Tuesday, June 16

Yay or Nay

Vaccine vs Non- Vaccine

Setiap ibu mesti nak yang terbaik untuk anak.Dan aku juga tak terkecuali demi memastikan yang terbaik tuk Khalisa. yup!! tajuk ni sangat subjektif. ada mak bapak yang memilih tuk memvaksin anaknya dan ada juga yang menolak tuk diberikan vaksin dan imunisasi pada anak mereka. antara kedua nya ada pro & conts. tak perlulah nak mempertikaikan kenapa parents ni x vaksin anaknya, apa kesan kalau vaksin anaknya nanti. It's depens on parents. (aku malas nak fight hak pilihan masing-masing) Yang penting kena lah ada ilmu kalau nak vaksin anak atau tak nak vaksin anak.
Aku memilih untuk memvaksin Khalisa.


Khalisa masa umur 4 hari dah kena admitted sebab jaundise(bacaan 276) & demam (bacaan 38.5c) plus ada kuman dalam darah.5 hari aku dan Khalisa berkampung di NICU Hosp Sg Buloh. Khalisa kecik-kecik dah kena masuk drip, cucuk tuk ambik darah, masuk anti biotik. Hati mak mana tak sedih tiap kali anak menangis kena cucuk. Lepas 5 hari, monitor perkembangan Khalisa, syukur anti biotik

melawan virus dalam darah Khalisa dan berat pun naik.Alhamdulillah, Khalisa semakin hari semakin membesar dengan baik sekarang.So aku teruskan dengan memvaksin Khalisa.Masa Khalisa sebulan & 2 bulan aku dapatkan vaksin dekat klinik kk sg buaya sebab masa tu tengah cuti maternity lagi. Lepas da masuk keje, aku pun malas nak bazirkan cuti tuk bawak Khalisa cucuk dekat kk. So aku teruskan dengan vaksin dekat KPJ, sebab boleh datang hari sabtu. Yayy..

 JADUAL IMMUNISASI UNTUK BAYI YANG WAJIB DI MALAYSIA 

BCG: Bacille Calmette-Guerin;
Hep B: Hepatitis B;
 DTaP: Diphtheria, Tetanus, acellular Pertussis;
Hib: Haemophilus influenza type b;
 IPV: Inactivated Polio Vaccine;
DT: Diphtheria,
Tetanus; T: Tetanus;
 MMR: Measles, Mumps, Rubella;
 JE: Japanese Encephalitis;
 HPV: Human Papilloma Virus;
 B: booster


 JADUAL IMMUNISASI TAMBAHAN UNTUK BAYI


 


Hasil pembacaan aku dan setelah bertanya dan berbincang dengan Paed Khalisa, aku decide tuk ambik vaksin tambahan tuk Khalisa, which is Pneumococcal. Vaksin Pneumococcal ni bagi mencegah penyakit pneumonia. Aku start masa Khalisa 6bulan(3dos). setiap 2 bulan sekali untuk 1 dos. so masa Khalisa 6bulan , 9 bln & 1 thun 3 bulan.

Secara umumnya jangkitan paru-paru adalah berkaitan penyakit pneumonia. Pneumonia merujuk kepada jangkitan kuman pada paru-paru yang membuatkan seseorang itu sukar bernafas. Ia berlaku disebabkan saluran udara pada paru-paru dipenuhi nanah dan lendir yang menyebabkan sistem pernafasan tidak dapat berfungsi dengan baik. Ia biasanya di temui di dalam saluran pernafasan kanak-kanak dan disebarkan melalui batuk atau bersin.

Keadaan ini jika dibiarkan berterusan akan mengakibatkan oksigen tidak sampai ke dalam darah dan sel tubuh. Ini akan menyebabkan kanak-kanak mengalami kekurangan oksigen yang menyebabkan dia sukar bernafas yang membahayakan nyawa si manja anda.

Pneumonia terjadi kerana jangkitan bakteria, virus, fungus dan parasit. Secara umum antara bakteria yang menyebabkan pneumonia adalah ‘Streptococcus pneumoniae’, ‘Haemophilus influenzae’, ‘Chlamydia trachomatis’,’Mycoplasma pneumoniae’ dan ‘Legionella pneumophila’. Jangkitan kuman atau virus yang menyebabkan jangkitan di hidung , batuk, selsema dan berterusan pada paru-paru.

Pencegahan Awal
Pneumonia adalah masalah jangkitan paru-paru yang sangat biasa di kalangan kanak-kanak Malaysia. Jangkitan paru-paru kerap dialami oleh kanak-kanak berusia di bawah 5 tahun.

