Sunday, July 29

M.A.A.F

Maaf kalau itu aku
yang membiarkan rindu kian di awangan
bukan seperti aku yang aku
cuma aku takut menaruh lagi..

Maaf kalau itu aku
sinis dalam perbualan
bukan seperti aku yang aku
cuma mahu pertahan harga diri..

Maaf kalau itu aku
berganjak tanpa pamit
bukan seperti aku yang aku
cuma takut ketinggalan masa..

Maaf kalau itu aku
yang parasit dalam senyum
bukan seperti aku yang aku
aku sedang mencari ketenangan

Maaf kalau itu aku
laju mengusir salam
bukan seperti aku yang aku
aku rimas dalam hipokrik.

Maaf kalau itu aku..


Dan kau kenal itu aku..kan?!

M.U.N.G.K.I.N

Antara kita makin rapat kerana keserasian yang terkebetulan mungkin... Antara kita makin selesa kerana kisah yang dicipta mungkin... ...