Tuesday, August 11

It's a journey








Ps: hasil carian google & perkongsian ibu-ibu yang baikhati sudi share di fb&blog.

Moga ada rezeki lagi.
Berdoa untuk yang terbaik.
Kuat mental & fizikal.
Hanya yang mengalami dapat memahami.
Nak seribu daya,xnak seribu dalih.


























Sunday, July 19

Orthodontic pacifier

At first aku memang tak nak ajar Khalisa berputing kosong @ pacifier @ soothers @ nenek Khalisa panggil puting kopek) ni. Tapi disebabkan Khalisa ialah seorang insan bayi yang suka 'mengempeng', nak tak nak dengan redha jela aku menggunakan khidmat pacifier tuk Khalisa ni. Mula-mula aku ajar dengan pacifier brand NUK ni, memang direject habis-habisan oleh Khalisa. 



Haa..ni muka xrela Khalisa masa aku ajar guna pacifier NUK. Hiks


Then, ada kawan advice try pacifier brand AVENT. 

So aku pun tanpa ragu-ragu terus beli satu set botol +pacifier tuk Khalisa. Mula-mula pun Khalisa refuse gak tapi lepas tu melekat plak. Maybe puting avent ni lembut sikit compare dengan Nuk. As long as Khalisa ngam is ok for me. Siap beli yang pacifier yang glow in the dark bagai! Kalau tengah gelap tu senang la meraba mana pacifier Khalisa ni.Haha!


Masa ilmu mak-mak ni cetek, aku pun takut gak nak bagi. Sebab ada gak mulut-mulut yang cakap anak hisap puting ni nanti besar jadi jonggang/jonggos/gigi tikus. Naifnya aku time tu!!! Padahal hal tu terjadi dari faktor keturunan kowt

Then hasil penggalian ilmu aku decide gunakan puting ortodontik.


Puting ortodontik dibentuk untuk mengelakkan salah jajaran gigi dan isu-isu ortodontik di kemudian hari, seperti gigi bayi baru dan akhirnya memberi laluan kepada gigi dewasa. Satu puting ortodontik mempunyai puting yang leper di bahagian bawah dan bulat di bahagian atas. Ia direka khusus untuk menyokong bentuk membangunkan lelangit dan rahang bayi. Semasa menghisap, mereka meratakan dalam mulut bayi seperti puting ibu untuk menyediakan tindakan menghisap yang paling semulajadi dan mengurangkan tekanan ke atas gusi dan gigi membangun.

Kajian telah menunjukkan bahawa puting ortodontik menyebabkan gigitan kurang terbuka atau masalah overbite daripada puting pusingan tradisional. Garis terbaik pertahanan terhadap kerosakan gigi, bagaimanapun, menghadkan masa puting dan mengambil dari puting selepas tahun pertama bayi, walaupun ia adalah puting ortodontik.


Selain itu, American Academy of Pediatrics mengesyorkan penggunaan puting pada waktu tidur dan tidur sepanjang tahun pertama kehidupan untuk membantu mencegah kejadian tiba-tiba sindrom kematian bayi (SIDS).


Memang ada pro and cont bagi anak hisap putingnya. Biasanya aku sumbat bila Khalisa ngah ngamuk2 nak tido. Khalisa akan nyot-nyot jap then tidur dengan aman dan damai. Lepas dah nyenyak automatically Khalisa akan buang puting dari mulut. Bila anak tenang tidur baru selesa nak buat kerja. 
Paling penting hygine kena jaga. Kalau jatuh cepat-cepat cuci or simpan dalam bekas penutupnya. Sebab takut kotor then tah pape bakteria yang hinggap kat puting tu. Agak leceh jugak, sebab g mana-mana kena bawak puting. Wajib dalam checklist barang travel Khalisa. Bukan kata tak boleh cuma aku takut kalau Khalisa meragam nak tidur tapi puting xda mengamuk pulak. Pernah sekali tertinggal puting Khalisa masa otw balik kg. Terpaksa bagi jari aku tuk Khalisa suck. Then gigih mencari kedai baby yang jual pacifie brand avent ni. Phewww! Sejak kejadian itu, 2 3 pacifier aku bawak wat stok.
Menganggu percakapan anak..bagi aku X. Sebab bukan 24hours aku sumbat dengan pacifier ni. So bila masa bermain memang Khalisa akan membebel dengan riang gembiranya. Masuk 7 bulan Khalisa da rasa gatal gusi & semua benda yang dia pegang semua nak masuk mulut. Bagi teether xnak plak.Kadang- kadang aku geram sumbatkan jugak puting. Puehh hati den! Haha. Biar Khalisa explore dengan tangan bukan masuk mulut. Huhu..



