Tuesday, December 26

Tuesday, December 19

Home Sweet Home

H S H

Boleh tak bawa aku pulang
Untuk aku rehat seketika
Dapat lelap sekejap jadilah
Bukan maksud aku untuk melupakan
Bagi aku masa untuk menenangkan

Terima kasih untuk rasa dua hala ini
Tapi percayalah aku ok
Aku tak perlukan simpati kau dah
Jatuh bangun aku boleh sendiri
Cuma ingatkan aku andai aku terleka

Aku perlu pulang

Saturday, December 16

C&P

Cinta wanita muncul kerana kasih sayang lelaki, Kebencian wanita muncul kerana kebohongan lelaki; Keluhan wanita muncul kerana kedinginan lelaki. Kebahagiaan wanita muncul kerana kehangatan lelaki. Kecantikan wanita muncul kerana dimanjakan lelaki. Kerosakan wanita adalah hutang lelaki.

Wanita adalah sebuah piano, jika bertemu dengan seorang pemain piano handal, suara yg dihasilkan adalah lagu kelas dunia, jika dimainkan oleh orang biasa, maka akan menghasilkan lagu pop, tetapi apabila dimainkan oleh orang sembarangan, pasti tidak akan membentuk sebuah lagu.

Umpama satu peribahasa melayu, “bagaimana acuan, begitulah kuihnya.”

Wednesday, December 13

Statik

Tadi aku potong daging untuk masak merah
Terlari fokus aku terbilah jari kiri sedikit
Darah mengalir pekat
Laju dan aku terpampan
Minda aku kosong cuma menggerakkan nadi 
untuk terus bersatu dengan tubuh

Sakit
Lagi sakit hati aku yang lama berparut
Bila datang luka baru
Bagai di siat berkali-kali

Jiwa yang terlalu berseni ini
Aku cuba untuk lakarkan senyuman paling indah
walau hakikat dalaman aku meronta hiba

Normal la kan 
Untuk aku rasa sedih
Kecewa bahagia jatuh dan bangun sendiri
Itu lumrah la kan

Ada hari aku pegun. Ada hari aku normal
Jangan risau..aku masih waras
kerana aku sentiasa percayakan Tuhan selalu ada


Aku ok je 👌🏻✌🏻👍🏻

Tuesday, December 12

Sedia



Kalau betul sudah redha
Apa yang jadi kau terima dengan hati terbuka
Senang dan berlapang dada
Kerana kau tahu Tuhan sahaja yang punya kuasa
untuk mengubah segalanya

Kau yang sedang usaha untuk terus hidup
dan
Tuhan Mu yang mengatur serba serbi

Putus harap tentang masa hadapan
Sabarlah..
Tuhan sentiasa ada

Dia tak akan menguji andai hamba Nya tidak sedia

Sunday, December 10

Not my type

Mudah mesra bukan bererti aku senang tergoda
Mudah mendengar bukan bererti aku senang percaya
Mudah melayan bukan bererti aku senang terikut

Aku cuma selesa untuk ketawa
Tak lebih tak kurang
Itu sahaja. Cukup!

Kerna
Makin pertambahan angka umurku
Makin aku mengerti
Manusia itu akan datang dan pergi sesuka hati
Manusia itu tak akan sama dari apa yang di ungkapkan dari bibir
dengan penilaian dari hati
Manusia itu hanya mahukan kesenangan untuk hidup

Semua orang pasti mahukan yang terbaik
Begitu juga aku

Takkan lah aku rendahkan maruah untuk secebis kasihan
Takkan lah aku murahkan harga diri untuk sedikit belaian
Takkan lah aku  runtuhkan ego untuk sedikit perhatian

Kalau memang silap aku
Ya..aku mengaku!
Ingat senang ke beristiqamah?
Dalam hati aku yang dilanda badai kealpaan

Dah la..Cukup!
Yang lepas tu lepaslah

Sayangi diri sendiri untuk rasa di hargai
Sayangi diri sendiri untuk masa bersama Tuhan

Keutamaan yang paling agung
Cintai diri kerana Tuhan yang menciptakan rasa itu.

