Tuesday, July 11

La Tahzan



Bila berkongsi rasa tentang perasaan
tak semua akan faham
sebab mereka tak rasa apa yang kita rasa
sebab mereka tak nampak apa yang kita lihat
sebab mereka tak peka apa yang kita dengar
dan paling penting
mereka tak boleh jaga apa yang kita pendamkan

ada satu masa aku lebih suka menyendiri untuk rasa yang tersirat ini
nampak aku berkongsi tentang tersurat
kerana bagi aku semua orang boleh berkongsi
tapi tak akan sama dengan yang merasai
untuk satu masa aku juga lemah
jatuh terduduk mengenang nasib
fikiran kosong.gelap.sunyi tentang masa depan
tapi sampai bila
hidup perlu diteruskan
tak kan nak terus bergantung harap
kerana ada pemangkin buat aku kuat
dari jauh aku lebarkan segaris senyuman
walau dalam hati aku mendidih rasa sepi itu

sebab takdir kita Tuhan yang tentukan
siapalah aku..seorang hamba Tuhan yang kerdil ini menidakkan takdir Tuhan
ini Takdir aku..aku kena terima
cuma jangan terlalu mengeluh kesah
aku bangkit perlahan-lahan
berdoa Tuhan tidak membolak balikkan hati aku
semoga aku kuat
semoga aku terus tabah

di balik kesuraman aku ini
Tuhan pinjamkan aku satu nyawa yang pernah bernafas dalam rahim aku
penat macam mana aku tetap rindukan keletahnya
jauh macam mana aku tetap kenal baunya
sedih macam mana aku tetap gembira depannya
dia separuh dari nyawa aku
yang mengajar aku untuk lebih menerima baik buruknya manusia itu
kerana aku juga bukan sempurna tapi dimatanya aku ingin jadi sesempurna mungkin

aku ingin juga bahagia
dalam definisi idaman aku
hambar.. dan menarik nafas sedalamnya lama
rezeki orang itu tak sama
walau tak dapat mengecap bahagia untuk diri sendiri tapi dapat membahagiakan orang yang aku sayang
aku rasa lega
kerana aku sedar.. bila-bila masa Tuhan boleh jemput aku pulang
cuma berharap sebelum aku pejam mata untuk selamanya..

akan ada insan yang menghargai aku seperti nyawanya sendiri

tak dapat lama..sekejap pun aku rasa berbaloi 




Dusk till dawn

tak perlu bicara panjang aku cuma mahukan rangkulan erat yang dakap aku untuk  lepaskan lelah biar aku dan kau bersatu sama dalam...