Ni antara tips untuk menghentikan anak hisap puting
  • Dengan perlahan kurangkan masa anak anda dibenarkan menggunakan puting.
  • Hadkan penggunaan puting kosong untuk masa-masa utama saja dalam sehari, seperti masa tidur atau apabila anak anda sakit. Bertegaslah.
  • Beri ganjaran dalam bentuk aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan, stiker atau carta bintang - jangan berikan gula-gula untuk menggantikan puting.
  • Tunjukkan kepadanya budak perempuan dan lelaki yang lebih tua, yang tidak menggunakan puting - kanak-kanak prasekolah suka dianggap lebih tua.
  • Galakkan anak anda memberikan semua puting kosongnya kepada seorang yang penting baginya, seperti tok atau nenek.

Pilihan terletak pada tangan parents. Samada nak ajar anak berputing or not. Tapi bagi aku dah kalau dapat anak jenis nak mengempeng pastu sek melalak je, xke kesian. So altenatif lain bagi anak tenang ialah 'berputing'. Lain parents lain lah caranya kan. Yang penting nak besarkan anak kena ada ilmu & rajin mencari ilmu. 

Nah belanja pic Khalisa n her beautiful mommy! Hiks!



From,
Modern thinking mom!




































Tuesday, June 16

Yay or Nay

Vaccine vs Non- Vaccine

Setiap ibu mesti nak yang terbaik untuk anak.Dan aku juga tak terkecuali demi memastikan yang terbaik tuk Khalisa. yup!! tajuk ni sangat subjektif. ada mak bapak yang memilih tuk memvaksin anaknya dan ada juga yang menolak tuk diberikan vaksin dan imunisasi pada anak mereka. antara kedua nya ada pro & conts. tak perlulah nak mempertikaikan kenapa parents ni x vaksin anaknya, apa kesan kalau vaksin anaknya nanti. It's depens on parents. (aku malas nak fight hak pilihan masing-masing) Yang penting kena lah ada ilmu kalau nak vaksin anak atau tak nak vaksin anak.
Aku memilih untuk memvaksin Khalisa.


Khalisa masa umur 4 hari dah kena admitted sebab jaundise(bacaan 276) & demam (bacaan 38.5c) plus ada kuman dalam darah.5 hari aku dan Khalisa berkampung di NICU Hosp Sg Buloh. Khalisa kecik-kecik dah kena masuk drip, cucuk tuk ambik darah, masuk anti biotik. Hati mak mana tak sedih tiap kali anak menangis kena cucuk. Lepas 5 hari, monitor perkembangan Khalisa, syukur anti biotik

melawan virus dalam darah Khalisa dan berat pun naik.Alhamdulillah, Khalisa semakin hari semakin membesar dengan baik sekarang.So aku teruskan dengan memvaksin Khalisa.Masa Khalisa sebulan & 2 bulan aku dapatkan vaksin dekat klinik kk sg buaya sebab masa tu tengah cuti maternity lagi. Lepas da masuk keje, aku pun malas nak bazirkan cuti tuk bawak Khalisa cucuk dekat kk. So aku teruskan dengan vaksin dekat KPJ, sebab boleh datang hari sabtu. Yayy..

 JADUAL IMMUNISASI UNTUK BAYI YANG WAJIB DI MALAYSIA 

BCG: Bacille Calmette-Guerin;
Hep B: Hepatitis B;
 DTaP: Diphtheria, Tetanus, acellular Pertussis;
Hib: Haemophilus influenza type b;
 IPV: Inactivated Polio Vaccine;
DT: Diphtheria,
Tetanus; T: Tetanus;
 MMR: Measles, Mumps, Rubella;
 JE: Japanese Encephalitis;
 HPV: Human Papilloma Virus;
 B: booster


 JADUAL IMMUNISASI TAMBAHAN UNTUK BAYI


 


Hasil pembacaan aku dan setelah bertanya dan berbincang dengan Paed Khalisa, aku decide tuk ambik vaksin tambahan tuk Khalisa, which is Pneumococcal. Vaksin Pneumococcal ni bagi mencegah penyakit pneumonia. Aku start masa Khalisa 6bulan(3dos). setiap 2 bulan sekali untuk 1 dos. so masa Khalisa 6bulan , 9 bln & 1 thun 3 bulan.

