Sunday, August 14

Hello Hatyai & Songkla!


*Saja nak throwback cerita ikan pekasam*

Actually this is last min planned. Masa tu adik aku yang keje kat sabah nak balik cuti dlm 2mgu rasanya. So aku plan dgn siblings aku nak travel sat dkat2 bawak mak abah. Krul malas da nak p sebab baru je p. So aku p ngan siblings aku then bawak mak abah & Khalisa.
Tanya Cik sue (wife pada cousin mak aku) pakej ke haytai berapa. Lepas deal semua bayar booking n settle payment terus ON!

Disebabkan aku rasa best naik ketapi (KTMB) ke Langkawi last time so aku decide naik KTMB (Senandung Langkawi) yang sama tuk g Hatyai. Kami naik dari station Rawang. Sebab dari KL sentral dlm 9 lebih rasanya. So smpai Rawang da pukul 11malam camtu.
Aku amek seat yang ada katil. Yela..satu malam perjalanan. Xke..tergeliat pinggang dok saja. Aku p pun bawak mak & abah. Khalisa dalam 6m+.
Price tuk lower bed - RM58 & tuk upper bed RM52. Pergi balik silala darab 2. 










*Actually Khalisa mcm gayat time ni. Baring tapi katil gegar2. Angkat kaki.haha *


*Dah Lena katil Khalisa conquer sorang.Sob!*


*coach with bed*



*Subuh Shafie kami kat station Sg Petani*


Kami sampai Padang Besar dalam pukul 9.30 pagi tuk cop passport kat imigresen. Keretapi akan patah balik dalam masa sejam before terus ke Hatyai. Disebabkan time aku p xramai org. So kejap je urusan mengecop passportnye. Just isi borang then beratur terus siap. Sementara nak tunggu keretapi sampai sempat la kitaorg breakfast dekat cafe kat tingkat atas.


Dalam 12 lebih waktu Malaysia kami da sampai station keretapi Hatyai. Bila nak dekat sampai tu tiba-tiba ade je warga thai yang melulu masuk gerabak nak carik customer. Kitaorang belum turun lagi da tanya nak pergi mana. Ada yang boleh speak Malay tapi takat 1-2 ayat je. Ada sorang mamat ni gigih follow kitaorang nak hantar ke hotel (kira macam prebet sapu la). Nasib baik ada sorang brader ni orang Malaysia yang boleh cakap Thai cakap kat mamat ni yang kitaorang da ade driver and nanti dia pick up. Terus blah muka x puas hati. 
Cik Sue sampai lambat sikit sebab kena hantar grup guess lain. So kitaorang tunggu je kat sini sebelum Cik Sue sampai.

Bila Cik Sue sampai je terus bawak kami p makan. Time tu pun dah lunch hour. Waktu Thai ni lambat satu jam dari Malaysia. Da kenyang makan nasi ayam thai kami terus check in hotel. Kami stay hotel tengah2 town --> Hatyai Central Hotel.






.



Satu bilik tuk kaum wanita (aku,mak & Khalisa) satu bilik tuk kaum lelaki (abah, adik, angah). cik sue time ni stay jap kat umah cousin cik sue dekat Hatyai ni jugak. 



View dari tingkap bilik kami. Lupa da tingkat bape..hee~~






Air mineral. Tapi botol macam xmeyakinkan..memang xla nak minum. Bawak siap2 air mineral.


Khalisa time ni baru nak belajar merangkak. Sekarang dah berlari. Huu~~





Da siap mandi bagai..kami pun mulakan menjelajah Hatyai. Destinasi pertama ke Floating Market. Time ni ngah tunggu driver. Kat lobby ni ada wifi. Nak tenet free kena turun bawah sebab dalam bilik xde. Wee~~


















Da sampai floating market hatyai. Macam g pasar malam je. Tapi beli kat tepi sungai dalam sampan. Haha! But its quit interesting. Sebab kat mesia xde lagi kan. Kebanyakkan yang jual terdiri dari kaum hawa. (Majoriti). Makanan pun banyak halal sebab ramai yang muslim. Harga makanan lak dalam 20- 50 bath paling mahal. Dalam 2-5 hengget duit mesia.



