Thursday, January 9

Hush baby!

Menurut aku diam itu indah

Diam dari terus menayangkan kebahagiaan yang kau ada
Hakikat sebenar kau di himpit rasa kesayuan. Kurang kasih sayang

Diam dari membabi buta menyalahkan takdir
Yang kau hidup sendiri tanpa teman. Sedangkan diri sendiri gagal menilai ekspresi hidup

Diam dari mengadu domba betapa engkau pemaklum informasi terkini
Walhal berita yang sahih bagai tertinggal dalam debu

Diam dari terus bersifat hiperbola melankolik
Menunjukkan kau hebat tanpa bantuan. Ah..dalam hati menangis tak sudah

Dan terus diam dari menunjukkan rasa ego.
Ego yang tinggi melangit.

Kau memang hebat!



Diam itu aku.yang sentiasa merenung kau dari jauh.

Senyum.indah. Nah!

songsang

bolehkah kita menidakkan sesuatu yang benar terjadi sekarang kau mengiyakan dan aku menafikan dan bila aku cuba meyakinkan kau ...