Secara umumnya jangkitan paru-paru adalah berkaitan penyakit pneumonia. Pneumonia merujuk kepada jangkitan kuman pada paru-paru yang membuatkan seseorang itu sukar bernafas. Ia berlaku disebabkan saluran udara pada paru-paru dipenuhi nanah dan lendir yang menyebabkan sistem pernafasan tidak dapat berfungsi dengan baik. Ia biasanya di temui di dalam saluran pernafasan kanak-kanak dan disebarkan melalui batuk atau bersin.

Keadaan ini jika dibiarkan berterusan akan mengakibatkan oksigen tidak sampai ke dalam darah dan sel tubuh. Ini akan menyebabkan kanak-kanak mengalami kekurangan oksigen yang menyebabkan dia sukar bernafas yang membahayakan nyawa si manja anda.

Pneumonia terjadi kerana jangkitan bakteria, virus, fungus dan parasit. Secara umum antara bakteria yang menyebabkan pneumonia adalah ‘Streptococcus pneumoniae’, ‘Haemophilus influenzae’, ‘Chlamydia trachomatis’,’Mycoplasma pneumoniae’ dan ‘Legionella pneumophila’. Jangkitan kuman atau virus yang menyebabkan jangkitan di hidung , batuk, selsema dan berterusan pada paru-paru.

Pencegahan Awal
Pneumonia adalah masalah jangkitan paru-paru yang sangat biasa di kalangan kanak-kanak Malaysia. Jangkitan paru-paru kerap dialami oleh kanak-kanak berusia di bawah 5 tahun.

Kira-kira 60 peratus punca utama kebanyakan kanak-kanak dimasukkan ke wad di Malaysia. Pada awalnya kanak-kanak akan mengalami keradangan paru-paru (bronkitis) sebelum bertukar menjadi lebih kronik iaitu pneumonia. Pneumonia mungkin sukar dikesan pada kanak-kanak yang aktif, tetapi secara umum boleh dikesan menerusi perubahan sifat kanak-kanak itu iaitu meragam, tidak mahu minum susu dan tidak aktif.

Bagi kanak-kanak yang aktif, mungkin sedikit sukar mengesan gejala ini tetapi jika dia batuk berpanjangan selama tiga hari, lesu, muntah, nafas berbunyi dan mengalami kekurangan air (dehidrasi) segera dapatkan pemeriksaan lanjut dengan pegawai perubatan berdekatan. ibu bapa sepatutnya menyedari risiko pneumonia. Segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut. Kanak-kanak yang berisiko mendapat penyakit ini ialah mereka yang dijaga oleh pengasuh di taska, ‘day care’ iaitu dalam kelompok yang ramai dan keluarga yang besar dengan rumah yang sempit. Pada masa yang sama persekitaran dibiarkan tidak bersih dan perkongsian bekas makanan dan minuman yang menyebabkan penyakit disebar dengan mudah.

Dalam pada itu, bagi bayi yang berusia satu hingga tiga bulan sepatutnya sihat dan tidak ada sebab bayi ini mengalami demam. Namun jika tetap mengalami demam, bayi harus menjalani pemeriksaan imunisasinya.

Jangkitan kuman paru-paru boleh menjadi sangat serius dalam masa yang singkat terutamanya di kalangan kanak-kanak kecil. Kanak-kanak boleh mengalami kekurangan air (dehidrasi) atau kekurangan oksigen. Kanak-kanak yang mengalami tanda-tanda berikut perlu dimasukkan ke hospital iaitu pernafasan laju, sukar untuk bernafas , bibir menjadi biru, batuk berdarah dan tidak boleh makan atau minum atau tidak kencing. Jangkitan kuman ini boleh membahayakan nyawa.

Simptom
♦ Demam panas
♦ Batuk dengan atau tanpa kahak
♦ Sakit dada
♦ Tiada selera makan, tidak mahu makan
♦ Rasa tidak sihat, sering merengek
♦ Pernafasan laju atau susah bernafas
♦ Muntah atau cirit-birit

Rawatan
Kanak-kanak yang mengalami jangkitan kuman ini disebabkan oleh bakteria, antibiotik akan diberi oleh doktor. Bagaimanapun, jika jangkitan kuman di paru-paru ini berlarutan atau menjadi kritikal, anak anda perlu dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan oksigen, antibiotik dan sokongan perubatan yang lain.

Dalam pada itu, pencegahan awal untuk mengelak jangkitan kuman boleh dilakukan seperti amalan kebersihan diri, persekitaran yang baik dan meneruskan penyusuan susu ibu. Alternatif lain pencegahan awal ibu bapa boleh mendapatkan vaksin melalui hospital swasta untuk meningkatkan imun anak anda. Vaksin seperti vaksin batuk kokol (pertussis) dan demam campak (measles), Vaksin influenza dan Vaksin pneumococcal merupakan pengambilan imunisasi boleh mencegah jangkitan kuman di paru-paru.

