Sunday, February 15

Entri mak- mak sangat!!!

Lama giler kowt aku tak menghungdate blog aku ni..sampai da bersawang mawang..apatah lagi da ada anak depan mata.ralit belek anak wey!

Oklah..selama ni aku sibuk baca blog orang sane sini dok citer pasal perenting story ni..so aku pun nak kasi review la skeeeyyyddd since ramai yang tanya ok x susu karihome ni.

1st of all..since aku taw ak pregnant aku memang da pasang niat nak fully breastfeeding anak aku nanti kalau boleh sampai 2 tahun. Hari-hari dok korek ilmu tentang bf mom & how to handle EBM. Ade kawan yg bg anak bf memang aku nyendeng-nyendeng mintak info. Mencari jugak pump susu yang terbaik. Hasil aku dok google-google, so aku pun decide beli breastpump "Autumnz passion double". Aku beli pakej dekat OnebabyWorld. Rege time tu RM438. Okla..cos dpt sekali 3 Autumnz ice gel,4 Autumnz botol, posh cooler bag, Autumnz double ziplock, & 4 washable breastpad. Dapat sekali pump manual.. So berbaloi la jugak pakej ni. 

Khalisa lahir 1.30 pm camtu..masa kuar-kuar je terus doc wat skin to skin dalam sejam lebih. Then try ajar khalisa isap.tapi payah gak cos mula-mula tu susu xberapa nak ada. Jenuh gak la. Dekat petang sikit pas urut baru susu kuar sikit tapi khalisa tak reti suck sangat. Ajar dok ajar malam tu baru khalisa pandai suck sikit. Then bermula la journey aku as a bf mom. Khalisa ni kuat ngempeng..kalau boleh sentiasa nak ada nen dalam mulut dia. Jenuh wey! Aku try gak bagi puting kosong tapi x berapa nak sangat. Mula-mula try pacifier jenama NUK..memang ditolak habis habisan oleh Khalisa. Then aku try guna Avent plak..kalau bagi sumbat gitu memang Khalisa uweek kan balik. Tapi tahan guna tangan dulu lama-lama maw gak la Khalisa menghisap. Yela..kang aku da keje acanee Khalisa nak dok ngempeng..so nak x nak aku ajar jugak la isap puting kosong je. Memandangkan Khalisa akan tinggal dengan nenek and weekends baru aku balik. Aku pun gigih la wat stock EBM banyak2 tuk Khalisa. Rumah mak memang ada deep freezer which can keep EBM for 6 months plus menggila la aku mengepam susu! Haha.. Aku dok tanya-tanya member cos setiap aku pam je dapat 1-2oz..ada yang ckp lama-lama nanti banyakla plus Khalisa lak kuat ngempeng.. So hasil perahan pas Khalisa ngempeng dapat itu je. Tapi makin lama-lama tahap tu gak..aku pun try la macam-macam milkbooster tuk tambah susu..petua macam-macam..siap makan cheese ari-ari (mana badan aku xgemuk wey!) tu semua tu tambahkan susu. Tapi hasilnya tetap sama gak. Ada gak rasa macam nak give up time tu. Siap aku pam sejam sekali la..wat power pumping la..stress gak. Pastu ada orang cakap jauhi stress..aku plak ari-ari dok pk macam mana nak banyakkan stok EBM. Dala masa g cucuk Khalisa 2 bulan berat Khalisa nek 900g.. Nurse cakap anak aku xcukup zat..aku xbagi susu.. Rasa nak lempang je nurse depan aku tu.. Sentap hati mak nok! Kau xtaw aku punyalah gigih menyusukan anak aku siang malam.. Suka hati je cakap aku xbagi susu kat anak aku. 

Hm..tapi betul la orang cakap, nak fully bf ni kena kuat mental & fizikal. Orang yang da laluinya taw la apa yang aku rasa. Nak pulak ada suara sumbang anasir luar yang dok cakap anak aku kecik sangat kena bagi susu FM.. Aku time tu like what the...... Rezeki orang lain-lain kot. Ada yang melimpah ruah, ada yang cukup-cukup..ada yang xde langsung. Dalam case aku ni aku da try macam-macam kowt..tapi da rezeki aku tuk bf Khalisa ala-ala kadar je. Dari anak aku melalak x cukup susu aku pun pertimbangkan lah bagi susu fm. Mak aku soh bagi susu kambing cos susu terbaik pas susu ibu. Aku pun start la cari info sana sini tentang kebaikkan susu kambing untuk bayi. Nah..ni hasil copy n paste aku dari blog some one.