Thanks Fazura 😍😍😍
🎶 Sayangi Dirimu 🎶


Ku lihat di sekeliling ku

Ku dengar kata-kata itu

Mengisahkan dan meresahkan mengganggu fikiran

Tapi aku tapi ku mampu capai impianku


Jangan gentar

Jangan biar

Diriku ini jangan dicabar


Ini bukan penghujung jalan

Masa depan ada kejayaan

Terus tabah percaya dan yakinilah

Takkan tersusah resah

Dalam kehidupan ku harus ke depan


Just be glad in yourself

Kasihi sayangi oh dirimu

Just be glad in yourself

Cintai sayangi oh dirimu

Just keep on loving yourself


Just keep on loving yourself

Sayangi dirimu

Just keep on loving yourself

Just keep on loving yourself

Sayangi dirimu


Jangan gentar

Jangan biar

Usah undur pantang dicabar





Friday, December 8

Slow Down

Apa kau rasa bila aku jauh
Akan jejak  bayang aku dalam kegelapan?
Apa kau rasa bila aku senyap
Akan cuba mengulit rindu ini?
Apa kau rasa bila aku memutus
Akan terus menarik aku?

Laluan untuk kita tak sama
Walau kita selesa harungi bersama

Sejujurnya aku hanya mampu berlalu
dalam waktu belaian mesra dunia kita

Sumpah..ini sampah!!!!

Dengan rasa yang waras ini
aku akan cuba meninggalkan kenangan indah
yang kita cipta dengan kealpaan nafsu munafik

Perlahan-lahan
beri aku masa
Dan penyembuh untuk aku 'masa' itu sendiri


Moga titik noda dalam hati akan terhapus
dalam mengejar keampunan Tuhan

#akuinsanpendosa

#maaf



Thursday, December 7

Khilaf



Dan setiap apa yang terjadi itu
menjadi persoalan dalam tiap gerak laku 

Andai dapat di undurkan waktu
Biarlah aku yang pergi jauh
Biarlah aku yang kosongkan ruang

Khilaf aku sendiri

Membiarkan rasa bodoh itu merajai diri
Maaf
Membiarkan ikatan sia-sia itu tergantung
Maaf

Walau aku sedar
Walau aku perasan

Tapi aku manusia biasa
Khilaf aku kiri kanan
Iman aku berbolak balik
Dosa segenap pelusuk

Hingga nafas aku menghembus kekesalan
Dalam perasaan yang sentiasa di uji 
kekeliruan dan kecelaruan


Maaf

aku belum mampu "settle down"sepenuhnya 😪😪😪



Thursday, November 30

Settle Down



Seperti mana benih yang ingin bercambah
begitu juga apa yang aku inginkan

manakan datang matahari untuk terus menjalar tinggi
manakan perlunya air untuk keberlangsungan terus
manakan pentingnya udara untuk sentiasa mekar kembang

Umpama itu hati aku

Manakan datang kesetiaan kalau dari keikhlasan
manakan perlunya kejujuran untuk sebuah perhubungan
manakan pentingnya usaha untuk sentiasa menerima kelebihan dan kekurangan bersama

Andai terkurang satu
Perlahan-lahan juntaian kasih yang ingin berkembang
Kuncup sendiri dan layu dimamah masa
Terlalu lama dibiar sepi
Semakin berkabut rasa yang di pendam

Cukup

Sedikit demi sedikit aku akan mengerti
Payahnya menolak satu garapan itu

Sana laluan berbengkok ke kiri
Sini jalannya melintang ke kanan

Aku masih ditengah
Menanti untuk seseorang memimpin aku ke satu jalan yang hakiki

Doa yang baik-baik
Takdir untuk esok Tuhan yang tentukan

Setelah sakit manis yang aku rasa
Lama untuk aku olah walau hakikat aku tahu jawapan

Settle down
I'm done 👍🏻✌🏻👌🏻



Dan bait korus 'Judika- Aku yang tersakiti' terus menerpa bertimpa-timpa dalam benak.

🎶Oh Tuhan tolonglah aku
      Hapuskan rasa cintaku
      Akupun ingin bahagia

      Walau tak bersama dia🎶

Wednesday, November 29

Terserah

Jangan tanya aku
KENAPA
sedang yang diikat sekarang masih menjalar dalam kesamaran
inikan pula 'tentang sesuatu' yang masih belum sahih

Untuk hari esok
aku masih mencari jawapan
jangan kau pautkan harapan untuk tetap teguh
besarnya impian kau
tinggi lagi angan aku

Aku tahu
setiap masa yang dicipta bersama
semakin sakit untuk aku leraikan

Biarlah..aku berserah
apa yang jadi nanti..jadilah

Kau tahu aku selalu terserah
Penat untuk berusaha 'tentang sesuatu' yang bukan milik kita.


