Saturday, January 18

Terima kasih

Dan ya! Susah nak cari kawan bila kita tengah susah yang senangnya mereka muncul bila kita tengah senang.

Dan ya! Untuk namanya kawan tapi masih payah terima kegembiraan bila akan sedang gembira. Senang sikit dah dengki.

Dan ya! Lebih baik menyendiri dari terus rasa tersisih.

Dan untuk engkau! Terima kasih untuk sentiasa berada dalam susah dan senang. Senyuman untuk aku tika aku syukur dalam gembira.
Dakapan untuk aku tika aku hiba dalam kesedihan.

Biar kita butakan mata untuk melihat sekeliling yang asyik menuding jari melihat kekurangan kita. Antara kau dan aku, kekurangan menjadi penguat kita terus sempurna berdua.

Biar kita pekak kan telinga untuk mendengar sekeliling yang asyik mengata apa yang kita ada, apa yang kita kurang. Antara kau dan aku, apa yang ada di syukuri, apa yang kurang diredhai.

Biar kita menjadi bisu untuk bertelagah dengan sekeliling yang sibuk menyoal bila, kenapa, mengapa, bagaimana, siapa, di mana untuk soalan yang kita masih belum tahu jawapan nya. 

Biar kita menjadi lumpuh untuk mengekori sekeliling yang hanya plastik pada luaran. Untuk apa di teroka kelemahan orang lain sedangkan kita masih banyak cacat celanya.

Moga hari yang terus mendatang sentiasa cukup untuk kita kekal bersama. Dalam syukur. Dalam redha.




mana kau 😶

bila aku pejam mata aku nampak kau fikiran menerawang tentang masa depan bila aku buka mata aku nampak kau makin menjauh baya...