Saturday, September 11

kau juga manusia bukan?

dicipta akal untuk berfikir
menimbang antara yang hak dan batil
diberi iman untuk beramal
memilih antara syurga dan neraka
dibekal maruah untuk berlindung
apakah kau tak pernah rasa malu??

jangan nak berlagak andai kau juga manusia
angkuh laksana kau dicipta dari cahaya suci
sedang malaikat juga sujud setia pada pencitaNya
kau lupa
kau dicipta dari tanah
tapi suka bermain dengan api
konon tahu apa itu erti kehidupan
kau silap!!



bila tersungkur baru kau rasa lebam pada penyesalan
tak guna kau berpaling lagi
saat noda telah kau carikkan pada sejarah semalam
kau menyuluh jalan keluar punca kealpaan
nah..sejadah dibentang
pintu taubat masih terbuka
tak perlu berlengah hingga
pendamping Tuhan bernama Izrail menjemputmu
hatta nafas sudah dikerongkong
sudah terlewat segala istigfar


bila senang kau tersenyum puas
langsung lupa diri dari amna asal kau
di mana kau berpijak nyata
kau melambung jauh di awangan
riak dengan kepunyaan kau yang tak kekal
menayang sana sini
mahunya dikecoh ke seluruh pelusuk dunia
ke atas utara hingga ke selatan
ke bawah timur sampai barat
belum lagi dicanang hebat dengan ego sendiri
kau mungkin tak sedar
kau telah berikrar tika kau masih didalam rahim ibu
pnya perjanjian sama Tuhan
kau lupa??
lantas kau merayu pada cinta dunia yang menjinjing kau dengan keasyikkan
menangis bagai untuk menakluk hati sang arjuna
kau tinggalakn kekasih hakiki
kehormatan kau dagang persepahan
mana pergi sumpah sebagai khalifah??

kau tentu rasa malu bila kau punya hati
yang disifatkan untuk berperasaan
kau masti rasa jijik unutk menagih kasih
yang belum tentu milik kau lagi
kalaulah kau perasan
kau menolak takdir Tuhan
bila kau masih membanggakan matan
barang semalam hak kau lagi


takkah kau rasa terhina?
memeluk bayangan tak sudah kau sendiri
mata ditutup untuk meneropong dunia luar
memperlekeh kententuan Ilahi
berdendam dengan kenangan lepas


andai itu ialah engkau
tolonglah kasihani diri sendiri
takkan mahu mengemis pada manusia yang dah tak punya perasaan itu lagi

kesian sungguh!!

p/s:ini sebagai rasa meluah.tapi bukan untuk engkau
kau terasa??
maaf.bukan aku yang tentukan dosa pahala kau!
aku pun manusia.

G.D.O *E.P#3#

Hello Perhentian