Tuesday, June 28

Pencuri hati

dan ikhlas diri telah menderu laju untuk menyuluh saspek.
gambaran yang nyata tanpa kiasan.

berlagu hari menanti waktu.senyum panjang bila nampak kelibat sang pujaan.

martabat di julang tinggi buat si pencuri hati.
berikrar akan menjaga sepenuh hati walau si pencuri diam membahang.

aku mungkin sendiri.meng'iya'kan kata.kerna si pencuri hati sudah bisu madahnya.
sudah pekak tafsirannya.sudah pudar wangiaannya.

nah...si pencuri hati mewujudkan sengketa baru.hingga pitam dalam lerai-lerai cemburu.berebut dengan kewarasan dan kesetiaan.di balik pembohongan sepi.

Ah..si pencuri hati meninggalkan jejak.setiap inci helaian bukti menjadi tanda.
waima berlari jauh, mampir di tangkap sedu.

****dan mangsa penculikan bermonolog sendiri****




**hi si pencuri hati..senyuman mu buat aku damai dalam perisikan**
**hi si pencuri hati..bisikan mu buat aku lemas dlam kerinduan****
**hi si pencuri hati..nukilan mu buat aku lemah menyepi kaku******
**hi si pencuri hati..menanti mu buat aku gelisah berpanjangan****




wahai pencuri hatiku..aku rela dalam penculikan ini.
yang indah di saksikan semaian kasih.kita punya impian sama.
tak mahu orang ketiga menghancurkan jelajah cinta kita.

28 June 2011..
untuk penggal kedua ikatan yang kita bina,doaku moga terus rasmi menjadi sah tanpa
permusuhan siapa.

genap usia 25 mu..
tak pernah putus ucapan terbaik mengiringi kematanganmu.
kesihatan yang berpanjangan. akhlak yang sentiasa di puji.
sumbangan yang jujur di curah. kesetiaan yang dipegang.
amanah yang di dokong kuat.

hai si pencuri hati..

Terima kasih untuk segalanya..

Aku bahagia di sisimu..Khairul Azwan
bertemu cinta hingga menjadi anugerah.

Statik

Tadi aku potong daging untuk masak merah Terlari fokus aku terbilah jari kiri sedikit Darah mengalir pekat Laju dan aku terpampan ...