Tuesday, June 28

ketentuan-Nya


Untuk hari yang mendatang aku makin menduga waktu
mengungkit bicara untuk menunda pindaan
aku benci pengubahan.aku rimas pengharapan.

Tolonglah..kami hanya mahu berdua.
Jangan sibuk meminda takdir kami.

Pencuri hati

dan ikhlas diri telah menderu laju untuk menyuluh saspek.
gambaran yang nyata tanpa kiasan.

berlagu hari menanti waktu.senyum panjang bila nampak kelibat sang pujaan.

martabat di julang tinggi buat si pencuri hati.
berikrar akan menjaga sepenuh hati walau si pencuri diam membahang.

aku mungkin sendiri.meng'iya'kan kata.kerna si pencuri hati sudah bisu madahnya.
sudah pekak tafsirannya.sudah pudar wangiaannya.

nah...si pencuri hati mewujudkan sengketa baru.hingga pitam dalam lerai-lerai cemburu.berebut dengan kewarasan dan kesetiaan.di balik pembohongan sepi.

Ah..si pencuri hati meninggalkan jejak.setiap inci helaian bukti menjadi tanda.
waima berlari jauh, mampir di tangkap sedu.

****dan mangsa penculikan bermonolog sendiri****




**hi si pencuri hati..senyuman mu buat aku damai dalam perisikan**
**hi si pencuri hati..bisikan mu buat aku lemas dlam kerinduan****
**hi si pencuri hati..nukilan mu buat aku lemah menyepi kaku******
**hi si pencuri hati..menanti mu buat aku gelisah berpanjangan****




wahai pencuri hatiku..aku rela dalam penculikan ini.
yang indah di saksikan semaian kasih.kita punya impian sama.
tak mahu orang ketiga menghancurkan jelajah cinta kita.

28 June 2011..
untuk penggal kedua ikatan yang kita bina,doaku moga terus rasmi menjadi sah tanpa
permusuhan siapa.

genap usia 25 mu..
tak pernah putus ucapan terbaik mengiringi kematanganmu.
kesihatan yang berpanjangan. akhlak yang sentiasa di puji.
sumbangan yang jujur di curah. kesetiaan yang dipegang.
amanah yang di dokong kuat.

hai si pencuri hati..

Terima kasih untuk segalanya..

Aku bahagia di sisimu..Khairul Azwan
bertemu cinta hingga menjadi anugerah.

Saturday, June 25

peluang

pagi yang lewat hingga aku terkorek satu penemuan.
mata laju tercari berita terkini.resah menunggu jari menggodam sunyi.

......R.I.N.D.U.........

dan aku masih sangsi tentang rasa ini.aku mati akal.
mungkinkah ada cebisan dulu.*hati setan memberontak lagi*
merenung langit jauh lama.dan mengukir segaris senyum.
hati sudah ternoktah untuk satu nama.persoalan berjuta terlintas.

..:Mengapa harus di kenang??..:

segaja berbasi kata.gembira dengan peluang yang ada.
wanlau terkadang jahat memikir untuk melawan takdir.
dan seterus bermimpi untuk mengukir hari indah itu.

SUMPAH!!!!!

*peluang* itu wujud walau sekejap.dan untuk sekian kali.^aku bersyukur^ mengenalinya.

kalau aku..melambatkan takdir dulu?
kalau aku..membiarkan takdir dulu?
kalau aku..melepaskan takdir dulu?

dan bermacam kalau,kalau,kalau dan kalau terus merajai hati setan.

Ya ALLLAH...kuatkan pendinding aku.
aku punya naluri yang di awangan lagi.telah kuat tekad hati tak akan berpaling.

tapi sejenak untuk mengimbau.aku masih berteka sinis dan bergetar mata saat terpandang peluang itu.

p/s:buat peluang dulu.Terima kasih untuk penghargaan yang di beri.

Kita dah jauh.xoxo

Wednesday, June 22

..::H.I.L.A.N.G::..

aku hilang untuk meratah kata.dalam ejaan yang agak sumbing untuk di santap.

yang aku hilang saat aku sibuk mengejar masa.andai dapat di putar momen yang aku hilangkan dulu.tepu lidah untuk di ungkap.

aku hilangkan kegigihan aku demi melihat bait lega pada kesayanganku.akibat..aku hilang usaha.malas untuk mengimbau dan malas untuk bertengkar.aku hilang motivasi.

aku hilangkan kegilaan aku untuk meraih luar jangkaan keriangan.aku sendiri menghilangkan diri dalam jarak yang aku ukurkan skala pemisah.

aku dah hilangkan harapan tika aku asyik dilanda kalahan.diputarkan mengalah bukan beerti kalah.aku semak dengan rasa bersalah.diam tanpa banyak kesalan.

aku terus hilangkan jati keayuan untuk keyakinan aku sendiri.justeru aku makin ditindih kenyataan palsu.hilanglah kewarasan aku.makin aku agresif untuk menegakkan kebenaran walau aku hilang kucupan mesra.

aku hilang dalam terang.aku nampak gelap.mana tah hilang cahaya.kabur mengguna kanta mata.dan kanta hati terbuntang mengorek rahsia.

aku cuba untuk mengghilangkan diri.

21/12/2012.

cuma aku harap ada erti untuk sejarah itu.

songsang

bolehkah kita menidakkan sesuatu yang benar terjadi sekarang kau mengiyakan dan aku menafikan dan bila aku cuba meyakinkan kau ...