Saturday, July 22

Faded

kau genggam aku tanpa menyentuh
luhur aku rasakan sentuhan menjalar
kau merenung aku tanpa memandang
seakan ke dasar hati kau melihat
kau berbisik tanpa perlu berbicara
senak menusuk ke kalbu ayatmu

di awangan

seperti dalam mimpi

dan aku buka mata
imiginasi itu hilang sekelip mata

senyumku masih berbaki

terima kasih ;')

Wednesday, July 19

S.O.R.R.Y

I'm sorry

Maafkan mommy..sayang
andai mommy belum mampu jadi ibu terbaik buat sayang
jujur mommy masih cetek ilmu dalam mendidikmu
benar mommy punya iman yang rapuh dalam mendoakanmu
ikhlas mommy kurang sabar dalam menenangkanmu

mommy kesal sayang

bukan niat mommy meninggikan suara
saat mommy penat pulang kerja
bukan sengaja mommy biarkan pelukan sayang tak berbalas
saat mommy keliru dengan amarah mommy
bukan mommy tak mahu temani sayang
saat sayang perlukan mommy sepenuh masa

*air mata mommy mengalir laju*

sayang tahukan..
sayang nyawa mommy untuk terus tabah
sayang penguat mommy untuk berdiri tegak
sayang masa depan mommy untuk mommy melangkah
sayang pemangkin mommy untuk rasa rindu ini
sayang pereda keresahan mommy

sayang segala-galanya buat mommy
sumpah!
tak akan ada insan lain yang akan sayang dan jaga sayang macam mommy

maafkan mommy lagi sayang
mommy dah cuba senyum dengan sayang 
tapi mata mommy berkaca
mommy ada hati sayang..orang herdik mommy tanpa sebab..demi sayang..mommy tahan air mata ini dari jatuh
mommy dah cuba hangatkan pelukan dengan sayang
tapi mommy kaku sayang
mommy bukan robot sayang..mommy tahu penat
mommy penat jadi manusia penyabar tapi orang tak hargai mommy
mommy dah cuba diamkan diri
tapi hati mommy tak ikhlas sayang
mulut mommy mengomel carutan tanpa sedar

mommy khilaf sayang

moga akan ada sinar kegembiraan dalam hidup kita
dan impian mommy setiap saat tanpa gagal
melihat sayang membesar dengan sihat
hormati orang tua
akhlak yang terpelihara

Jangan lupa mommy sayang kalau dah berjaya
mommy akan ada dalam setiap jatuh dan bangun sayang
mommy janji

sampai bila-bila



Bukan Rezeki



"Sometimes we pray for something so much but the Almighty keeps it away through His Love and Mercy,because He knows it is not good for us" [Mutfi Ismail Menk]

Biarlah kalau bukan rezeki kita
walau sudah puas aku mencuba
berdoa sebaiknya
kalau bukan ada makna untuk kita
untuk apa aku perlu berusaha lagi

biarlah kau tak nampak aku
tapi dari jauh aku dah nampak kau
biarlah kau tak perasan aku lagi
tapi bau kau pun aku boleh hidu
biarlah aku jadi pendengar
tapi kau bisu dengan aku

kalau dah bukan rezeki

aku hanya mampu senyum
tak harap kasihan kau
tak harap perhatian kau
aku terbiasa begini
aku cuma ada maruah
aku bukan penagih
aku bukan peminta

kau dengan dia 
bahagia bukan...

aku yang memandang dari jauh

dan
rasa dalam hati aku

hanya Tuhan yang tahu 

Tuesday, July 18

I'm just fine

semua orang boleh menipu

kan?

aku pun boleh..

aku lelapkan mata..airmata aku mengalir

aku tak sedih..cuma aku penat.

entahlah..

esok kalau bangun pagi aku senyumlah

terima kasih ;')

aku tak perlu berharap da. ✌🏻

sebab aku sedar siapa diri aku

so


i'm just fine 🙃

Thursday, July 13

brave

Wanitaku sayang,
Jangan sesekali berasa lemah,
Perceraianmu terkandung hikmah,
Ia bukan tanda kau bersalah,
Mehnah hidup, perlukan muhasabah.

Wanitaku sayang,
Perceraian bukan selamanya keburukan,
Kadangkala ia jadi ubat menyembuhkan,
Allah adil memberikan penyelesaian,
Teguklah ubatmu dengan ketabahan.

Wanitaku sayang,
Kajilah kisah tokoh-tokoh wanita,
Menjadi inspirasi tika kau berduka,
Tiada hidup tanpa derita,
Semuanya akan berbuah bahagia.

Wanitaku sayang,
Si solehah Atikah pernah berpisah,
Dengan anak Abu Bakar bernama Abdullah,
Begitu juga puteri Umar, Hafsah,
Pernah diceraikan oleh Rasulullah.

Wanitaku sayang,
Sebelum menjadi kesayangan Nabi,
Khadijah pernah diceraikan suami,
Sebelum menjadi kesayangan Uthman,
Ruqayyah dan Ummu Kalthum pernah ditinggalkan.

