Saturday, August 13

Hello S.A.B.A.H

Actually dah lama plan nak bawak family jenjalan Sabah. Sejak pindah balik semenanjung lepastu memang dah xjejak Sabah. Alhamdulillah tahun ni (after 18 years) ada rezeki lebih bawak mak, abah , suami & anak jalan-jalan. Di sebakan Khalisa bawah 2 so air ticket murah! ( memang target nak bawak Khalisa fly before 2 years old) hiks!

Survey punya survey..air ticket masa ni.. MAS yang murah. Memang aku grab terus la.


 *Air Asia (belum final charge lagi ni = luggage + makan) *





 *Malindo Air (pun sama)*



*Mas Airline (dah include luggage 30kg + makan sekali).*

aku ade jugak tengok dalam >> Skyscanner ni. so boleh compare la air ticket yang murah.
tapi aku lebih selesa wat cara manual tuk lebih kepastian. haha!



Pukul 6.30 teksi dah  sampai (aku book guna myteksi).tambang dari rumah aku ke KLIA dalam rm75.

Masa perjalanan dari KUL- BKI dalam lebih kurang 2 jam 45 min. Flight kitaorang berlepas ikut time 8.25 am. Di sebabkan 1st time naik flight dengan Khalisa takut jugak Khalisa mengamuk sebab masa menunggu Khalisa da merengek2. Lucky MAS ni ada gadget comel ( entertaiment bagi Khalisa tengok kartun), xpun bila dah bosan ke belakang (seat atok ngan nenek) , depan (aku ngan krul). Macam flight tu bapak dia yang punya. Phewww! 


*Khalisa kusyuk tengok kartun ~weewee~ *


*lepas penat kehulu kehilir..finally..zzzz* pheww!


* cantikkan! Subhanallah *


* dah nak sampai KK..persisir pantai *

Sampai KK dalam 11.20 am camtu. Alhamdulillah cuaca cerah sangat. Sambil tunggu kereta sewa (aku book pukul 12) teruslah lunch dekat KFC jap. Di sebabkan lambat 10min, masa aku call dah sampai kk .....baru nak cuci kereta,dapat diskaun rm2. Haha

Sepanjang 3 hari aku sewa kereta dari KK CARZ-RENTAL SABAH @ SEACH fb - KERETA SEWA SABAH .Boleh bayar cash atau bank in terus habis. Aku pilih bayar cash. Bayar deposit dulu rm100 tuk book date, balance tu bayar masa sampai KK. 

Dapat kereta terus kami gerak ke arah Kundasang. Pakai wave je lagipun line ok kat sane. Isi minyak rm30 siap-siap sebab takut xjumpa petrol pam nanti. Lagipun ... Da owner siap isi dalam 4 bar camtu. Otw nak ke kundasang kami singgah di Rumah Terbalik. Sebelum sampai rumah terbalik, Jambatan Tamparuli ni kat tepi jalan jugak. Xsampai 5minit ke Rumah Terbalik. Tapi sebab masa ni tengahari kitaorang x singgah pun. Just lalu tengok je.



(google gambar je mampu..huhu)

Dari KK airport ke Rumah Terbalik (ikut wave dalam 55 min - 38.8km)

KK airport >> ikut kota kinabalu >> belok kiri kiri Jalan Kepayan >> terus Jalan Coastal >> Jalan Tuaran ke Jalan Tuaran Bypass >>  Rumah terbalik tepi jalan belah kiri.

Rumah Terbalik Sabah ( Rumah Terbalik The Upside Down House of Borneo ) ni diusahakan oleh orang persendirian atas tanah sendiri tuk naikkan salah satu tarikan pelancong di Sabah ni. Sebab tu, di larang mengambil gambar dalam kawasan Rumah Terbalik. Dekat luar tu boleh la. Untuk tiket kalau booking awal dari  RUMAH TERBALIK BORNEO Boleh dapat 10% diskaun. Tapi paling lewat 3 hari sebelum. Kalau masuk website hari ni book, esok nak datang xdapat la disc tu. Dah alang- alang sampai sini, kami pun masuk lah sekali muzium 3D.


