Thursday, February 3

Terima Kasih Hati

*Tolong Ingatkan Aku*

Aku hayati lagu itu dalam-dalam.Dalam jiwa sentap saat mata terkesan sesuatu.takut untuk diluah kerana takut ramalan tergeser dengan kebenaran.aku mengukir episod kematangan untuk mengukur diri.malas untuk menuding jari.cuma harapkan karma bisa meleyapkan rasa gusar di hati.

aku tersenyum


kerana aku sedang membayangkan erti senyuman itu.kelat.sakit.dan lagi disiratkan makna,sepantas laju mutiara jernih berjurai.hati sedang tidak keruan.Terima Kasih Hati!

akal sudah menerbalikkan kewarasan aku.Tuhan Sedang Membenci aku. Lantas tersedar keterlanjuran aku--->Tuhan sedang menguji aku!

tersepit antara keinginan dan kerakusan.aku yang selalu leka dengan tanggungjawab.terbeban dengan nafsu tamakku sendiri.Mungkin aku terlalu jahil untuk memerangkap amarah dengan ketenangan amalan mahmudah. Ya!!aku naif memelihara hati menjauhkan racun.Dan racun yang telah merosakkan hati. Racun dosa yang aku benarkan saat terleka. *“Allâhumma Anta Rabbî, lâ ilâha illâ Anta, khalaqtanî wa ana ‘abduk-a
wa ana ‘alâ ‘ahdik-a wa wa’dik-a mastatha’tu, ‘aûdzu bik-a min syarri mâ
shana’t-u. Abûu lak-a bini’matik-a ‘alayya wa abûu bidznbî, faghfirlî fa innah-û lâ yaghfiru- dzdzunûb-a illâ Anta”


Hati..bersabarlah dengan penipuan.Andai terbuka amanah pasti terlantang suara kemaafan..terserlah muka penyesalan.Andai hati penuh kebal dengan kejahilan.Sungguh Daif memujuk diri sendiri.

Wahai hati..solo tarian malammu dengan penantian.hangat dalam kekeliruan.apakan jawapan sudah diisi tanda noktah. . . . . ?

terusan memikir lagi. Hati meneka jahat. Hati merela pasrah. Hati berdendam ego. Hati mengawal diri.

Lupa ingatan sejenak! Pasti hati kaku seketika. Minda yang mentafsir waktu.

M.U.N.G.K.I.N

Antara kita makin rapat kerana keserasian yang terkebetulan mungkin... Antara kita makin selesa kerana kisah yang dicipta mungkin... ...