Kebetulan masa kami sampai ada persembahan dari pelajar U sana. Nak kumpul dana universiti diaorang. 



Bekas air minuman ada 2. Satu dalam buluh. Satu lagi tanah liat yang di bentuk patung comel-comel dan salah satunya seperti gambar di atas. Wink!






Area atas nya pulak ada banyak gerai-gerai jualan cenderahati, makanan, baju2.



Bergambar depan van yang bawak kami jenjalan hatyai. 





Best...sebab dalam ni ada wifi! Hiks!





Then, bila malam menjelma kami jenjalan kat Lee Garden Plaza & Central mall. Di sebabkan Lee Garden pas kena bom..nak masuk tu security akan cek segala benda dalam beg & badan pun kena scan tuk faktor keselamatan. 

Dekat2 area sini pun ada kedai2 jual pakaian / makanan. 

*** Day 2




Roti telur. Sama je kot dengan orang kita buat..cuma kat sini rasanya lagi ranggup dan kuahnya berlemak sikit. Suka.suka.suka.



Lepas breakfast kami menuju destinasi kami pertama --> Hatyai Icedome.



Khalisa tak boleh masuk sebab baby bawah setahun xdigalakkan masuk. Suhu kat dalam sejuk. So Khalisa tinggal ngan ciksu kat luar. Hehe





Riang ria di dalam Icedome. Weehuuu ~~
Sebahagian view dari atas icedorm. Lebih kurang macam dekat i-city je kot..cuma sini lagi luas & sejuk -15c bak ang.
Time ni rege masuk dalam 300bath tuk dewasa. 


Keluar tempat beku terus berkabus camera. Haha!

Lepas area sejuk beku tu, time ni ada di buat garden. Nak warn kan balik badan. Banyak pokok-pokok bunga yang cantik. N ofcos cik asmah peminat no 1 tengok pokok bunga escpecially pokok bunga orkid kat sini.
Bergambar ngan budak kene tinggal sat kat bear beso.
Masa kami pergi..cable car tutup.sebab hari isnin kan.. Tapi xpela..bukan jauh mana pun cable car hatyai..so xralat sangat la..jauh lagi cable car Langkawi.. So kami mai tengok2 view dari atas bukit ni.












View bandar hatyai dari atas bukit.



Next kami ke --> Chang Puak Camp. Naik gajah. Weehuu ~~












Masa aku pergi rege nye ni. Dalam 50hengget lebih camtu. Naik gajah jalan pusing-pusing dalam 30-45 minit. Pisang pun kalau nak bagi makan gajah kena beli.





Mak tinggal ngan cik sue..jaga beg. Hiks!



Balik dari naik gajah kami jalan-jalan cuci mata dan duit kat pasar hatyai. (Sebelum datang sini Cik sue ada bawak kami g kedai jual makanan, kekacang. Boleh la wat stok makanan ole-ole )




Area luar. Xdak ekon.. Banyak jual baju-baju & cenderahati.






Bahagian atas. Kat dalam. Sejuk sikit. Ada ekon. Rasa tenang nak membeli belah. :p




*** Day 3








Hari kami nak balik da. Check out awal pagi sbab nak g jenjalan lagi. 



Dalam feri nak menyeberang ke songkla.























Kami p ambil angin kat 2 pantai & singgah jap kat perkampungan nelayan. 












Gambar camni kena ada. Menandakan percutian telah berakhir. Haha



Kami singgah masjid terbesar di thai. Masih baru lagi.





Pic ni tangak ari semalam masa kat atas bukit dekat dekat cable car. Dari jauh da nampak.





Santapan sebelum berangkat pulang.



Sementara nak tunggu ktmb sampai (pukul 4 ptg). Kami sampai awal kat Hatyai. So singgah Robinson lepak2. 




Rasa nak borong banyak-banyak mamypoko sebab sane murah..huuu~~


Tepat pukul 4 tu (pukul 3 waktu thai) kami pun balik ke KL. Smpai Rawang pkul 4.30 pgi. :)

#shortvacaywithmyfam
#tiredbutfantastic
#babywearingmakestraveleasier
#nexttripplease

Statik

Tadi aku potong daging untuk masak merah Terlari fokus aku terbilah jari kiri sedikit Darah mengalir pekat Laju dan aku terpampan ...