Saturday, June 24

songsang

bolehkah kita menidakkan sesuatu yang benar terjadi sekarang

kau mengiyakan dan aku menafikan

dan bila aku

cuba meyakinkan kau pula meragu

bimbang tentang keperitan menunggu harapan yang sia-sia

kita bina tembok antara kita

untuk kau menepis takdir yang sedang berlaku

dan aku pula

menerima hakikat masa sekarang

keliru.penat.putus harap.

namun andai takdir Tuhan itu panjang untuk kita

aku sentiasa ada untuk kau andai kau ada untuk aku tanpa berpaling pada yang lain. :')



Wednesday, June 14

M.U.N.G.K.I.N

Antara kita makin rapat kerana keserasian yang terkebetulan

mungkin...

Antara kita makin selesa kerana kisah yang dicipta

mungkin...

Antara kita makin merindu kerana hati yang sedang kosong

mungkin...

Antara kita makin bergantung harap kerana jodoh kita belum tentu

mungkin..

Atau ini semua kerja gila

mungkin juga

Dan untuk menjauhkan dari segala kemungkinan ini

hati aku bagai disiat hidup-hidup 

Saturday, June 10

Tentang Sekarang

bercerita tentang hati dan perasaan

bolehkah yang sedang bengkok diluruskan semula
saat masa merindu di biarkan sepi
bolehkah yang sedang remuk dibaiki semula
saat cemburu hilang dipunah kesal
bolehkah yang sedang kosong di isi semula
saat jiwa di bebani keraguan

bercerita tentang hati dan perasaan lagi

tahu dosanya menyayangi 'yang lain' selain yang hak
tahu merindui itu hanya sia-sia
tahu kesamaran menanti hari esok

tapi

tentang hati dan perasaan

bukan untuk di buat main
diberi harapan lalu berlalu pergi
bukan untuk di minta simpati
memberi janji lalu melupakan pantas
bukan untuk di salah anggap
terlebih mesra mungkin bahagia

penat

untuk berfikir lebih lanjut
walhal fikiran dan jasad langsung tidak bersatu

berpura untuk gembira
tika hati kosong menyendiri

kalau itu lebih baik


mungkin....

S.O.R.R.Y

I'm sorry Maafkan mommy..sayang andai mommy belum mampu jadi ibu terbaik buat sayang jujur mommy masih cetek ilmu dalam mendid...