Thursday, July 13

brave

Wanitaku sayang,
Jangan sesekali berasa lemah,
Perceraianmu terkandung hikmah,
Ia bukan tanda kau bersalah,
Mehnah hidup, perlukan muhasabah.

Wanitaku sayang,
Perceraian bukan selamanya keburukan,
Kadangkala ia jadi ubat menyembuhkan,
Allah adil memberikan penyelesaian,
Teguklah ubatmu dengan ketabahan.

Wanitaku sayang,
Kajilah kisah tokoh-tokoh wanita,
Menjadi inspirasi tika kau berduka,
Tiada hidup tanpa derita,
Semuanya akan berbuah bahagia.

Wanitaku sayang,
Si solehah Atikah pernah berpisah,
Dengan anak Abu Bakar bernama Abdullah,
Begitu juga puteri Umar, Hafsah,
Pernah diceraikan oleh Rasulullah.

Wanitaku sayang,
Sebelum menjadi kesayangan Nabi,
Khadijah pernah diceraikan suami,
Sebelum menjadi kesayangan Uthman,
Ruqayyah dan Ummu Kalthum pernah ditinggalkan.

Wanitaku sayang,
Tika suami melafaz cerai,
Dan air matamu jatuh berderai,
Allah menghitung dengan saksama,
Adakah dirimu insan dianiaya?

Wanitaku sayang,
Tika suami sudah tidak sudi,
Allah setia di pintu hati,
Keputusan suami perlu dihormati,
Kuasa talaqnya diberi Ilahi.

Wanitaku sayang,
Biarlah masyarakat memandang hina,
Asal Allah memandang mulia,
Asal dirimu pasrah menerima,
Semuanya akan baik-baik sahaja....




 "Wanita paling malang adalah wanita yang tersalah pilih suami.. sebab hidup seorang perempuan itu berubah semuanya mengikut acuan suaminya. Setelah bernikah, bermakna selangkah kaki ke neraka atau ke syurga.." Tak salah memilih supaya tak tersalah pilih. Berkahwinlah bila dah rasa jumpa orang yang betul (dengan ikhtiar & tawakal pada Allah), bukan semata2 sebab nak tutup mulut orang tanya bila nak kahwin.

Nampak remeh hal ni.. tetapi, sesungguhnya berkahwinlah kerana Allah SWT. Ranjau rumahtangga amatlah hebat, tapi mudah2an dapat dilalui dengan petunjuk daripada Allah yang Maha hebat. 

Bagaimana seorang wanita boleh mengharapkan lelaki yang tak mampu bangkitkan dirinya untuk mengerjakan solat, mengerjakan ibadah, berakhlak mulia... untuk memimpin tangan anak isterinya masuk ke syurga ? 

"Lelaki yang hebat bukan yang dapat mengahwini perempuan solehah, tapi lelaki yang mengahwini perempuan biasa dan berjaya bimbingnya menjadi perempuan solehah.."






mana kau 😶

bila aku pejam mata aku nampak kau fikiran menerawang tentang masa depan bila aku buka mata aku nampak kau makin menjauh baya...