Wanitaku sayang,
Tika suami melafaz cerai,
Dan air matamu jatuh berderai,
Allah menghitung dengan saksama,
Adakah dirimu insan dianiaya?

Wanitaku sayang,
Tika suami sudah tidak sudi,
Allah setia di pintu hati,
Keputusan suami perlu dihormati,
Kuasa talaqnya diberi Ilahi.

Wanitaku sayang,
Biarlah masyarakat memandang hina,
Asal Allah memandang mulia,
Asal dirimu pasrah menerima,
Semuanya akan baik-baik sahaja....




 "Wanita paling malang adalah wanita yang tersalah pilih suami.. sebab hidup seorang perempuan itu berubah semuanya mengikut acuan suaminya. Setelah bernikah, bermakna selangkah kaki ke neraka atau ke syurga.." Tak salah memilih supaya tak tersalah pilih. Berkahwinlah bila dah rasa jumpa orang yang betul (dengan ikhtiar & tawakal pada Allah), bukan semata2 sebab nak tutup mulut orang tanya bila nak kahwin.

Nampak remeh hal ni.. tetapi, sesungguhnya berkahwinlah kerana Allah SWT. Ranjau rumahtangga amatlah hebat, tapi mudah2an dapat dilalui dengan petunjuk daripada Allah yang Maha hebat. 

Bagaimana seorang wanita boleh mengharapkan lelaki yang tak mampu bangkitkan dirinya untuk mengerjakan solat, mengerjakan ibadah, berakhlak mulia... untuk memimpin tangan anak isterinya masuk ke syurga ? 

"Lelaki yang hebat bukan yang dapat mengahwini perempuan solehah, tapi lelaki yang mengahwini perempuan biasa dan berjaya bimbingnya menjadi perempuan solehah.."






Wednesday, July 12

Sunshine


Aku takut gelap

Tolong jangan pergi

Tanpa kau hidup aku gelap 😣

Tuesday, July 11

La Tahzan



Bila berkongsi rasa tentang perasaan
tak semua akan faham
sebab mereka tak rasa apa yang kita rasa
sebab mereka tak nampak apa yang kita lihat
sebab mereka tak peka apa yang kita dengar
dan paling penting
mereka tak boleh jaga apa yang kita pendamkan

ada satu masa aku lebih suka menyendiri untuk rasa yang tersirat ini
nampak aku berkongsi tentang tersurat
kerana bagi aku semua orang boleh berkongsi
tapi tak akan sama dengan yang merasai
untuk satu masa aku juga lemah
jatuh terduduk mengenang nasib
fikiran kosong.gelap.sunyi tentang masa depan
tapi sampai bila
hidup perlu diteruskan
tak kan nak terus bergantung harap
kerana ada pemangkin buat aku kuat
dari jauh aku lebarkan segaris senyuman
walau dalam hati aku mendidih rasa sepi itu

sebab takdir kita Tuhan yang tentukan
siapalah aku..seorang hamba Tuhan yang kerdil ini menidakkan takdir Tuhan
ini Takdir aku..aku kena terima
cuma jangan terlalu mengeluh kesah
aku bangkit perlahan-lahan
berdoa Tuhan tidak membolak balikkan hati aku
semoga aku kuat
semoga aku terus tabah

di balik kesuraman aku ini
Tuhan pinjamkan aku satu nyawa yang pernah bernafas dalam rahim aku
penat macam mana aku tetap rindukan keletahnya
jauh macam mana aku tetap kenal baunya
sedih macam mana aku tetap gembira depannya
dia separuh dari nyawa aku
yang mengajar aku untuk lebih menerima baik buruknya manusia itu
kerana aku juga bukan sempurna tapi dimatanya aku ingin jadi sesempurna mungkin

aku ingin juga bahagia
dalam definisi idaman aku
hambar.. dan menarik nafas sedalamnya lama
rezeki orang itu tak sama
walau tak dapat mengecap bahagia untuk diri sendiri tapi dapat membahagiakan orang yang aku sayang
aku rasa lega
kerana aku sedar.. bila-bila masa Tuhan boleh jemput aku pulang
cuma berharap sebelum aku pejam mata untuk selamanya..

akan ada insan yang menghargai aku seperti nyawanya sendiri

tak dapat lama..sekejap pun aku rasa berbaloi 




Tuesday, July 4

Tembok

Aku bina tembok lagi
moga lagi tinggi...agar kau tak nampak aku
aku tak hadap kau
moga lagi tebal...agar kau tak dengar aku
aku tak hidu kau
moga lagi jauh... agar kau tak terasa aku
aku tak rindu kau

tapi.. tembok aku bina lutsinar

kalaulah kau boleh tahu ke dasar lutsinar hati aku

kalaulah...

kau dekat tapi aku nampak kau makin menjauh
kau dengar tapi aku tahu kau pekakkan rasa
kau lihat tapi aku faham kau sedang memahami

takdir kita tak sehaluan


Dusk till dawn

tak perlu bicara panjang aku cuma mahukan rangkulan erat yang dakap aku untuk  lepaskan lelah biar aku dan kau bersatu sama dalam...