Tickets & Packages

10% discount for online booking! (except for return transfer)
#discount extended is subject to pre-payment and bookings made three (3) days before tour date
ENTRANCE FEE - ADULTRumah Terbalik3D Wonders MuseumOperation Hours
MalaysianRM10.60RM24.40Monday - Sunday & Public Holidays
7:00 am - 7:00 pm
Special Combo FeeRM31.80
Non - MalaysianRM19.10RM35.00
Special Combo FeeRM47.70
CHILD ( 4 - 12 years old)RM5.30RM15.90
All NationalitiesRM19.10
* Child below 3 years old – FOC
























*Pemandangan dari luar*




*Khalisa photoboom pic nenek & atuk nak bergambar santai-santai. Huhu..dengan skirt tanggal .;(*


*Anak sape la teww..sobss*


Dari Rumah terbalik, kami meneruskan perjalanan ke Ladang Teh Sabah, Nalapak, Ranau (ikut wave dalam 1 jam almost 2 jam  - 94km)


Upside Down Sabah >>Menuju ke selatan ke arah Laluan 22/A4/AH150 >> Belok kiri ke Laluan 22/A4/AH150 >> Di bulatan, ambil susur keluar Ke-2 dan kekal diLaluan 22/A4/AH150
 >>Di bulatan, ambil susur keluar Ke-2 ke Jln Ranau-Sandakan/Laluan 22/A4/AH150
 >>  Belok kiri

(pic dari street view) hewhew

Actually masa yang sesuai pergi ladang teh ni pagi. kami pergi petang so macam xde pape kat sane.
Just singgah cafe then abah yang banyak borong banyak-banyak Teh sabah macam ni. info ada di SINI .



next destination kononnya nak singgah ke Tagal Luanti Sungai Moroli disebabkan sebelah je dengan Ladang teh Sabah ni. Keluar simpang betul-betul masuk lorong selepas kiri tu. tapi dah tutup sebab dah pukul 5. Sobss. Info kat SINI



kami terus meunuju ke Kundasang memandangkan hari pun dah nak senja. 


Dari Tagal luanti ke Kundasang (Kiram Village) (ikut wave dalam1 Jam - 40km)
Teruskan ke Jln Ranau-Sandakan >> Di bulatan, ambil susur keluar Ke-3 dan kekal di Jln Ranau-Sandakan 

>> Ikut Jalan Kundasang Kauluan dan Jalan Cinta Mata Mesilou
 >> Belok kanan ke arah Jalan Kundasang Kauluan
>> Belok kiri ke Jalan Cinta Mata Mesilou

 >>  Belok ke kanan (Kiram Village ni atas bukit)
 

OTW nak ke Kundasang balik ada Poring Hot Spring.Tapi kitaorang xsinggah sebab kesuntukan masa. Khalisa pun dah mengamuk nak tidur. Makanya terus ke tempat untuk tidur. 


Hasil carian imej untuk poring hot spring ranau



(google gambar je mampu..huhu)


Sampai Kiram Village kitaorang terus check in. Info lanjut kat SINI @ SEACH fb - KIRAM VILLAGE CABIN.

Aku book untuk Semi detached room. Mushroom & Potato room.

Weekdays : RM80 per night
Weekends (Friday and Saturday) : RM90 per night
Holidays : RM110 per night
Mushroom Room :1 Queen bed. 2-4 pax maximum
Potato Room: 2 Single Bed. 2-4 pax maximum
    • Hot Shower
    • Coffee Making Station
    • Food cater for group can be provided upon request
    • BBQ set for rent RM25
All prices are quoted in Malaysia Ringgit (RM).
Rates are subject to change without prior notice.
Check-in time: 2:00pm
Check-out time: 12:00pm
Full payment is required upon confirmation
. ( aku bayar deposit RM60 then full cash masa check in)

Kundasang ni tempat sejuk. Dekat Kiram Village x disediakan aircond or kipas pun sebab xde pun memang dah sejuk. Malam kalau tidur tak tahan sejuk silalah bawak selimut lebih or pakai sock. Air pulak memang sejuk baqq ang..luckly memang ade water heater..kalau x, xlalu wei nak mandi air macam ais batu..wuuyaiii


