Sunday, July 19

Orthodontic pacifier

At first aku memang tak nak ajar Khalisa berputing kosong @ pacifier @ soothers @ nenek Khalisa panggil puting kopek) ni. Tapi disebabkan Khalisa ialah seorang insan bayi yang suka 'mengempeng', nak tak nak dengan redha jela aku menggunakan khidmat pacifier tuk Khalisa ni. Mula-mula aku ajar dengan pacifier brand NUK ni, memang direject habis-habisan oleh Khalisa. 



Haa..ni muka xrela Khalisa masa aku ajar guna pacifier NUK. Hiks


Then, ada kawan advice try pacifier brand AVENT. 

So aku pun tanpa ragu-ragu terus beli satu set botol +pacifier tuk Khalisa. Mula-mula pun Khalisa refuse gak tapi lepas tu melekat plak. Maybe puting avent ni lembut sikit compare dengan Nuk. As long as Khalisa ngam is ok for me. Siap beli yang pacifier yang glow in the dark bagai! Kalau tengah gelap tu senang la meraba mana pacifier Khalisa ni.Haha!


Masa ilmu mak-mak ni cetek, aku pun takut gak nak bagi. Sebab ada gak mulut-mulut yang cakap anak hisap puting ni nanti besar jadi jonggang/jonggos/gigi tikus. Naifnya aku time tu!!! Padahal hal tu terjadi dari faktor keturunan kowt

Then hasil penggalian ilmu aku decide gunakan puting ortodontik.


Puting ortodontik dibentuk untuk mengelakkan salah jajaran gigi dan isu-isu ortodontik di kemudian hari, seperti gigi bayi baru dan akhirnya memberi laluan kepada gigi dewasa. Satu puting ortodontik mempunyai puting yang leper di bahagian bawah dan bulat di bahagian atas. Ia direka khusus untuk menyokong bentuk membangunkan lelangit dan rahang bayi. Semasa menghisap, mereka meratakan dalam mulut bayi seperti puting ibu untuk menyediakan tindakan menghisap yang paling semulajadi dan mengurangkan tekanan ke atas gusi dan gigi membangun.

Kajian telah menunjukkan bahawa puting ortodontik menyebabkan gigitan kurang terbuka atau masalah overbite daripada puting pusingan tradisional. Garis terbaik pertahanan terhadap kerosakan gigi, bagaimanapun, menghadkan masa puting dan mengambil dari puting selepas tahun pertama bayi, walaupun ia adalah puting ortodontik.


Selain itu, American Academy of Pediatrics mengesyorkan penggunaan puting pada waktu tidur dan tidur sepanjang tahun pertama kehidupan untuk membantu mencegah kejadian tiba-tiba sindrom kematian bayi (SIDS).


Memang ada pro and cont bagi anak hisap putingnya. Biasanya aku sumbat bila Khalisa ngah ngamuk2 nak tido. Khalisa akan nyot-nyot jap then tidur dengan aman dan damai. Lepas dah nyenyak automatically Khalisa akan buang puting dari mulut. Bila anak tenang tidur baru selesa nak buat kerja. 
Paling penting hygine kena jaga. Kalau jatuh cepat-cepat cuci or simpan dalam bekas penutupnya. Sebab takut kotor then tah pape bakteria yang hinggap kat puting tu. Agak leceh jugak, sebab g mana-mana kena bawak puting. Wajib dalam checklist barang travel Khalisa. Bukan kata tak boleh cuma aku takut kalau Khalisa meragam nak tidur tapi puting xda mengamuk pulak. Pernah sekali tertinggal puting Khalisa masa otw balik kg. Terpaksa bagi jari aku tuk Khalisa suck. Then gigih mencari kedai baby yang jual pacifie brand avent ni. Phewww! Sejak kejadian itu, 2 3 pacifier aku bawak wat stok.
Menganggu percakapan anak..bagi aku X. Sebab bukan 24hours aku sumbat dengan pacifier ni. So bila masa bermain memang Khalisa akan membebel dengan riang gembiranya. Masuk 7 bulan Khalisa da rasa gatal gusi & semua benda yang dia pegang semua nak masuk mulut. Bagi teether xnak plak.Kadang- kadang aku geram sumbatkan jugak puting. Puehh hati den! Haha. Biar Khalisa explore dengan tangan bukan masuk mulut. Huhu..



Ni antara tips untuk menghentikan anak hisap puting
  • Dengan perlahan kurangkan masa anak anda dibenarkan menggunakan puting.
  • Hadkan penggunaan puting kosong untuk masa-masa utama saja dalam sehari, seperti masa tidur atau apabila anak anda sakit. Bertegaslah.
  • Beri ganjaran dalam bentuk aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan, stiker atau carta bintang - jangan berikan gula-gula untuk menggantikan puting.
  • Tunjukkan kepadanya budak perempuan dan lelaki yang lebih tua, yang tidak menggunakan puting - kanak-kanak prasekolah suka dianggap lebih tua.
  • Galakkan anak anda memberikan semua puting kosongnya kepada seorang yang penting baginya, seperti tok atau nenek.

Pilihan terletak pada tangan parents. Samada nak ajar anak berputing or not. Tapi bagi aku dah kalau dapat anak jenis nak mengempeng pastu sek melalak je, xke kesian. So altenatif lain bagi anak tenang ialah 'berputing'. Lain parents lain lah caranya kan. Yang penting nak besarkan anak kena ada ilmu & rajin mencari ilmu. 

Nah belanja pic Khalisa n her beautiful mommy! Hiks!



From,
Modern thinking mom!




































songsang

bolehkah kita menidakkan sesuatu yang benar terjadi sekarang kau mengiyakan dan aku menafikan dan bila aku cuba meyakinkan kau ...