Tuesday, February 12

i'm glad u came

sebenarnya aku benci ada rasa seperti ini.
di awang-awangan lagi.
bukan aku tak tetap cuma terkadang rasa itu datang sendiri.
senyum bila teringat dan sayu bila mengingati.
aku putar kembali lagu-lagu pujaan semalam yang menjadi kenangan 'kami'.
dan keterujaan aku, bila dia masih bertanya khabar.
masih sama seperti dulu.
cuma jarak yang memisahkan kami.
kejanggalan tuk bermesra kian terserlah
dan aku yakin dia masih seperti 'kawan 'yang aku kenal dulu.
yang selalu di saat aku keresahan.
yang selalu di saat aku kesedihan.
yang selalu di saat aku kegembiraan.
dan aku tak pernah sunyi dengan kata-kata semangatnya.
dia pimpin aku tika aku jatuh tersungkur
dia pinjamkan telinganya tika aku ingin meluah kata
dia pinjamkan matanya tika aku ingin mengolah perkara.
dia pinjamkan bahu tika aku ingin menghembus hampa.
dan dia masih setia tika aku serabai serabut.

aku rindukan keramahan dia yang buat aku terhibur.
aku rindukan keprihatinan dia yang buat aku rasa berharga.
dan aku tersangat sangat dan sangat rindukan..
kehadiran teman seperti dia.

hingga masa telah mengubah segalanya.
bila rasa kehilangan baru kita mula menghargai




TERIMA KASIH ''kawan'' yang dulu sentiasa menyinari hariku





He was happy with her and I was fine with Him.
Syukur..
 

mana kau 😶

bila aku pejam mata aku nampak kau fikiran menerawang tentang masa depan bila aku buka mata aku nampak kau makin menjauh baya...