Sunday, April 25

bisa aku begini


bila aku berkata orang kata aku menunjuk
bila aku diam orang kata aku perahsia
bila aku lari orang kata aku pengecut
bila aku berdepan orang kata aku naif
bila aku menerima orang kata aku lemah
bila aku menolak orang kata aku kejam
bila aku jujur orang kata aku meminta simpati
bila aku menipu orang kata aku mencipta alasan


apa lagi harus aku lakukan!!

menurut salah
membantah silap

aku hanyalah aku.manusia biasa
yang tak pernah sempurna.yang banyak kekurangan
aku tak mampu tunaikan semua permintaan
aku tak dapat puaskan hati ramai
aku bukan pengikut semua telunjuk
terkadang tindakan aku mengikut kata hati
bukan aku tak pernah memikirkan

masalah.aku juga punya hati
aku ada perasaan.aku masih boleh berfikir
bukan beerti aku pentingkan diri sendiri.


aku cuma mahu peluang buat aku untuk memilih


aku tak pernah harapkan rasa kasihan
aku tak mahu terus di awangan
walau aku tahu aku yang mencipta risiko
buat aku.buat masa depan aku
ini yang aku mampu!!

aku tak boleh tipu diri sendiri
jangan terus paksa aku.aku tak betah
aku tak ada niat untuk mengecewakan sesiapa
aku tak pernah terlintas untuk membelakangkan kesahihan
realitinya.aku juga keliru
aku juga bingung

orang boleh berkata itu dan ini tentang aku
sedang mereka sendiri bodoh untuk menilai

aku dah tak mampu menangis
air mata sudah lama jadi musuh
sejak aku pilih sabar peneman aku

dan lagi...


tohmahan bertalu-talu menyerang aku
bila aku suarakan pilihan aku

aku salah bila memaafkan kesalahan orang
aku berdosa bila enggan memaafkan

...::kesudahannya...::


aku yang harus meminta maaf

maaf.ini yang aku putuskan
maaf.ini yang aku berdaya
maaf.ini aku yang sebenar
maaf.aku tak bisa putarkan waktu


semuanya sudah tersurat
cuma yang tersirat kini menjadi nadi
dalam kekusutan aku kini

sumpah!!!


aku ingin lenyap dari kewujudan ini
yang menyesakkan rasa tanggungjawab
yang menyisihkan rasa kasih
yang membuntukan rasa kasihan

M.U.N.G.K.I.N

Antara kita makin rapat kerana keserasian yang terkebetulan mungkin... Antara kita makin selesa kerana kisah yang dicipta mungkin... ...