*hari kedua*


*view dari depan bilik lepas subuh around 6 am*


*banyak munge2 santek*


*bilik kami depan depan cafe. malam tu order makanan then terus hantar depan bilik*


*view dari depan kat tempat parking, belakang tu bilik kami sewa - Mushroom & Potato *

*pose wajib ;p *


*dah boleh nampak Gunung Kinabalu yang tak disaluti awan lagi*



*Jalan nak masuk*


*cafeteria*


*mushroom & potato room*





Lepas siap & berkemas kami terus berkemas ke Desa Dairy Farm. 
Dari Kiram Village ke Desa Dairy Farm dekat je (ikut wave dalam 10 min - 3.5 km)

Kiram Village >> Menuju ke selatan ke arah Jalan Cinta Mata Mesilou >> Belok  ke kiri ke Jalan Cinta Mata Mesilou
>> Belok kanan untuk kekal di Jalan Cinta Mata Mesilou

>> Desa Dairy Farm masuk simpang kanan




*Our liltle family*



*nah..detail..aku siap largekan gambo lagi..hiks!
Best pergi petang sebab boleh melawat serta tengok proses susu diperah*



*cinta hati sampai mati*


*Gunung Kinabalu..otw nak ke Desa Dairy Farm*


*view gunung kinabalu separa nak ditutupi awan. Kalau nak tengok Kinabalu kena awal sebab dalam pkul 7.30 camtu awan dah berarak menyelimuti Gunung Kinabalu*


*khalisa time ni dah lena di ulit mimpi* haha!


*breakfast..pagi2 minum susu. wink!*



*susu fresh dengan bau fresh (bau lembu serta najis-najisnya) haha!


*kiki..lena Khalisa tido*





*jalan Kundasang yang berbukit2*


*lereng2 bukit tempat menanam sayur. tempat sejuk..subur je..macam dekat Cameron Highlands*




*Keluar dari Kundasang..di tepian jalan ni ada gerai-gerai jual buah2an serta sayur2an segar. cenderahati pun ada dijual*



Dari Desa Dairy Farm ke Taman Negara Kinabalu (ikut wave dalam setengah jam - 16 km)

Desa Dairy Farm >> ikut jalan menuju Kota Belud

>> Belok kanan ke Jalan Kinabalu


Dekat pondok tu akan dikenakan bayaran masuk RM3 untuk dewasa. Dari Pondok ni masuk simpang kiri, terus je ke untuk sampai ke tempat pendakian. Dalam 5km kedalam.





* malim gunung*





*muka monyok sebab roti Khalisa kena makan tupai*haha!




*tupai yang makan roti Khalisa. huks!*


*pantang nampak tangga*





Dari Taman Negara kami terus ke KK (ikut wave dalam 1 jam 55 min - 97km)

Sampai Bandar KK kami terus carik tempat makan memandangkan sudah masuk "lunch Hour". Target petang nak pergi pulau. So aku call Hotel dulu boleh x check in awal sebab nak letak beg dulu. Luckly xde guest masa ni, so dapat check in awal dalam pukul 1 camtu.

Di KK aku book  Gaya Central Hotel through Agoda. Disebabkan review yang memberangsangkan so aku decide tuk check in hotel ni 1 night. 

Hasil carian imej untuk gaya central hotel kk

aku amek family room with 2 queen beds. hehe

Hasil carian imej untuk gaya central hotel kk

(pic hasil carian google)

Yang best tentang Hotel ni memang betul-betul tengah town. Depan Hotel ni ade shopping mall which is "Suria Sabah". Nak ke Jetty Jeselton Point pun jalan kaki 5min da sampai. Lepas relax-relax jap dalam 2.30 aku ngan Krul gerak jalan kaki ke Jetty. Mak abah & Khalisa tinggal. Nenek risau Khalisa kene culik..huhu. Makanya kami pergi berdua je. Kami sampai kaunter tiket dalam 2.30. tanya punya tanya last trip pukul 4. so macam rugi masa sebab dapat pergi 1 pulau. Al-kisahnya tukarlah plan untuk hari ni. Kami balik hotel balik then petang sikit kami ke Pasar Kraftangan. Ada beberapa pasar area sini..ada pasar besar (jual barang basah) bersebelahan ni ada pasar ikan masin dan ada juga pasar malam kg air. Macam-macam ada kat sini.



