Sunday, August 8

berlari mengejar Tuhan




mancari sinar
dalam kabus dinihari yang penuh kekesalan
dihimpit dosa semalam
yang dinodai dengan bisikan syaitan
merangkak dalam tahajud malam
mencari punca
dalam jawapan yang kosong

mengisin tanda tanya
tangan rakus menggapai kitab suci
ayat penuh ketenangan
mata terus bergenang air mata
masihkah punya pintu untuk menerima cahaya Ilahi

bersujud dengan rendah diri
terasa hina tika di kealpaan
langsung lupa diri bila iman decampak tepi
lantas tersedar
semahunya meraung dalam taubat

Tuhan...
aku ingin kembali pada Mu

mana kau 😶

bila aku pejam mata aku nampak kau fikiran menerawang tentang masa depan bila aku buka mata aku nampak kau makin menjauh baya...