SEKALI.
cuma tersenyum sinis.cuba mencari maksud tersirat

tentang semalam yang kosong
tentang kelmarin yang hiba
tentang kenangan yang hilang

::.dan::.
sisa-sisa yang tinggal buat aku meraih sebuah ketenangan
menepis segala cabaran.memimpin sekeping ketabahan.

-->harapan aku tetap sama.impian aku tetap tinggi.<--
bukar sekadar omongan sepi.ini realiti aku.
tak akan mudah mengaku kalah.tak bisa berundur lagi


aku memandang hadapan


menilik untuk hari esok
meramal untuk masa mendatang
meneka untuk episod baru

.........::.punyakah sinar lagi.::...............

kemungkinan masih banyak
biarkan aku dengan cara aku.tak perlu mendesak
cukuplah memberi ruang sedikit untuk aku memilih
terima kasih kerana sentiasa menyokong aku

walau aku acap kali tersungkur
walau aku masih bertatih
walau aku kurang pengertian

***kenyataan***
aku terima takdir aku







p/s:ini tiada yang tersurat.masih tersirat




Sunday, March 14

no man no cry!










ENOUGH!


apa lagi mahu kau?
aku berkata kau tengking
aku diam kau berdengus
masih tak puas hati

bukan aku yang cari dulu
kau yang datang terhegeh
menyerang tanpa bukti
letih aku layan kau
buang masa
F**k You!!





p/s:budak kecik pown tahu marah.cuma aku tak pandai mengeksprirasikan watak itu.
cukup!

Tuesday, February 16

I'm your lady


entri buat kekasih @ My Mr My

masih ingat
kali pertama kita berbicara
I tengking U,I main pick call xtgk screen
U diam.terkejut kowt..1st time call terus kena marah
I pown diam bila u diam.Opss..da sedar,I salah org
I mnx maaf, u terus kata ok.
malu-malu lagi masa nh..ahax

kali kedua call
U tengah demam.I xdpt layan.I tgh banyak kerja
I says 'Get well Soon' terus Gud bye.

kita jumpa juga tak dirancang.
after midnight.memang kerja gila.
padahal esok x plak cuti.
U banyak senyum, cakap sikit.I yang banyak merepek.
U diam & pandang.

dan lagi.
memori yang i xdpt lupa.
Balik kerja,sangat selekeh.U nak lepak ngan I sebelum balik.
Time nh, U da banyak cakap.dah xmalu ngan I kowt..;p
macam-macam kita kongsi cerita.

lepas Dua bulan.
baru dapat jumpa U lagi.
dan

lepas

sehari

ke

sehari

kita

makin

RAPAT.

U harap dapat kenal I lebih.
I realize but Don't want think it too much.
take time dulu la.
U argue.Kita tengok pada takdir

cepat sungguh masa berlalu
kita masih berhubung
dalam erti kata 'kawan'

ada masa kita jumpa
status juga di awangan.
U ada tanya, Tapi I buat tak tahu.
malas lagi masa tu.

lepas lama-lama

hari-hari

pagi

petang

malam

bangun pagi

sebelum tidur

I makin tak boleh lupakan U

masa berlalu lagi.


lepas kali ke - 3 u tanya untuk kesungguhan
I senyap.dan terus kata Dont leave me.
I tengok U gembira.banyak kali U cium tangan i.genggam kuat-kuat.


kadang-kadang apa yang kita harapkan tak semua menjadi.
memang bukan hidup la kalau takde dugaan.
sabar. I harap U boleh terus sabar dengan I
Sejak U ada dalam hati I.
U'r my ONLY sunshine. U always make my day.

kita juga harap untuk hari esok.ada buat kita lagi.
doa banyak-banyak.kalau ada jodoh kita
I pasti akan Tunggu U.






p/s:KHAIRUL AZWAN..terima kasih untuk rasa ini..
sayang sangat sama ANDA!

monolog dalaman..*terasa hari-hari makin gedik*lalalala~~

Monday, February 15

lagi gedik!



siap nk post video karaoke la bagai..;p
serious..i still can feel 'his' touch again!!

p/s:currently mood-->missing My Mr My

Saturday, February 13

In my head




I was waiting for you to notice me
I've been hanging around for a minute
Baby don't give me you it won't hurt me
I don't even know if you deserve me

But with that moon in the sky
Who wants to be alone
And when the stars shine so bright
Who wants to be alone





perapitan di atas tiada kena mengena langsung dengan tuan pnya blog..;p

i also got MR 'K'..lalala~~
********************************************************

aku yang memendam untuk meluahkan
punya kelapangan namun amat sulit

boleh aku melepaskan yang terbuku
yang diam lama.yang sunyi seketika
sangat rindu jari jemari menari di lantai huruf berpetak
dan lagi

sangat-sangat teruja
punya banyak olahan.perlu banyak ulasan
pengertian yang sangat dalam.sebenarnya kosong
ayat sudah bersisa.basi mungkin.
malam sudah kepenghujung.pagi merapati dalam aku memeluk kesejukan angin malam.
ahhh..merepek lagi.monolog sendiri.
yang mengenang tentang semalam.
yang merenung untuk hari esok.

tersenyum sendiri.sekadar menyedapkan hati.
yang mengerti pasti memahami.

sebenarnya aku ingin berbicara tentang kesetiaan.
walau bagi aku sangat payah.
maaf.jujur itu aku.

kata kunci nya 'kejujuran'.
di tentang dua pihak berbeza.dan aku di tengah.
pantas kah aku untuk bertindak.
kalau tak kuat.pasti aku rapuh di tengah..
Oh Tuhan..Berikan aku kekuatan.


mereka berkata itu
mereka berkata ini
ayat penyata.bahasa lain.kesimpulan berbeza.
aku di persimpangan.
berkata tidak.diam bukan
apatah lagi untuk mengiyakan atau menidakkan
dan jalan terbaik.
pura-pura tidak mengetahui
menghilangkan diri di balik kelibat
aku bukan penyokong dan aku juga pembangkang

boleh jadi aku di awangan
hendak ke kanan rasa bersalah
hendak ke kiri mati punca
seperti lalang.tak tetap pendirian

ini bukan cerita tentang pendirian.

p/s:Walau aku tak punya kuasa membaca fikiran orang.tapi aku dapat menggagak dari ''kerlingan'' mata itu.

songsang

bolehkah kita menidakkan sesuatu yang benar terjadi sekarang kau mengiyakan dan aku menafikan dan bila aku cuba meyakinkan kau ...