Monday, November 20

Hopeless

Aku tak tahu  apa patut aku rasa sekarang
cuma berharap akan ada penghujung yang terbaik

Maaf..sekali lagi
sedang aku juga belum jelas apa yang sedang hadap

Andai kau masih kekal
hargai aku seadanya
sanjungan aku tinggi untuk engkau

Andai kau terus berlalu
aku faham
ada yang lebih baik menanti kau

Saturday, November 18

Izinkan



Namaku rapi dalam doamu
Wajahku muncul dalam mimpimu
Suaraku datang dalam anganmu
Senyumku mekar dalam kenanganmu



Auuuchhhh!!!! 😎😎😎

Wednesday, November 15

Dusk till dawn

tak perlu bicara panjang
aku cuma mahukan rangkulan erat
yang dakap aku untuk  lepaskan lelah

biar aku dan kau
bersatu sama dalam dunia "kita"




Monday, November 13

Perasan



Semalam kau buat aku ketawa
sampai mengekek-ngekek hilai tawa
sambil senak perut menahan

Apa yang lawak tah
Aku rasa terhibur..aku ketawa la..

Kelmarin kau buat tak endah aku
Aku lalu kau tak nampak
Aku tegur kau buat bisu

Apa yang sendu tah
Aku rasa dingin..aku lantak kan kau

Hari ini aku perasan
Kecil besar kecil besar aku pandang
Kau sengih menyeringai

Apa yang gembira tah
Aku rasa menyampah..aku jeling tajam

Jangan perasan la..

Boleh?



Aku perasan ada satu perasaan tentang kita

Aku ok je 👍🏻👌🏻✌🏻

Thursday, November 9

Rimas



Boleh tak aku jadi diri aku sendiri yang tanpa mempeduli apa orang cakap
Boleh tak aku layankan segala keindahan yang aku cipta sendiri tanpa perlu menghukum apa pandangan orang

Aku tak tamak
Sumpah!

Datang pada aku elok elok
Baik la aku layan kau
Mencuka menonong ke aku
Masam la aku balas kau

Kau datang dan pergi sesuka hati pun
Aku tak kisah

Sekelumit hama pun aku tak ungkit wey!
Janji...

Sebab aku betul dah rimas 
Dengan manusia paranoid yang terkurung
Aku baik pun belakang kau maki aku

Cibai punya perangai!

Sebab aku betul dah malas
Dengan manusia berpura cakap kencang
Aku layan pun esok kau lupa aku

Palat kan sikap kau!

Sebab aku betul dah penat
sangat sangat
terlalu menjaga hati orang
hati aku sendiri berkecai keping keping
untuk bangun semula
aku merangkak kutip perlahan sendiri
serpihan semangat yang ada

Aku tak mencari
Aku tak menagih
Aku tak menahan

Apa adanya engkau
Itulah seadanya aku

Aku tak akan pernah sempurna di mata kau
Aku tak akan pernah hebat di hati kau
Aku tak akan pernah melekat dalam kenangan kau

Kau pergi
Aku melambai dari anak mata


Aku ok je ✌🏻👌🏻👍🏻

Wednesday, November 8

Magnet

Sesuatu
Macam kita
Kau dan aku

Melekat
Merapat
Mendekat

Tapi

arah kita tak sama

Kau ke selatan
Aku ke utara



aku ok je 👍🏻👌🏻✌🏻


Tuesday, November 7

Litup


ada satu masa aku bangga dengan apa yang aku ada
bermegahan dengan harta yang dipinjamkan sementara
Riak darah muda
yang sentiasa rasa diri selalu sihat
yang selalu rasa diri amat sempurna

Allahu..

Jauhnya aku dengan rasa keampunan

ada satu masa aku malu dengan apa yang aku ada
semua pinjaman
tak lama
tak kekal
terlintas untuk berubah
Ia..berubah

untuk jadi lebih baik
untuk kumpul segala bekalan
di Akhirat nanti

namun untuk istiqamah bukan mudah
ada hari aku leka
ada hari aku lalai
ada hari aku lupa

Tuhan..teguhkan imanku

matikan aku dalam rahmat-Mu




Satu hari nanti
Insya Allah

Monday, November 6

susah

Tak payah susah susah la
nak jaga aku sampai syurga
sedang hidup kau pun terumbang ambing
aku boleh jaga diri aku sendiri

Tak payah susah susah la
ayat manis bersemut kerumun
kalau sekadar cakap memang kencang
cuba kau setia untuk aku sorang

Tak payah susah susah
berjanji segunung harapan
cerita semalam salah sikit kau dah ungkit
mana kau nak tunaikan

Tak payah susah susah
nak sayang aku sepenuh hati
jumpa lagi lawa 
kau terus mengayat

Tak payah susah susah la
tak sakit langsung da
sebab aku dah sedar

susah untuk setia itu dulu

Thursday, November 2

Kerusi Goyang

Aku tahu penatnya kau berjalan
Mencari sumber untuk segala penyelesaian
Dalam aku masih meraba
Teruskan
Aku tetap ada..sentiasa dalam kepayahan
Jatuh bangun kau
Bila kau lelah..sandarkan segala kepincangan rasa
Kau pada aku...

