Wednesday, June 22

..::H.I.L.A.N.G::..

aku hilang untuk meratah kata.dalam ejaan yang agak sumbing untuk di santap.

yang aku hilang saat aku sibuk mengejar masa.andai dapat di putar momen yang aku hilangkan dulu.tepu lidah untuk di ungkap.

aku hilangkan kegigihan aku demi melihat bait lega pada kesayanganku.akibat..aku hilang usaha.malas untuk mengimbau dan malas untuk bertengkar.aku hilang motivasi.

aku hilangkan kegilaan aku untuk meraih luar jangkaan keriangan.aku sendiri menghilangkan diri dalam jarak yang aku ukurkan skala pemisah.

aku dah hilangkan harapan tika aku asyik dilanda kalahan.diputarkan mengalah bukan beerti kalah.aku semak dengan rasa bersalah.diam tanpa banyak kesalan.

aku terus hilangkan jati keayuan untuk keyakinan aku sendiri.justeru aku makin ditindih kenyataan palsu.hilanglah kewarasan aku.makin aku agresif untuk menegakkan kebenaran walau aku hilang kucupan mesra.

aku hilang dalam terang.aku nampak gelap.mana tah hilang cahaya.kabur mengguna kanta mata.dan kanta hati terbuntang mengorek rahsia.

aku cuba untuk mengghilangkan diri.

21/12/2012.

cuma aku harap ada erti untuk sejarah itu.

G.D.O *E.P#3#

Hello Perhentian