Kira-kira 60 peratus punca utama kebanyakan kanak-kanak dimasukkan ke wad di Malaysia. Pada awalnya kanak-kanak akan mengalami keradangan paru-paru (bronkitis) sebelum bertukar menjadi lebih kronik iaitu pneumonia. Pneumonia mungkin sukar dikesan pada kanak-kanak yang aktif, tetapi secara umum boleh dikesan menerusi perubahan sifat kanak-kanak itu iaitu meragam, tidak mahu minum susu dan tidak aktif.

Bagi kanak-kanak yang aktif, mungkin sedikit sukar mengesan gejala ini tetapi jika dia batuk berpanjangan selama tiga hari, lesu, muntah, nafas berbunyi dan mengalami kekurangan air (dehidrasi) segera dapatkan pemeriksaan lanjut dengan pegawai perubatan berdekatan. ibu bapa sepatutnya menyedari risiko pneumonia. Segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut. Kanak-kanak yang berisiko mendapat penyakit ini ialah mereka yang dijaga oleh pengasuh di taska, ‘day care’ iaitu dalam kelompok yang ramai dan keluarga yang besar dengan rumah yang sempit. Pada masa yang sama persekitaran dibiarkan tidak bersih dan perkongsian bekas makanan dan minuman yang menyebabkan penyakit disebar dengan mudah.

Dalam pada itu, bagi bayi yang berusia satu hingga tiga bulan sepatutnya sihat dan tidak ada sebab bayi ini mengalami demam. Namun jika tetap mengalami demam, bayi harus menjalani pemeriksaan imunisasinya.

Jangkitan kuman paru-paru boleh menjadi sangat serius dalam masa yang singkat terutamanya di kalangan kanak-kanak kecil. Kanak-kanak boleh mengalami kekurangan air (dehidrasi) atau kekurangan oksigen. Kanak-kanak yang mengalami tanda-tanda berikut perlu dimasukkan ke hospital iaitu pernafasan laju, sukar untuk bernafas , bibir menjadi biru, batuk berdarah dan tidak boleh makan atau minum atau tidak kencing. Jangkitan kuman ini boleh membahayakan nyawa.

Simptom
♦ Demam panas
♦ Batuk dengan atau tanpa kahak
♦ Sakit dada
♦ Tiada selera makan, tidak mahu makan
♦ Rasa tidak sihat, sering merengek
♦ Pernafasan laju atau susah bernafas
♦ Muntah atau cirit-birit

Rawatan
Kanak-kanak yang mengalami jangkitan kuman ini disebabkan oleh bakteria, antibiotik akan diberi oleh doktor. Bagaimanapun, jika jangkitan kuman di paru-paru ini berlarutan atau menjadi kritikal, anak anda perlu dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan oksigen, antibiotik dan sokongan perubatan yang lain.

Dalam pada itu, pencegahan awal untuk mengelak jangkitan kuman boleh dilakukan seperti amalan kebersihan diri, persekitaran yang baik dan meneruskan penyusuan susu ibu. Alternatif lain pencegahan awal ibu bapa boleh mendapatkan vaksin melalui hospital swasta untuk meningkatkan imun anak anda. Vaksin seperti vaksin batuk kokol (pertussis) dan demam campak (measles), Vaksin influenza dan Vaksin pneumococcal merupakan pengambilan imunisasi boleh mencegah jangkitan kuman di paru-paru.

♦ Beza batuk biasa dan batuk pneumonia
Batuk biasa Bunyinya ‘tidak dalam’ berbanding batuk akibat pneumonia.

♦ Batuk pneumoniaBunyinya ‘dalam’ dan kerap terjadi waktu malam sehingga ke pagi. Kahak berhimpun kerana lebih kerap batuk di sebelah malam.

5 Tip Mudah
1. Mesti ada termometer untuk mengukur suhu badan anak.
2. Dapatkan puting botol susu jenis Y-Cut iaitu susu keluar apabila dihisap oleh anak kecil. Jenis ini membantu mengelak anak kecil tersedak susu.
3. Pastikan persekitaran taska bersih dan tidak terlalu ramai kanak-kanak.
4. Dapatkan rawatan doktor jika demam, selesema dan batuk tidak pulih selepas tiga hari.
5. Teruskan penyusuan susu ibu untuk meningkatkan antibodinya.



Kebetulan masa aku pergi tuk cucuk Khalisa ada event tentang vaksin ni. Dapat disc 10 % lagi.


Muka gembira Khalisa. Xtaw nk kena cucuk




 
 
 


Khalisa 6m with weight 7.5kg
 


kepenatan kena cucuk


 
kita hanya merancang. Tuhan yang menentukan segalanya.
 
 Tak cakap kalau kena vaksin baby akan sihat walafiat. Tak tentu jugak kalau baby yang *suci* dari vaksin terhindar dari penyakit. Prevention is better than cure. Whatever it is.. Usaha & doa. 
 
 
Peace yo!!





















mana kau 😶

bila aku pejam mata aku nampak kau fikiran menerawang tentang masa depan bila aku buka mata aku nampak kau makin menjauh baya...