Perlahan aku dodoi kau hingga lena
Perlahan aku hayun kau hingga selesa
Perlahan aku goyang kau hingga lapang

Walau aku hanya sandaran sementara untuk engkau
Kau tahu aku rela..kan
Walau aku hanya seketika untuk kau berhibur
Kau tahu aku gembira..kan
Walau aku hanya sementara untuk kau luahkan 
Kau tahu aku mendengar..kan

Dan

Hilang penat nanti
Kau berlalu pergi tanpa pamit
Tinggalkan jejak sebagai bayang




Untuk aku,

Senyumanmu sentiasa mimpi indahku.

Wednesday, November 1

Bukan Lagi


Sekepala bukan bererti kita sejodoh
Sekawan bukan selalu kita bersama
Senasib bukan selama kita kebetulan
Sekata bukan sentiasa kita ketawa

Itu bahagian untuk engkau
Aku hadir cuma untuk persinggahan
Atau sebaliknya

Kau bukan tahu yang aku tahu segalanya
Atau sebaliknya
Aku tak tahu kau pasti untuk aku sebanyaknya

Dari jauh engkau merenung aku
Belum tentu kau boleh faham aku sebetulnya
Andai kita sehaluan
Kau pasti jaga aku sebaiknya
Atau sebaliknya
Takdir bukan lagi untuk kita

Sedalam mana kau cuba korek tentang aku
Kusut lagi pemahaman aku
Logiknya kita
Bukan lagi dalam kawalan aku

Aku dah lama redha,

Doa untuk terbaik.




Tuesday, October 31

Halus

Sedar tak sedar
Ada satu perasaan halus tentang kita
Yang aku masih mengenal pasti tentang kesahihan
Menyusup masuk dalam hati aku yang terlalu seni
Berselirat dalam setiap hal hal kita lalui
Menurut aku yang langsung tidak penting
Entahkan benar entahkan khayalan

Halus

Sedar tak sedar
Sikit sikit aku mula rasa sakit
Mencari punca yang aku tahu kesudahan tiada penghujung
Dalam bergelak tawa aku tersorot satu bayang
berlalu pergi dari anak mata jauh jauh

Halus

Yang sukar aku tafsirkan
Mungkin sekadar olahan dalam muntahan kata aku

Thursday, October 19

Sweet Escape



Giving up is not an option when you have someone calling you mommy.



My daughter, you are the answer to every time
I looked up at the skies and asked for a miracle.




All of my life's problems...
have just one simple solution
A hug from my daughter.



I didn't give you the gift of life,
life gave me the gift of you.



Being a mother is not about what you gave up to have a child, but what you've gained from having one.


A daughter is someone you laugh with,
dream with, and love with all your heart.


I am always with you.
Be brave, have courage and love life.


The day you came into my life, I knew what my purpose was. To love and protect with everything i have.



Saturday, October 14

Umum

Kalau kau belum betul kenal aku
Kau jangan cepat melatah
Tersurat yang aku maksudkan adalah umum
Bukan untuk kau atau mungkin untuk kau
Tapi aku langsung tidak mengiyakan malah menafikan

Bukan seorang dua yang hadir dalam hidup aku
Ramai dan pelbagai
Kadang semak kadang rimas
Tapi aku tak pernah tujukan engkau

Kau tak perlu terasa malah terkesan
Sedang aku pun masih berteka teki
Dengan siapa dan mengapa
Esok lusa siapa yang tahu kan....


#sekalinamakautertulis..itulah

Thursday, October 12

Diam

Aku tahu
"kita" bukan kita yang dulu

dan aku tahu
aku bukan rindukan kau

aku cuma terkenang
tentang kisah kita yang "semalam"

hati aku koyak lagi!

Friday, October 6

ME t.i.m.e. ME

ada masanya aku harus melindungi
ada waktunya aku harus menjaga
ada ketikanya aku harus berkhidmat

tapi tak akan selalu
tak kan perlu sentiasa

aku juga pingin masa untuk aku sendiri

hiburkan hati ketika lara
rapikan diri ketika kusut
manjakan minda ketika serabut

hanya aku..aku seorang
kerana terlalu biasa sendiri

jangan pentingkan diri sendiri

kalau nak..boleh "hidup asing"

Obses

Suatu hari nanti, Pasti mommy akan rindu bau masam sayang bila bangun tidur, Pasti mommy akan rindu  nak buatkan sayang susu ngan ...