♦ Beza batuk biasa dan batuk pneumonia
Batuk biasa Bunyinya ‘tidak dalam’ berbanding batuk akibat pneumonia.

♦ Batuk pneumoniaBunyinya ‘dalam’ dan kerap terjadi waktu malam sehingga ke pagi. Kahak berhimpun kerana lebih kerap batuk di sebelah malam.

5 Tip Mudah
1. Mesti ada termometer untuk mengukur suhu badan anak.
2. Dapatkan puting botol susu jenis Y-Cut iaitu susu keluar apabila dihisap oleh anak kecil. Jenis ini membantu mengelak anak kecil tersedak susu.
3. Pastikan persekitaran taska bersih dan tidak terlalu ramai kanak-kanak.
4. Dapatkan rawatan doktor jika demam, selesema dan batuk tidak pulih selepas tiga hari.
5. Teruskan penyusuan susu ibu untuk meningkatkan antibodinya.



Kebetulan masa aku pergi tuk cucuk Khalisa ada event tentang vaksin ni. Dapat disc 10 % lagi.


Muka gembira Khalisa. Xtaw nk kena cucuk




 
 
 


Khalisa 6m with weight 7.5kg
 


kepenatan kena cucuk


 
kita hanya merancang. Tuhan yang menentukan segalanya.
 
 Tak cakap kalau kena vaksin baby akan sihat walafiat. Tak tentu jugak kalau baby yang *suci* dari vaksin terhindar dari penyakit. Prevention is better than cure. Whatever it is.. Usaha & doa. 
 
 
Peace yo!!





















Tuesday, April 7

Dilema Wanita Bekerjaya

Mak mana yang tak nak tengok anak membesar depan mata..
Mak mana yang tak nak susukan anak dengan susu badan..
Mak mana yang tak nak tidurkan bila anak mengantuk..
Mak mana yang tak nak bergurau senda dengan anak..
Mak mana yang tak nak redakan tangisan anak..
Mak mana yang tak ada depan mata bila anak bangun tidur..
Mak mana yang tak nak masakkan untuk anak..
Mak mana yang tak nak berikan pendidikan awal tuk anak..
Mak mana yang tak nak ajar anak mengaji sama..

*sobs*



Kalau la..aku di beri pilihan untuk memilih secara adil dalam membuat keputusan dengan persekitaran sekeliling. Cuma buat masa sekarang pilihan yang aku ada adalah terhad.
Untuk kepentingan anak membesar, aku tinggalkan Khalisa dengan nenek. Tipulah..kalau kata tak rindu anak..tapi nak buat macam mana. Dek kejadian yang tak di ingini sekarang, kalau buka tv or read news macam-macam kes yang jadi. Tinggal anak dekat pengasuh tapi ada plak kejadian yang tak di ingini tu berlaku. jaga anak orang..duit nak.. Tapi anak kita di jaga macam acuh tak acuh. Tak salah kalau jadi Paranoid sikit asal anak kita selamat.*bukan semua bs macam tu, ada yang ihklas jaga anak kita cuma aku tak jumpa lagi orang tu*.


Memang lah rasa nak jadi fulltime housewife all the time but i'm not ready for that. Kalau ikutkan tiap kali bangun tidur nak jer bagi notis dekat boss..tapi pk balik banyak tanggungan, gigihkan diri bersiap g keje. 
- nak bermewah tu bukan la..at least selesa dengan apa yang ada tuk kesenangan laki bini. Barang pakai sekarang dala makin naik. Tak tertanggung rasanya kalau laki keje sorang.
- nak bayar itu ini.. Rumah, kereta, api air, insuranse, savings, tbung hji, brg rumah, even duit ptptn pun tak abis baya lagi. 
- i want secure. Memanglah jodoh pertemuan ajal maut di tangan Tuhan. Kita manusia ni hanya merancang, Tuhan yang menentukan segalanya. But if something happen to husband or jodoh tak panjang *MINTAK DIJAUHKAN* i always pray for the best... N if really happend tak kan masa tu rasa hidup terkontang kanting. Just prepare for myself and future.
- tangan yang biasa pegang pen, menaip di keyboard tak sama dengan tangan yang biasa pegang senduk di dapur. Yup! I admit that. Balik keje lambat..sampai rumah dah penat. The only things is 'beli' or makan kat kedai. $money$.
- i am workaholic person. Kalau tak kerja rasa macam xbest. Yela..da biasa pegang duit sendiri. Shopping dengan duit sendiri.
- tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima. Mana nak belanja mak abah, berzakat ,travel dengan family. Bukan tempat 5 stars but at least spend quality time together at somewhere.
- nak besarkan anak nowdays is costly. It's really-really true. Cabaran zaman IT nak besarkan anak sekarang pun agak mencabar. $money$. Memanglah Tuhan cakap setiap anak ada rezekinya..tapi kalau kita tak berusaha mana nak turun rezekinya.
- even nak stay dekat rumah pun, at least kena run biz something. Tapi nak kena modal gak.so savings sikit demi sedikit.



