Sunday, January 24

All The Right Moves




Kita matang sebelum usia atau usia mematangkan kita.kadang-kadang kita tak sedar perubahan itu berlaku sepantas yang di luar jangkaan.kononya mengharapkan semua matlamat tercapai tapi kematangan membantut dek kerakusan menimati usia yang masih belum mencapai tahap kematangan.matang untuk menjadi diri sendiri.bukan matang kerana usia.pertambahan usia mungkin juga pertambahan pengalaman.bukan semua boleh mematangkan kita.ada juga yang usia sudah tahap matang tapi bersikap seperti pra-matang.patutnya wajar berubah.perubahan terletak pada diri sendiri,bukan dari telunjuk arahan orang lain.bukan dipanggil matang.bukan juga dipanggil berdikari.matang yang tetap pada pendiriannya.matang yang jujur pada keadaan.matang yang sabar dengan dugaan.
bersiap sedia dengan segala kemungkinan. lain orang lain pengertian.berbeza juga ungkapan matang itu yang di olah.seperti mereka telah matang.namun hakikat sebenar terkinja-kinja dengan penipuan dalam pentas lakonan dunia.ingin jadi matang perlu ada penegasan.bukan sekadar melepaskan batuk di tangga.yang pada mulanya menggeggam bara api hingga menjadi arang.lama kelamaan hanyalah hangat-hangat tahi ayam.tak adil untuk menyalahkan orang lain.bukti tak matang sudah sahih.apatah lagi meratapi pada sebuah nasib malang.
Nah..kalau betul matang berubahlah menjadi lebih baik

G.D.O *E.P#3#

Hello Perhentian