Saturday, November 26

*Disiplin menabung*



Aku diantara insan yang 'kaki jalan' tapi sedar diri bukanlah dari golongan yang sentiasa RM penuh poket atau angka RM xxxxx bersepah dalam akaun bank. Maka dari kesedaran yang ada aku tetapkan azam menabung/simpan duit cash sikit-sikit untuk berjalan. Itupun dah tolak siap-siap saving long term & saving tuk kecemasan.

Biasanya aku tetapkan dulu target nak pergi mana..bila..dan berapa jumlah. Contoh pergi Sabah awal tahun haritu..target pergi bulan 5..dari bulan nov aku dah start menyimpan..masa ni aku buat tabung bulanan..simpan ikut hari.
1hb bersamaan RM1..esok 2hb jadi RM2..sampai hujung bulan ada 31hb..maka RM31 kena letak dalam tabung tu..kalau bulan tu ada 31hari dapatla RM496.Kalau bulan tu ada 30hari dapatla RM466. Hujung-hujung agak sakit sikit sebab nilai yang besar tapi kalau dapat gaji aku terus letak tuk nilai besar.. hehe.. kire terbalik kan hari..bila da 'sesak nafas' letak yang nilai sikit..janji cukup tuk nilai bulanan tu. Alhamdulillah dapatlah bawak mak abah suami dan anak berjalan pergi sabah hasil duit tabungan aku. cuma adelah duit makan suami tong-tong sikit. tapi kalau banyak aku bayar balik sebab niat memang nak bawak mereka berjalan.

Lepas da seronok berjalan mesti nak lagi berjalan. Untuk birthday Khalisa pun aku buat target. Nak buat birthday parti pun habis hangus dekat 700-800 lebih. So aku decide bawak Khalisa berjalan pre & post birthday celebration giteww..ingat wedding jeke hade..ahaks! Plan memula nak bawak gi grand lexis ke xpun lexis hibiscus ke..memang syiok sebab dalam tu ada sekali private pool kan bolehlah berendam sampai kecut tapi semalam je dah berapa rat..so tukar plan ke tempat lain. Makanya bawak Khalisa ke Ipoh je. satu malam di Ipoh sebab seharian tu pi zoo Taiping & satu malam di Lost World of Tambun. Package all in. Boleh tengok haiwan & bermandi manda sekali. Masa ni aku buat tabung ikut target.'Mak yang over' ni dah plan dari bulan 5..birthday Khalisa bulan 10. so jumlah hari dari awal bulan 5 smpai hujung bulan bulan 10 bahagi 'nilai target' aku. Macam (contoh) aku target 1000 tuk 184 hari so 1 hari saving RM5 ☺. Kalau aku rajin masak berbekal ke opis dapatlah jimat duit belanja & masuk lebih ke 'tabung berjalan'

Kalau dulu asal dapat 💰 je shopping sana sini. sampai koleksi baju seluar tudung kasut xtaw simpan mana & ada yang tak terpakai pun. Tapi makin usia mematangkan diri..lepas tolak duit belanja wajib harian, zakat, keperluan anak semua...aku rasa berjalan lagi berbaloi. Hidup tak lama dan pengalaman berjalan merata tu yang mahal.Jauh perjalanan luas mata memandang. Cuma sekarang aku start target kecil & jalan dalam negara. InsyaAllah..ada rezeki boleh & 'fly' jauh sikit. Usaha menabung kena dipertingkatkan lagila..

Lagi best berjalan bawak mak abah..yela time aku kecik & 'depa' salu bawak kami adik-beradik berjalan. Hidup pun dari kecil dah merantau. Bila dah bergaji ni..apa salahnya balas jasa mak abah pulak. last year pergi Hatyai bawak mak abah dengan adik-adik, aku tak sempat nak tabung beria sangat..tapi dapatlah tong-tong adik beradik. Plan pergi Cameron pun last min..sebab ingat nak pi The Kabin or A'famosa homestay tapi semua dah fullybooked. Makanya terus ke Cameron, tapi adik aku yg last xdapat join pulak sebab kena keje.

Even dalam negara sendiri pun berjalan kena berduit. Cikai-cikai tidur hotel semalam pun 2-3 rat. (boleh dapat lagi murah..tapi nak yang selesa dan berbaloi kenala setimpal dengan harga). Apartment 1 malam pun dah berapa RM. belum bab makan..nyoping..dsb.

Kesimpulannya..nak jalan sana sini kenalah menabung sikit. Jangan nak sembang kencang nak pergi sana pergi sini tapi cakap guna air liur. Lain orang mungkin lain cara/matlamat hidup. Nak seribu daya,taknak seribu dalih. Ada orang banyak duit xmain jenjalan dalam negara sendiri waima negeri dalam Malaysia pun xsure ada berapa.Ada yang cakap berjalan/melancong ni buang masa/buang duit. terpulang.. hiduplah kau dalam dunia terperuk kau sendiri dengan kaum puak kau sendiri. Aku tak minta duit kau pun. 💆

*tabung aku guna envelope recycle opis je..nak beli periuk noxxa pun ada target tabung oke!*

eh!belum cerita bab berjalan bawak anak kecil lagi..👶 'tbc'

#sekadarperkongsian
#jomjalanjalan
#nakgangberjalan
#ineedvacation
#pergitepipantaipunjadilah

Jangan nak sembang kencang

Terima kasih jadi pemangkin aku Tapi bukan bermakna aku suka kau dan kau boleh sesuka hati memanipulasikan cerita Maaf Bukan k...