Ada orang berkorban cara lain. Aku berkorban berpisah kejap dengan anak. Ada orang cakap kalau tinggal anak dengan nenek nanti anak tak kenal mak. *bullshit!*
Tengoklah macam mana kau spend time dengan anak dalam masa yang terhad tu.
Tengoklah macam mana kau pelbagaikan aktiviti dengan anak selalu buat.
Tengoklah macam mana kau layan anak kau masa tu.

Lain orang lain caranya. Whatevers is mak mana yang tak nak yang terbaik untuk anak.

Pray is better than wish.

Doa.doa.doa.


Love,
Determinded mommy.



Monday, March 23

Happy babywearing!!


Sejak dah jadi mak- mak ni haruslah gali ilmu tentang hal keibubapaan. Review, join groups, pergi class & tanya pendapat orang. Yeah.. This time is about babywearing.

Memandangkan Khalisa just infant baby yang nak ke toddler..i mostly prefer babywearing then stroller.

# Antara kebaikkan babywearing :-
- memudahkan aktiviti harian.. Especially time pergi travel.it's really helps me a lot!
- mommy lebih peka sebab baby dkat dengan kita. So baby lebih happy.
-Memudahkan Penyusuan Susu Ibu – (so far aku xpernah try lagi)
-Mudah untuk menidurkan bayi... ( Khalisa senang gak tidur time aku kendong ni)

# jenis-jenis babywearing



Dalam banyak-banyak babywearing ni SSC (soft structures carrier) gak pilihan hati aku!!
Selesa.selamat.cepat. Hehe
Yela..aku  newbie lagi dalam babywearing ni..kena gali dan gali lagi ilmu.InsyaAllah kalau ada rezeki mana tau nak ber baby wrap ke..sekarang kalau ber wrap mau nye aku ter wrap dengan shawl aku sekali! Haha 

Tips untuk berbabywearing.


Kalau nak berbabywearing ni..of cos la kena pilih baby carrier yang ERGONOMIK. So NO to CC ( crotch carrier) and front facing babycarrier.


Ni contoh perbandingan antara CC (left) & SSC (right)



Lagi info https://www.bellybelly.com.au/baby/reasons-to-avoid-forward-facing-baby-carriers/






Di sebabkan aku tak ada masa nak walk in ke kedai & try which baby carrier suitable for me and Khalisa so aku just review and tanya survey dekat FB Malaysian babywearers before aku tawakal beli online. Atas feedback yang memberangsangkan aku pun decide beli ergobaby original. Dalam hati memang mengidamkan Ergobaby 360 tapi pk balik..kalau beli mahal2 kang Khalisa xnak duk dalam tu..mommy gak yang nangis..NP Ergobaby 360 is about RM6++ almost RM700.. Huuu





Tadaa.. Ni aku beli online dekat babydash (regular customers oke!). Rege time aku beli ni kebetulan ngah disc so aku dpt RM 37+.++ cos NP RM454 camtu..








Kain nya x panas tu yang aku suka.. Al maklumlah Khalisa ni puteri lilin. Kalau panas sikit merengek..huhu



Haa..nmpak x..asal masuk dalam ni je Khalisa zzzzz.. So senang la mommy nak berjalan..hoorey!

Ni antara link yang boleh gali ilmu tentang babywearing ni. Jom tambah ilmu dan ber babywearing with safe! Dan lagi satu jangan la beli yang fake. Konon nak jimat la tapi keselamatan anak tak terjamin. Wang boleh carik kot tapi nyawa anak?? Oh please.. Be carefull time nak beli tu.


https://www.facebook.com/babyvibes


https://www.facebook.com/MalaysianBabywearers

mana kau 😶

bila aku pejam mata aku nampak kau fikiran menerawang tentang masa depan bila aku buka mata aku nampak kau makin menjauh baya...