*time ni mak tengah riki2 gelang mutiara sabah dengan borong kerongsang. Khalisa pulak ketiduran..zz*


Hasil carian imej untuk beli amplang di kk

*my Fav! amplang. dulu ada amplang ikan je. sekarang dah ada amplang sotong..amplang udang.*

Hasil carian imej untuk beli amplang di kk

*kuih cincin*


* bila orang nak tidur dia pulak baru bangun..nak main..huwaaaa*


*hari ketiga*

Lepas breakfast aku & krul terus gerak pergi jetty. trip paling awal pukul 8. Memang kami amek 1st trip punyalah. Ferry schedule ada di SINI




*Kami dah berlepas dari jeti*

*view sekitar kk*



*kami pergi ke Kaunter 6 - Sunny Rainbow*

Kami pergi 2 Pulau - Pulau Sapi & Manukan (Rm33x2)
-Parasailing double 2pax (RM180)
-Ferry terminal fee + GST (RM 7.63x2)
So total = RM261.26 tapi kami dapat RM200 jer..

hewhew..lain kaunter harga lebih kurang tapi acaner akak ngan abg kat kaunter tu bagi diskaun tu lain citer..kaedahnye kene 'kecek molek'. Haha!

Dalam ferry memang disediakan life jacket. Cuma kalau nak bawak ke pulau tu kena sewa. tapi kami just sewa Mask & snorkel - RM10 tapi kami dapat RM5..hewhew lagi.







*Dah sampai Pulau Sapi*


* Dah sampai sini kena bayar Conservation fee - RM 3 untuk dewasa dan RM 1 untuk kanak-kanak. Bayar sekali je untuk masuk ke Taman Laut Tunku Abdul Rahman. Kalau nak ke pulau lain just tunjukkan tiket yang dah di beli masa sampai di pulau pertama.



*Pantai yang bersih & air laut jernih. Ramai lak mat saleh berbikini je..huhu*


*dekat Pulau sapi kami x mandi sangat just ber'parasailing*


*mintak tolong tourist dr philiphine tolong snapkan..then kami pulak snap untuk dia*DEAL!


*best woo..di awangan atas laut!*




*next ke Pulau Manukan. Trip awal pukul 11.30 camtu. *
Disebabkan trip paling awal balik ke kk pukul 2.30 so aku call hotel tuk tambah masa. supposed check out pukul 3 tapi sebab harga sama sampai pukul 6 so kira tolak duit deposit RM100. Mak abah & Khalisa stay dekat hotel sampai pukul 6. Aku dengan Krul balik dari pulau pun sempat la mandi siap2 sebelum fly balik*





* dekat Pulau Manukan ni redup sikit..sebab ada pokok-pokok*







*lepas puas berendam, pukul 2.30 kami bergerak pulang ke hotel balik*

Disebabkan ada gap masa lagi, kami pun singgah la ke mall sebelah. sempat la makan-makan nak menyoping ape yang patut..huhu

Tapi bila nak gerak ke airport kena pulak saman, sebab parking tepi jalan depan hotel. Ingatkan ade masa lagi nak la jalan-jalan tepi pantai sat. tapi sebab kena saman ni, kami gigih carik UTC KK. nasib bukak sampai malam. Sempat bayar saman RM30.




*Good bye KK..nanti kami mai lagi*



*Khalisa yang masih lena beradu*


Kami sampai KLIA tengah malam. Tambang teksi haruslah dabel kenn.Sobss
Papepun 3hari 2 malam di KK & Kundasang merupakan percutian yang singkat tapi menyeronokkan. InsyaAllah ada rezeki kami akan datang lagi. ;)








G.D.O *E.P#3#

Hello Perhentian