Di ingatkan kembali..susu ibu adalah susu terbaik dalam dunia!!! And rezeki setiap orang tu tak sama.
Pilihan terletak di tangan ibu bapa sama ada nak bagi susu lembu ke susu kambing. So yang ni hak masing-masing. Aku bukan nak cakap susu lembu tak bagus ke ape..it's depend. Ada anak yang alah susu lembu leh la bagi susu kambing. Ada anak yang xsuka susu kambing leh la bagi susu lembu.
1st time nak try Khalisa bagi fm ni masa tu kitaorg nak g jalan.. Actually xplan pun nak stay hotel, tapi cos time tu kitaorng xtaw mana nak salin pampers Khalisa terus check in hotel. Haha..
Pastu pulak aku bawak stok ebm setakat 2 botol je..susu aku plak time ngah drop..memang xckup la tuk Khalisa. Singgah gak la Jusco beli susu. Time tu plak stok Karihome step 1 da habis.. Aku macam " alahai" time tu..nasib la jalan-jalan ada farmasi caring.. Dapat je terus rembat, siap Krul terus sapu 3 tin terus. Aku masa tu cakap la beli je setin dulu tengok ok ke x. Tapi Alhamdulillah.. Khalisa nak minum. Di bagi satu botol (3oz) abis licin di minumnye.. Masa sumbat ngan susu fm tu aku siap says sorry kat Khalisa.. "Bukan mommy sesaje xnak bagi susu mommy tapi sebab susu mommy xbanyak sangat nak bagi Khalisa even mommy da try macam-macam" and that time Khalisa just senyum je. Hope khalisa mengerti!

Nak dijadikan cerita..kebetulan time kitaorg tido hotel tu sama dengan 1st time aku bagi Khalisa susu fm.timbul rashes banyak kat pp Khalisa. Aku takut gak sebab x sesuai susu ke ape.. Tapi pembuangan Khalisa sama macam biasa. Dek kerisauan yang menebal aku pun ajak la Krul g jumpa paed. Masa pergi KPJ Rawang time tu doc yang bertugas sorang je..aku pun baru g KPJ Rawang..kalau x sebelum ni KPJ Kajang..tapi cos aku kat rumah mak lagi..so g yang dekat je. Masa ni jumpa Doc Sharifah. Nice, Islamic  and humble sangat doc ni. Sampai dalam hati aku cakap..kalau Khalisa ada rezeki jadi doctor tolong jadi macam doc Sharifah ni. Haha.. Aku tanya doc sebab susu ke rashes naik banyak macam ni..doc check satu badan cakap kulit Khalisa ni sensetif tapi xboleh nak pastikan sama ada sebab susu ke. Doc ada tanya najis Khalisa macam mana, aku just cakap macam biasa sebab doc cakap kalau najis nya cair and banyak sangat means x sesuai susu. Doc bagi ubat sapu. So kitaorang try la. After few days rashes kat pp Khalisa da makin kurang. Alhamdulillah..its not sebab susu. Dala beli 3 tin sekaligus..kalau x sesuai kan da membazir. Pengajarannya pasni kalau nak bawa Khalisa mana-mana kena pastikan "barang mekap" Khalisa bawak and alas dengan kain bersih cos takut habuk sana sini kan..

So far dari perkembangan Khalisa aku tengok..xde yang luar biasa lagi..Alhamdulillah Khalisa rasi ngan susu ni.. Xde cirit birit, muntah n x demam lagi (now nak masuk 5 bulan). Tapi kena berjaga-jaga gak la kalau anak demam kan..berat Khalisa pun da naik. Baju pun ada gak yang xmuat..haha..padahal beli tuk 6 bulan punya tu.. Hai la anak.. #pleasedon'tgrowupsofast#

Susu karihome ni aku da search kat website ada jual kat aeon or farmasi tertentu je.tu pun stok selalu habis. Harga tu step 1 400g - RM 51.20. Tapi lepas aku jumpa babydash.com.my , rege susu karihome step 1 - RM 48 camtu. Apa lagi terus aku borong 5 6 tin. Lagipun malas nak kuar rumah. Beli je online, terus fast delivery depan rumah. Siap beli pampers kat babydash ni. Setin Khalisa leh abiskan seminggu. Tapi now da 2 tin seminggu.. Huwaaaa.. Nak nangis jap. Mommy da lama x shopping baju mommy taw..haha! Pastu plak aku tengok susu da naik rege..harga biasa RM53 bape sen tah tapi kat babydash dapat RM52 plus sen ??.. Aku pun pejam mata la beli susu tuk Khalisa. Yela..tuk anak kan. Mak mana yang xnak terbaik tuk anak since Khalisa da ok dengan susu ni aku malas nak tukar da.. Tengokla kalau da besar sikit ke. Tapi aku still df ngan Khalisa kalau aku ada ngan dia cuma x banyak la.. Then campur dengan susu Karihome ni. Maklumlah budak makin nak membesar kan makin banyak menyusu. 



Stok tuk sebulan Khalisa aku beli kat babydash. Senang! Tin susu karihome tu mak aku plak jenis suka menyimpan. Kalau Khalisa cukup setahun wat birthday party, hasil tin susu Khalisa yang di simpan ni leh wat isi kerepek kasi goodies bag! Haha




Ni masa muka Khalisa naik rashes and few kat badan Khalisa. Kesian aku tengok. Sabun pun aku pakaikan sabun Sebamed.. Yela tuk kulit sensetif. 




This is Khalisa now.. Alhamdulillah..membesar dengan kuat dan sihat ye nak.. I'll always pray the best for you. Kejap je..Khalisa da 4 bulan..bulan depan da masuk 5 and then 6 bulan.. Yes!! Mommy x sabar nak watkan Khalisa 1st solid food..haha


Love,
Ur beautiful mom!

M.U.N.G.K.I.N

Antara kita makin rapat kerana keserasian yang terkebetulan mungkin... Antara kita makin selesa kerana kisah yang dicipta mungkin... ...